Sunday, December 27, 2009

KAIZEN.... hait! hait! hait!

Alhamdulillah, PUISI 09 was a success!!!

Thanx so much everyone - without all of U, PUISI won't be completed!


Remember to - P. D. C. A !!! =)

Change for the better. ACT now.

The time is NOW.


~Salam Kaizen@PUISI 09~


p/s : Doakan kami yang bakal exam lagi 2 minggu...semoga Allah kurniakan keberkatan masa dan dipermudahkan segalanya...amin~

Sunday, December 20, 2009

Never An Option

To change - is never an option. It is a MUST.
The time has come to KAIZEN yourself.

Slide3 by you.

Jumpa di PUISI 2009.
Generasi Muslim Kaizen

Wednesday, December 16, 2009

Menghitung hari...

6 hari lagi...

hati saya berdebar-debar..rasa tak sabar pun ada....begitu banyak pengorbanan,air mata,usaha,penat lelah,luka dan suka...hampir 10 bulan berlalu sudah...kalau 'pregnant' dah keluar baby dah pun...

semoga Allah permudahkan urusan kita~


logo-puisi-final by you.


26 hari sahaja lagi...

bukan hati sahaja berdebar..berlegar-legar juga di minda..

Ya Allah, semoga Kau kurniakan kejayaan buat kami semua juga..






°ˆ~*¤®‰«ô_° BRB Exam °_ô»‰®¤*~ˆ° by » مخـ الجروح ـاوي «.


Sedar tak sedar juga...

46 hari sahaja tinggal...

kali ini..hati berubah jadi sedih, lagi fikir, lebih banyak air yang bertakung di mata...

Ya Allah..sumber-sumber kekuatan dan motivasi bakal pergi tak lama lagi..sedihnya...

Semoga kau berikan kami kekuatan dan kesabaran menghadapi hari-hari mendatang walau di mana kami berada...


my classmates...and some of them are leaving... T_T




Tiba-tiba jadi sangat emosional..I don't like to be emotional..for me , being emotional/cry = weak.


but it is hard to NOT be emotional when there are sooooo many BIG things around the corner...

Just cry if you want to. After all, perempuan memang makhluk emosi. *sob*sob*

Thursday, November 26, 2009

Continuous Improvement

Antara hikmah paling besar yang saya dapat belajar setelah ditimpa pelbagai ujian Summer yang lalu adalah - SABAR & MUHASABAH.

Saya sangat bersyukur dengan segala ketentuan dan ujian-ujian yang ditimpakan, benarlah di sebalik ujian itu - pasti ada hikmah di sebaliknya. Bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan atau 'how we react to it'.

Antara perkara yang senantiasa saya berusaha lakukan semenjak Summer yang lepas adalah bermuhasabah atas setiap tindakan dan perkara yang berlaku, baik baik atau buruk. Terutama sekali yang ujian atau musibah yang menuntut kesabaran dan kekuatan yang tinggi untuk menghadapinya.


Perbandingan

Saya suka membandingkan diri dengan orang di sekeliling saya. Mereka adalah orang-orang yang saya hormati dan kagumi akhlak dan peribadi mereka. Sahabat-sahabat yang begitu luar biasa iman dan taqwa mereka kepada Allah.

Melihatkan mereka yang begitu rajin beribadah. Melihatkan mereka yang terpelihara akhlak dan peribadi. Melihatkan mereka yang sentiasa positif menghadapi ujian dan musibah. Melihatkan semangat dan kegigihan mereka yang sentiasa ditonjolkan.


Melihatkan betapa hebatnya mereka dan hinanya diri ini jika dibandingkan. Jika dimuhasabah dan dihisab ibadah, akhlak,peribadi, semangat dan kesungguhan yang ada dalam diri sendiri. Ya Allah, jauh sekali nak dibandingkan dan tak terkejar rasanya.

Banyaknya kelemahan pada diri yang perlu dibaikpulih. Walau sesiapa sahaja yang dilihat, pasti ada kualiti pada mereka yang lebih baik dari diri saya.

