Thursday, November 26, 2009

Continuous Improvement

Antara hikmah paling besar yang saya dapat belajar setelah ditimpa pelbagai ujian Summer yang lalu adalah - SABAR & MUHASABAH.

Saya sangat bersyukur dengan segala ketentuan dan ujian-ujian yang ditimpakan, benarlah di sebalik ujian itu - pasti ada hikmah di sebaliknya. Bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan atau 'how we react to it'.

Antara perkara yang senantiasa saya berusaha lakukan semenjak Summer yang lepas adalah bermuhasabah atas setiap tindakan dan perkara yang berlaku, baik baik atau buruk. Terutama sekali yang ujian atau musibah yang menuntut kesabaran dan kekuatan yang tinggi untuk menghadapinya.


Perbandingan

Saya suka membandingkan diri dengan orang di sekeliling saya. Mereka adalah orang-orang yang saya hormati dan kagumi akhlak dan peribadi mereka. Sahabat-sahabat yang begitu luar biasa iman dan taqwa mereka kepada Allah.

Melihatkan mereka yang begitu rajin beribadah. Melihatkan mereka yang terpelihara akhlak dan peribadi. Melihatkan mereka yang sentiasa positif menghadapi ujian dan musibah. Melihatkan semangat dan kegigihan mereka yang sentiasa ditonjolkan.


Melihatkan betapa hebatnya mereka dan hinanya diri ini jika dibandingkan. Jika dimuhasabah dan dihisab ibadah, akhlak,peribadi, semangat dan kesungguhan yang ada dalam diri sendiri. Ya Allah, jauh sekali nak dibandingkan dan tak terkejar rasanya.

Banyaknya kelemahan pada diri yang perlu dibaikpulih. Walau sesiapa sahaja yang dilihat, pasti ada kualiti pada mereka yang lebih baik dari diri saya.

Saya seringkali merasakan saya perempuan yang mempunyai ego yang tinggi. Pentingkan diri dan susah membina ikhlas dalam diri. And the list goes on..

Benar atau tidak, hanya Allah yang tahu.

Yang penting, kita sentiasa mahu berusaha memeperbaiki diri terus menerus. Walau sedikit demi sedikit. Dan semua ini menuntut PENGORBANAN.

Pengorbanan

Berbicara tentang Eid ul Adha - ramai yang bercakap tentang pengorbanan.

Tadhiyyah atau pengorbanan. Baru- baru ini, saya mula faham apa itu pengorbanan. Ia sungguh berbeza dengan sumbangan. Apabila bercakap tentang korban, pasti ada yang perlu dikorbankan. Jika ia hanya sekadar memberikan sesuatu di bawah kemampuan diri, maka itu hanyalah sekadar sumbangan.

Pengorbanan adalah sesuatu yang menuntut kita melakukan sesuatu LEBIH dari apa yang boleh atau mampu. Sesuatu yang pasti akan menyebabkan kita mengorbankan sesuatu yang lain..

Saya hampir-hampir mengalah dan mahu berputus asa dari jalan perjuangan ini. Terlalu berat ujian-ujian yang diberikan, terasa seperti tidak mampu. Di situ lah SABAR sangat-sangat diperlukan..Sehingga saya selalu berdialog memujuk diri sendiri.



"Sedikit sahaja lagi Nadiah perlu bersabar. Sabar dahulu,jangan putus asa. Pasti akan ada jalan keluar dan kemudahan..U just need to have faith in Allah."
Dalam membina kesabaran, saya belajar untuk bermuhasabah dengan konsisten. Memeriksa semula ' what actually went wrong'.
Bermuhasabah supaya diri dapat belajar membina kekuatan dalaman. Kekuatan yang menjadikan diri tidak cepat melatah dengan ujian, sebaliknya menjadikan ujian sebagai muhasabah diri untuk terus menuju perubahan ke arah yang lebih baik.

Sudah tentu untuk berubah, ia memerlukan pengorbanan.

Jika dulu, saya sangat reaktif dan sensitif. Kini, hati jadi lebih tenang dan jiwa menjadi lebih terkawal. Walaupun masih jauh dan banyak yang perlu diperbaiki dan diusahakan untuk mencapai 'nafs muthmainnah' ...namun usaha tetap usaha.

Saya sangat bersyukur atas segala ujian dan musibah yang berlaku dahulu dan kini. Seperti diri telah membina 'immunity' atas musibah yang mendatang. Jika saya mampu menghadapai ujian berat dahulu, musibah/ujian yang dialami sekarang seharusnya saya sudah punya 'antibodi' yang cukup kuat,InsyaAllah untuk mengatasinya.

Kini, saya belajar untuk tidak 'dwell on the unfortunate things.'

