Tuesday, June 7, 2011

PMS

PMS : Projek Musim Summer

Apabila dilihat ilmu yang ada dalam diri...Allah begitu sedikitnya. Tahun hadapan insyaAllah bakal menjadi pelajar Tahun Akhir Perubatan. Maknanya akan jadi makin sibuk dengan ilmu dunia. Jadi, saya perlu memanfaatkan cuti Summer ini sehabis boleh untuk menambah mana yang kurang, memantapkan mana yang lemah dan memperbaiki mana yang tidak sempurna.

Jadi, resolusi saya untuk Summer kali ini, insyaAllah ..

1. Memperbaharui hafazan Juzuk Amma & Surah lain yang pernah dihafal. Akibat tidak memelihara hafalan sebelum ini, maka kebanyakan surah-surah yang pernah dihafal telah hilang/ Mungkin juga kerana banyak melakukan maksita dan perkara lagha maka makin mencabar untuk kekalkan hafazan dan menghafal surah baru. Semoga Allah ampunkan khilaf diri dan mempermudahkan urusan, membersihkan hati dan menguatkan ingatan untuk memperbaharui semula hafazan. Jika tidak, maka diri ini akan terus bergelumang dengan dosa akibat lupa hafalan. Astaghfirullah~ -_-".

2. Menghafal dua surah baru. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan juga untuk menghafal dua surah ini.

  • Surah Al- Qiyamah
  • Surah Al- Insan
3. Memantapkan penguasaan tajwid dan memperbaiki bacaan. Jika diri sendiri pun masih tak mantap, bagaimana untuk mengajar bakal zuriat nanti. Antara tugas isteri/ibu adalah mendidik anak dan mengajarkan al -Quran kepada anak-anak adalah tuntutan Islam.

4. Menghabiskan sekurang-kurangnya 2 buku berkaitan gerakan Islam. Alhamdulillah, satu telah berjaya dihabiskan jadi, insyaAllah akan cuba tambah satu lagi buku pilihan jika berkesempatan.

5. Mendengar tazkirah/motivasi setiap hari selepas Subuh.

6. Mempelajari bahasa Arab secara serius. Jika mama saya boleh belajar dan pandai bahasa Arab selama 3 bulan, saya sepatutnya boleh melakukannya dalam masa 1 - 2 bulan! InsyaAllah~ Semoga Allah memberikan pertolongan untuk istiqamah belajar...

7. Memantapkan ilmu teori & klinikal Medicine & Surgery sebelum bermula elektif dan sepanjang elektif. Saya perlu betul-betul serius 'to solidify my knowledge' sebelum masuk Final Year kerana sesudah bermulanya Tahun Akhir, tiada lagi alasan untuk 'tidak tahu' atau 'lupa'! Berusaha!

8. Menjadi pemandu kereta yang benar-benar kompeten. Bukan sekadar atas lesen sahaja. ^_^

9. Just a reminder : to complete Ophthal & ENT mandatory Quiz before August!

10. Berbakti dan lemah lembut dengan ibu bapa dan adik-beradik. Kena buang perangai 'anak bongsu' dan pemalas!

11. Tiga perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw ;

  • Puasa sunat sekurang-kurangnya 3 kali sebulan InsyaAllah.
  • Solat sunat Dhuha setiap hari
  • Solat Witir setiap malam

Semoga Allah kurniakan kekuatan, kesabaran dan kemudahan untuk melaksanakan semuanya. InsyaAllah~