Saya seringkali merasakan saya perempuan yang mempunyai ego yang tinggi. Pentingkan diri dan susah membina ikhlas dalam diri. And the list goes on..

Benar atau tidak, hanya Allah yang tahu.

Yang penting, kita sentiasa mahu berusaha memeperbaiki diri terus menerus. Walau sedikit demi sedikit. Dan semua ini menuntut PENGORBANAN.

Pengorbanan

Berbicara tentang Eid ul Adha - ramai yang bercakap tentang pengorbanan.

Tadhiyyah atau pengorbanan. Baru- baru ini, saya mula faham apa itu pengorbanan. Ia sungguh berbeza dengan sumbangan. Apabila bercakap tentang korban, pasti ada yang perlu dikorbankan. Jika ia hanya sekadar memberikan sesuatu di bawah kemampuan diri, maka itu hanyalah sekadar sumbangan.

Pengorbanan adalah sesuatu yang menuntut kita melakukan sesuatu LEBIH dari apa yang boleh atau mampu. Sesuatu yang pasti akan menyebabkan kita mengorbankan sesuatu yang lain..

Saya hampir-hampir mengalah dan mahu berputus asa dari jalan perjuangan ini. Terlalu berat ujian-ujian yang diberikan, terasa seperti tidak mampu. Di situ lah SABAR sangat-sangat diperlukan..Sehingga saya selalu berdialog memujuk diri sendiri.



"Sedikit sahaja lagi Nadiah perlu bersabar. Sabar dahulu,jangan putus asa. Pasti akan ada jalan keluar dan kemudahan..U just need to have faith in Allah."
Dalam membina kesabaran, saya belajar untuk bermuhasabah dengan konsisten. Memeriksa semula ' what actually went wrong'.
Bermuhasabah supaya diri dapat belajar membina kekuatan dalaman. Kekuatan yang menjadikan diri tidak cepat melatah dengan ujian, sebaliknya menjadikan ujian sebagai muhasabah diri untuk terus menuju perubahan ke arah yang lebih baik.

Sudah tentu untuk berubah, ia memerlukan pengorbanan.

Jika dulu, saya sangat reaktif dan sensitif. Kini, hati jadi lebih tenang dan jiwa menjadi lebih terkawal. Walaupun masih jauh dan banyak yang perlu diperbaiki dan diusahakan untuk mencapai 'nafs muthmainnah' ...namun usaha tetap usaha.

Saya sangat bersyukur atas segala ujian dan musibah yang berlaku dahulu dan kini. Seperti diri telah membina 'immunity' atas musibah yang mendatang. Jika saya mampu menghadapai ujian berat dahulu, musibah/ujian yang dialami sekarang seharusnya saya sudah punya 'antibodi' yang cukup kuat,InsyaAllah untuk mengatasinya.

Kini, saya belajar untuk tidak 'dwell on the unfortunate things.'

It is a waste of time & energy. What you should do is to keep moving forward.


Motivasi & Inspirasi

Antara perkara yang paling disukai adalah mendengar/membaca kata-kata positif dan motivasi daripada orang-orang yang positif dan 'inspirational'. Kagum dengan manusia yang begitu jelas misi dan visi mereka dalam hidup. Dan yang paling mengagumkan adalah apabila orang-orang sebgini bertindak selari dengan misi & visi mereka. Bukan sekadar 'cakap-cakap' sahaja, tetapi mereka terus menerus berusaha gigih ke arah misi & visi yang diletakkan.

Usaha yang dizahirkan melalui TINDAKAN mereka.


Price of Paradise

Saya begitu ingin tahu rahsia dan perkara yang membuatkan orang-orang sebegini begitu YAKIN & JELAS dengan matlamat mereka untuk mendapatkan Syurga tertinggi sehingga berjaya menjadikan diri terus thabat dan istiqamah untuk mencapai matlamat tersebut.

Yes, saya ada matlamat dan perancangan. Saya mahukan Syurga Allah dan terselamat dari azab aipi neraka. Siapa yang tidak mahu?