It is a waste of time & energy. What you should do is to keep moving forward.


Motivasi & Inspirasi

Antara perkara yang paling disukai adalah mendengar/membaca kata-kata positif dan motivasi daripada orang-orang yang positif dan 'inspirational'. Kagum dengan manusia yang begitu jelas misi dan visi mereka dalam hidup. Dan yang paling mengagumkan adalah apabila orang-orang sebgini bertindak selari dengan misi & visi mereka. Bukan sekadar 'cakap-cakap' sahaja, tetapi mereka terus menerus berusaha gigih ke arah misi & visi yang diletakkan.

Usaha yang dizahirkan melalui TINDAKAN mereka.


Price of Paradise

Saya begitu ingin tahu rahsia dan perkara yang membuatkan orang-orang sebegini begitu YAKIN & JELAS dengan matlamat mereka untuk mendapatkan Syurga tertinggi sehingga berjaya menjadikan diri terus thabat dan istiqamah untuk mencapai matlamat tersebut.

Yes, saya ada matlamat dan perancangan. Saya mahukan Syurga Allah dan terselamat dari azab aipi neraka. Siapa yang tidak mahu?

Namun, saya rasa diri masih belum mencapai tahap kekuatan dan kesungguhan yang tinggi sehingga benar-benar menzahirkannya dalam tindak tanduk dan perancangan yang dibuat. Terasa lemah betul diri kerana selalu kalah dan kurangnya kekuatan untuk at least menjadi setanding mereka.

Antara kata-kata yang membuatkan diri berfikir & bermuhasabah;



"Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya. Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya."
Malu dengan diri yang mahukan syurga tetapi amal tidak setimpal dengan ganjaran yang dimahukan. Syurga itu sangat mahal dan bukan mudah dimasuki. Apatah lagi Jannatul Firdaus?

Makin dibanding dan dihitung perihal diri sendiri berbanding orang lain, makin banyak pula 'flaws & defects' yang terlihat dan tertonjol. Astaghfirullah.

Semoga Allah permudahkan jalan untuk memperbaiki diri dan meraih keredhaanNya. Semoga Allah terus kurniakan kesabaran & kekuatan untuk tidak penat meng'kaizen'kan diri dan tidak berputus asa dari pertolongan Allah.


P.D.C.A.

Sebagai manusia, kita harus sentiasa merancang dan membuat perancangan. We need to have a PLAN.

Setelah merancang, kita laksanakan perancangan yang dibuat dan zahirkannya dalam bentuk perbuatan. We DO according to what we have planned.

Namun, Allah itu Maha Mengetahui dan Dia-lah Sebaik-baik perancang. Perancangan kita mungkin diuji. Apa yang berlaku mungkin tidak menjadi seperti perancangan kita. Di sinilah kita bermuhasabah. We then CHECK what went wrong.

Bermuhasabah semata-mata tanpa tindakan dan perubahan untuk memperbaiki perancangan adalah sia-sia. This is where you need to ACT. Berpandukan muhasabah yang dibuat.

Sebagai penutup, semoga segala ujian dan musibah yang melanda, baik yang menganggu atau membebankan diri - jom kita ubah dan jadikan ia sebagai satu CABARAN & INSPIRASI untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah!

Eid Mubarak!

Salam Aidil Adha Buat semua Muslim..

Semoga kita semua berjaya menghayati erti pengorbanan sebenar.

Tuesday, November 24, 2009

The Best Planner

Katakan selama ini anda begitu menginginkan suatu hadiah yang sungguh berharga. Setiap hari , berkali-kali anda berdoa supaya Allah kurniakan hadiah sebegitu. Malah, tak cukup selepas solat, anda bangun malam dan solat sunat berkali-kali memohon dikurniakan hadiah yang sekian lama diimpikan.


Kemudian, tanpa disangka-sangka, suatu hari...sahabat anda memberi khabaran bahawa hadiah itu ada dan boleh diberikan kepada anda setelah beberapa proses untuk mendapatkan hadiah itu. Sekarang, anda hanya perlu tunggu dan terima, jika tiada apa - apa masalah dalam proses pengendalian hadiah itu.


Tapi, anda masih lagi dalam 'state of shock' dan tidak percaya hajat dan doa yang selama ini anda pinta hampir-hampir menjadi realiti. Anda rasa seperti situasi ini terlalu amat sangat 'too good too be true'..

Hadiah yang dipinta terlalu hebat dan berharga sehinggakan anda pula rasa tidak layak untuk terima pemberian sebagus itu. Terlalu ramai lagi yang lebih layak untuk terima hadiah sebegitu, tapi kenapa anda pula yang dapat..Sememangnya tiada alasan/sebab atau rasional yang dapat fikirkan mengapa Allah begitu pemurah untuk mengurniakan anda hadiah sebegitu sedangkan anda sememangnya hamba-Nya yang sentiasa lalai, hina dan sentiasa bergelumang dengan dosa.

