Tuesday, November 24, 2009

The Best Planner

Katakan selama ini anda begitu menginginkan suatu hadiah yang sungguh berharga. Setiap hari , berkali-kali anda berdoa supaya Allah kurniakan hadiah sebegitu. Malah, tak cukup selepas solat, anda bangun malam dan solat sunat berkali-kali memohon dikurniakan hadiah yang sekian lama diimpikan.


Kemudian, tanpa disangka-sangka, suatu hari...sahabat anda memberi khabaran bahawa hadiah itu ada dan boleh diberikan kepada anda setelah beberapa proses untuk mendapatkan hadiah itu. Sekarang, anda hanya perlu tunggu dan terima, jika tiada apa - apa masalah dalam proses pengendalian hadiah itu.


Tapi, anda masih lagi dalam 'state of shock' dan tidak percaya hajat dan doa yang selama ini anda pinta hampir-hampir menjadi realiti. Anda rasa seperti situasi ini terlalu amat sangat 'too good too be true'..

Hadiah yang dipinta terlalu hebat dan berharga sehinggakan anda pula rasa tidak layak untuk terima pemberian sebagus itu. Terlalu ramai lagi yang lebih layak untuk terima hadiah sebegitu, tapi kenapa anda pula yang dapat..Sememangnya tiada alasan/sebab atau rasional yang dapat fikirkan mengapa Allah begitu pemurah untuk mengurniakan anda hadiah sebegitu sedangkan anda sememangnya hamba-Nya yang sentiasa lalai, hina dan sentiasa bergelumang dengan dosa.

Ya, Allah itu Maha Pemurah dan Allah itu Ar-Razak...tapi anda bimbang ini adalah ujian dariNya.
Sebagai hamba-Nya yang lemah, anda tidak dapat lari untuk rasa syukur atas ketentuan dan perancangan yang diatur oleh-Nya..


Tapi, persoalan akan layakkah diri ini menerima hadiah itu masih lagi tidak terungkai..Jauh di sudut hati, seperti ingin menolak pemberian itu dek kerana diri ini yang langsung tidak setanding dengan hadiah tersebut..

Tapi, hati anda juga tidak mahu melepaskan peluang selepas sekian lama dan saban hari memohon kepada -Nya..kini akhirnya hanpir ditunaikan...perlukah dilepaskan begitu sahaja?

Should u just go with the flow? Bagaimana kalau anda menerima hadiah tersebut tetapi akhirnya mengecewakan sahabat anda kerana gagal menjaga hadiah atau menghargai hadiah yang diberikan dengan baik?

Atau, mungkin sahabat itu akan menyesal kerana merasakan hadiah itu telah tersalah beri kepada anda..Hadiah itu rupanya bukan untuk anda..

Bukan masalah hadiah itu dapat pada anda atau tidak..tetapi the fact that anda masih lagi dalam 'disbelief' dan tertanya-tanya.. "Kenapa anda??" Begitu ramai sahabat-sahabat lain yang jauh lebih layak untuk hadiah itu.. jauh sangat jika dibandingkan dengan diri anda.

Anda tidak mahu setelah proses pengendalian akhirnya selesai, keputusan yang dibuat tidak selari dengan perancangaan-Nya..

I hate to be in a dilemma. I don't have anyone to turn to except Allah in this matter. I leave this to you O Allah..Only Allah knows best.

Sesungguhnya Allah jua sebaik-baik perancang. PerancanganMu juga adalah yang terbaik kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu..

No comments:

Post a Comment