Namun, saya rasa diri masih belum mencapai tahap kekuatan dan kesungguhan yang tinggi sehingga benar-benar menzahirkannya dalam tindak tanduk dan perancangan yang dibuat. Terasa lemah betul diri kerana selalu kalah dan kurangnya kekuatan untuk at least menjadi setanding mereka.

Antara kata-kata yang membuatkan diri berfikir & bermuhasabah;



"Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya. Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya."
Malu dengan diri yang mahukan syurga tetapi amal tidak setimpal dengan ganjaran yang dimahukan. Syurga itu sangat mahal dan bukan mudah dimasuki. Apatah lagi Jannatul Firdaus?

Makin dibanding dan dihitung perihal diri sendiri berbanding orang lain, makin banyak pula 'flaws & defects' yang terlihat dan tertonjol. Astaghfirullah.

Semoga Allah permudahkan jalan untuk memperbaiki diri dan meraih keredhaanNya. Semoga Allah terus kurniakan kesabaran & kekuatan untuk tidak penat meng'kaizen'kan diri dan tidak berputus asa dari pertolongan Allah.


P.D.C.A.

Sebagai manusia, kita harus sentiasa merancang dan membuat perancangan. We need to have a PLAN.

Setelah merancang, kita laksanakan perancangan yang dibuat dan zahirkannya dalam bentuk perbuatan. We DO according to what we have planned.

Namun, Allah itu Maha Mengetahui dan Dia-lah Sebaik-baik perancang. Perancangan kita mungkin diuji. Apa yang berlaku mungkin tidak menjadi seperti perancangan kita. Di sinilah kita bermuhasabah. We then CHECK what went wrong.

Bermuhasabah semata-mata tanpa tindakan dan perubahan untuk memperbaiki perancangan adalah sia-sia. This is where you need to ACT. Berpandukan muhasabah yang dibuat.

Sebagai penutup, semoga segala ujian dan musibah yang melanda, baik yang menganggu atau membebankan diri - jom kita ubah dan jadikan ia sebagai satu CABARAN & INSPIRASI untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah!

Eid Mubarak!

Salam Aidil Adha Buat semua Muslim..

Semoga kita semua berjaya menghayati erti pengorbanan sebenar.

Tuesday, November 24, 2009

The Best Planner

Katakan selama ini anda begitu menginginkan suatu hadiah yang sungguh berharga. Setiap hari , berkali-kali anda berdoa supaya Allah kurniakan hadiah sebegitu. Malah, tak cukup selepas solat, anda bangun malam dan solat sunat berkali-kali memohon dikurniakan hadiah yang sekian lama diimpikan.


Kemudian, tanpa disangka-sangka, suatu hari...sahabat anda memberi khabaran bahawa hadiah itu ada dan boleh diberikan kepada anda setelah beberapa proses untuk mendapatkan hadiah itu. Sekarang, anda hanya perlu tunggu dan terima, jika tiada apa - apa masalah dalam proses pengendalian hadiah itu.


Tapi, anda masih lagi dalam 'state of shock' dan tidak percaya hajat dan doa yang selama ini anda pinta hampir-hampir menjadi realiti. Anda rasa seperti situasi ini terlalu amat sangat 'too good too be true'..

Hadiah yang dipinta terlalu hebat dan berharga sehinggakan anda pula rasa tidak layak untuk terima pemberian sebagus itu. Terlalu ramai lagi yang lebih layak untuk terima hadiah sebegitu, tapi kenapa anda pula yang dapat..Sememangnya tiada alasan/sebab atau rasional yang dapat fikirkan mengapa Allah begitu pemurah untuk mengurniakan anda hadiah sebegitu sedangkan anda sememangnya hamba-Nya yang sentiasa lalai, hina dan sentiasa bergelumang dengan dosa.

Ya, Allah itu Maha Pemurah dan Allah itu Ar-Razak...tapi anda bimbang ini adalah ujian dariNya.
Sebagai hamba-Nya yang lemah, anda tidak dapat lari untuk rasa syukur atas ketentuan dan perancangan yang diatur oleh-Nya..