Ya, Allah itu Maha Pemurah dan Allah itu Ar-Razak...tapi anda bimbang ini adalah ujian dariNya.
Sebagai hamba-Nya yang lemah, anda tidak dapat lari untuk rasa syukur atas ketentuan dan perancangan yang diatur oleh-Nya..


Tapi, persoalan akan layakkah diri ini menerima hadiah itu masih lagi tidak terungkai..Jauh di sudut hati, seperti ingin menolak pemberian itu dek kerana diri ini yang langsung tidak setanding dengan hadiah tersebut..

Tapi, hati anda juga tidak mahu melepaskan peluang selepas sekian lama dan saban hari memohon kepada -Nya..kini akhirnya hanpir ditunaikan...perlukah dilepaskan begitu sahaja?

Should u just go with the flow? Bagaimana kalau anda menerima hadiah tersebut tetapi akhirnya mengecewakan sahabat anda kerana gagal menjaga hadiah atau menghargai hadiah yang diberikan dengan baik?

Atau, mungkin sahabat itu akan menyesal kerana merasakan hadiah itu telah tersalah beri kepada anda..Hadiah itu rupanya bukan untuk anda..

Bukan masalah hadiah itu dapat pada anda atau tidak..tetapi the fact that anda masih lagi dalam 'disbelief' dan tertanya-tanya.. "Kenapa anda??" Begitu ramai sahabat-sahabat lain yang jauh lebih layak untuk hadiah itu.. jauh sangat jika dibandingkan dengan diri anda.

Anda tidak mahu setelah proses pengendalian akhirnya selesai, keputusan yang dibuat tidak selari dengan perancangaan-Nya..

I hate to be in a dilemma. I don't have anyone to turn to except Allah in this matter. I leave this to you O Allah..Only Allah knows best.

Sesungguhnya Allah jua sebaik-baik perancang. PerancanganMu juga adalah yang terbaik kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu..

Sunday, November 22, 2009

'Kaizen'ing Myself?

Saya tahu saya dah lama tak update blog or maybe tulis something.


Kepada yang rajin menjenguk ke blog saya, minta maaf yea.


Blogging is never my passion. It's just a way for me to say something out or to express my emotions when I can't deliver them in reality. Walaupun saya ada masa lapang - I don't feel like blogging.




Sibuk??



Well, semua orang pun sibuk in general. Tapi, kalau seseorang tu esp. saya, ada masa untuk buat perkara 'mengisi masa lapang' atau perkara ' yang release tension' atau yang 'kurang' menambah iman seperti bermain game, menonton drama/video atau melayari dan melayan facebook, mencuba resipi baru n shopping etc... hmm, maybe tak cukup sibuk lagi kot~



Enough with all of those stuffs back in KMB and during my 1st year's....I have been trying not to indulge myself into those stuffs ever again. It is easy to do that when 3/4 or more of you day are fully occupied with work,study,duty & think ..so~the only free time you have left are time to sleep & eat.





Proses Meng'kaizen' Diri?


No need for me to struggle so much in keeping with my self-pledge of refraining myself from 'lagha' stuffs esp. watching movies/drama & all those 'in' stuffs as I guess i'm doing pretty well with it. (Esp. the movie & shopping part) Just wait for the holidays....that's when the real struggle begins.. *sigh* Semoga Allah beri kekuatan & kesabaran untuk terus bermujahadah dengan masa dan memperbaik diri from time to time.... it's 'KAIZEN' time!



Even so, I consider blogging not an urgent nor important matter in my life - so, I'm very sorry Bluegy. Haven't got much time for you!

For the time being, saya masih lagi ada masa (baca : mencuri masa) melayan facebook dan mencuba resipi baru dan memasak + makan. Lagha? Well, tepuk dada tanya iman..


Sharing is caring

Wud love to share this vid.. more so when it's somehow related to Kaizen in PUISI...it's all about CHANGE to the better and improving every single day..bit by bit..




Nak baca apa Ustaz Upn & Ipin cerita pasal Kaizen? Klik sini!


Nak tengok video?? Klik sini~







Monday, November 16, 2009

Episod 1 : Upin & Ipin ke PUISI 09??


Episod 1 : Upin & Ipin ke PUISI 2009??





Ada apa dalam PUISI kali ni?? Nantikan Episod yang seterusnya~




REMEMBER... 'U' Complete P_ISI!

p/s : Pendaftaran ke PUISI 2009 masih lagi dibuka! Klik sini~

PUISI 2009
23-26 December 2009
Mount Malleray Scout Camp, Waterford