Tapi, persoalan akan layakkah diri ini menerima hadiah itu masih lagi tidak terungkai..Jauh di sudut hati, seperti ingin menolak pemberian itu dek kerana diri ini yang langsung tidak setanding dengan hadiah tersebut..

Tapi, hati anda juga tidak mahu melepaskan peluang selepas sekian lama dan saban hari memohon kepada -Nya..kini akhirnya hanpir ditunaikan...perlukah dilepaskan begitu sahaja?

Should u just go with the flow? Bagaimana kalau anda menerima hadiah tersebut tetapi akhirnya mengecewakan sahabat anda kerana gagal menjaga hadiah atau menghargai hadiah yang diberikan dengan baik?

Atau, mungkin sahabat itu akan menyesal kerana merasakan hadiah itu telah tersalah beri kepada anda..Hadiah itu rupanya bukan untuk anda..

Bukan masalah hadiah itu dapat pada anda atau tidak..tetapi the fact that anda masih lagi dalam 'disbelief' dan tertanya-tanya.. "Kenapa anda??" Begitu ramai sahabat-sahabat lain yang jauh lebih layak untuk hadiah itu.. jauh sangat jika dibandingkan dengan diri anda.

Anda tidak mahu setelah proses pengendalian akhirnya selesai, keputusan yang dibuat tidak selari dengan perancangaan-Nya..

I hate to be in a dilemma. I don't have anyone to turn to except Allah in this matter. I leave this to you O Allah..Only Allah knows best.

Sesungguhnya Allah jua sebaik-baik perancang. PerancanganMu juga adalah yang terbaik kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu..

Sunday, November 22, 2009

'Kaizen'ing Myself?

Saya tahu saya dah lama tak update blog or maybe tulis something.


Kepada yang rajin menjenguk ke blog saya, minta maaf yea.


Blogging is never my passion. It's just a way for me to say something out or to express my emotions when I can't deliver them in reality. Walaupun saya ada masa lapang - I don't feel like blogging.




Sibuk??



Well, semua orang pun sibuk in general. Tapi, kalau seseorang tu esp. saya, ada masa untuk buat perkara 'mengisi masa lapang' atau perkara ' yang release tension' atau yang 'kurang' menambah iman seperti bermain game, menonton drama/video atau melayari dan melayan facebook, mencuba resipi baru n shopping etc... hmm, maybe tak cukup sibuk lagi kot~



Enough with all of those stuffs back in KMB and during my 1st year's....I have been trying not to indulge myself into those stuffs ever again. It is easy to do that when 3/4 or more of you day are fully occupied with work,study,duty & think ..so~the only free time you have left are time to sleep & eat.





Proses Meng'kaizen' Diri?


No need for me to struggle so much in keeping with my self-pledge of refraining myself from 'lagha' stuffs esp. watching movies/drama & all those 'in' stuffs as I guess i'm doing pretty well with it. (Esp. the movie & shopping part) Just wait for the holidays....that's when the real struggle begins.. *sigh* Semoga Allah beri kekuatan & kesabaran untuk terus bermujahadah dengan masa dan memperbaik diri from time to time.... it's 'KAIZEN' time!



Even so, I consider blogging not an urgent nor important matter in my life - so, I'm very sorry Bluegy. Haven't got much time for you!

For the time being, saya masih lagi ada masa (baca : mencuri masa) melayan facebook dan mencuba resipi baru dan memasak + makan. Lagha? Well, tepuk dada tanya iman..


Sharing is caring

Wud love to share this vid.. more so when it's somehow related to Kaizen in PUISI...it's all about CHANGE to the better and improving every single day..bit by bit..




Nak baca apa Ustaz Upn & Ipin cerita pasal Kaizen? Klik sini!


Nak tengok video?? Klik sini~







Monday, November 16, 2009

Episod 1 : Upin & Ipin ke PUISI 09??


Episod 1 : Upin & Ipin ke PUISI 2009??





Ada apa dalam PUISI kali ni?? Nantikan Episod yang seterusnya~




REMEMBER... 'U' Complete P_ISI!

p/s : Pendaftaran ke PUISI 2009 masih lagi dibuka! Klik sini~

PUISI 2009
23-26 December 2009
Mount Malleray Scout Camp, Waterford

Tuesday, October 27, 2009

Falling leaves..

Tiba-tiba rasa sedih pula selepas pemergian seseorang..membuatkan diri ini rindu pula pada orang yang jauh di Malaysia..

Walau sekejap namun seperti ikatan yang terjalin atas dasar akidah dan ukhuwwah terasa seperti indah dan utuh seperti ikatan ibu-anak..

Sedihnya..terganggu emosi. Nak pulang ke Malaysia~

Semoga semuanya selamat, ya Allah. Semoga diberikan kekuatan dan kesabaran. Ini baru pemergian sementara..



p/s : Semasa menulis, dapat pula berita pemergian datuk seorang sahabat ke Rahmatullah. Semoga turut diberikan kekuatan & kesabaran yea.. Al-Fatihah.

Wednesday, September 16, 2009

testing..

testi10



To link to this photo on other websites you can either:


1. Copy and paste this HTML into your webpage:



2. Grab the photo's URL:





Sunday, September 13, 2009

Ke Arah Kesempurnaan (2)

Hamba Yang Lupa Dirinya Hamba

Alhamdulillah, dalam perjalanan menaiki bas ke Penang tempoh hari agak produktif dek kerana berjaya melangsaikan satu 'azam' menghabiskan 3 buah buku Summer ini.

Buku sirah yang tidak terlalu berat olahan dan gaya penceritaan - lebih banyak berkisar tentang fakta & statistik bertajuk 'Peperangan Rasulullah s.a.w berjaya dihabiskan. Alhamdulillah, walaupun buku nipis sahaja tetapi yang penting masa dalam bas terisi dan satu azam berjaya tertunai.

Maka, tinggal lagi dua.

Namun aku tak bercadang untuk menghabiskan membaca 2 buah buku yang di'target' kerana buku- buku tersebut 'are not meant to be read and finished in single or few sittings'. Malah penulis buku sendiri menyarankan pembaca bukunya supaya membaca,memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari dari buku 'self-help' ni 'as u go on in life'.

Buku yang seharusnya dibaca sehari satu bab, dan bermuhasabah serta memperbaiki diri pada hari tersebut. Dan melihat impak atau hasilnya atas satu perubahan kecil itu, menjadi suatu yang pencapaian besar bagi diri kita.

***********


panorama Penang dari atas Bukit Bendera - Subhanallah~

Setelah puas dibawa berjalan-jalan bercuti di Penang - pabila pulang rasa risau andai terlalu seronok dan suka sehingga alpa dan lalai dari mengingati-Nya. Malam itu , sambil berehat setelah seharian merentasi bukit( Bukit Bendera) dan meredah lautan (pantai Batu Feringghi) - teringin nak nak belek satu lagi buku yang juga antara yang aku dah lama terinign nak beli tapi tak terjumpa dan tak terbeli lagi.

Bercinta Sampai Ke Syurga - buku tulisan Ustaz Hasrizal yang kebetulan dibawa oleh salah seorang seniorku yang turut serta dalam 'trip@jaulah' ke Penang itupun dibuka dan dibaca.

Padahal aku ada lagi sebuah buku yang dibawa - tapi malam tu minatku lebih tertumpu kepada buku ini. Kerana rasanya buku ini lebih 'laid back' berbanding buku self-help yang memerlukan aku berfikir,analisa dan bermuhasabah dengan setiap penceritaan dan idea yang dibentangkan penulis.
***********

Ternyata sangkaan meleset. Bukan sangkaan meleset kepada perkara negatif - tetapi berlaku pencerahan dan penyesalan yang menerbitkan rasa insaf & syukur akan betapa berhikmahnya cara Allah berbicara- barulah terasa rupa-rupanya inilah sebenarnya yang mungkin menyebabkan aku masih tercari-cari di mana salah & silapnya ke arah menuju kesempurnaan.



Astaghfirullah al adzim. Aku asyik tertanya-tanya dan tercari-cari apakah sebab pelbagai ujian dan musibah yang menimpa diri ini. Persoalan yang ligat berlegar kebelakangan ini, hingga akhirnya aku sendiri tersentak akan satu hakikat yang aku sememangnya aku tahu tapi mungkin tanpa sedar aku telah terlupa.

Terlupa 2 perkara yang paling penting. Dan akhirnya persoalan yang aku cari jawapannya diilhamkan oleh Allah melalui buku yang kubaca ini. Bukan tak pernah dibaca artikel ini dalam blog saifulislam.com, cuma kali ini apabila dibaca kembali, tulisan ustaz tiba -tiba begitu tajam menerjah kotak fikiran & hati.


"Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?

[Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA."


Membuatkan aku kembali untuk proaktif dengan usaha untuk memperbetul, dan bukan mempersoal yang tidak perlu.

Janganlah sampai aku benar-benar terjatuh dan tidak bangun dari kelupaan pada Pencipta yang Maha Agung, terlupa pada ilah yang tiada selain-Nya yang layak disembah.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. Amin..

*******

Ramadan kali ini benar-benar menguji & mentarbiyyah diri ini yang masih banyak ruang-ruang untuk disempurnakan.

IMAN

HATI

SOLAT

?

Ada satu lagi perkara yang aku seperti terlupa untuk memeliharanya - sesuatu yang turut dibincangkan dalam buku Bercinta Sampai Ke Syurga - aku sendiri dapat merasakan seperti ada yang tidak kena kerana balasannya 'cash' diberikan kepadaku.

Mungkin ya,mungkin tidak. Cuma perkara ini memerlukan kekuatan untuk ditulis - kerana ia bermain dengan emosi yang sangat mendalam.

duhai ibu...

Wednesday, September 9, 2009

Ifthar Anak Perak


Alhamdulillah, sebuah lagi program anjuran GEMARAK dijayakan di Hotel Hillcity baru-baru ini. Semoga ukhuwwah yang terjalin dapat disambung di bumi UK & Ireland kelak..
Laporan lengkap di sini.

Nantikan program - program menarik buat anak-anak jati Perak selepas ini~ =)


khusyuk mendengar..

Adik-adik yang bakal ke Lancaster...khusyuk mendengar bebelanku..
pak cik ni pun tiba-tiba berminat nak duduk sekali mendengar bebelan ku ketika itu...Silakan yea pak cik..


Adik-adik ini mula tidak dapat bertahan dengan bebelanku...pak cik masih bertahan..
Inilah akibatnya bila orang Ireland bertemu orang UK.


Akhirnya dipanggil Puan Pengarah Program memberi penjelasan. Cuba meredakan ketegangan melihatkan tangan Puan Pengarah yang erat mengenggam kerusi..Alhamdulillah,tiada tragedi berlaku. ;P

Selingan iklan : Jom mantapkan pengetahuan sirah melalui kisah Qamar Bani Hasyim, hanya di Astro Oasis. Sangat sesuai bagi mereka yang kurang rajin membaca buku seperti saya...


Saturday, September 5, 2009

Jom Buat Kuih Raya~



Dalam kesibukan di bulan Ramadhan ini, sempat lagi saya belajar membuat dua jenis kuih yang tidak pernah lagi dipelajari cara-cara membuatnya.

Memandangkan mama saya pun bersemangat untuk mengajar dan menurunkan 'ilmu' yang dikatakannya 'turun-temurun' ..hehe..saya pun, OK la..saya belajar buat.

Lagipun, masa makan moreh lepas habis terawih, saya sempat 'mencuri' beberapa kuih utnuk dibawa balik ke rumah( daripada membazir takde orang makan, lebih baik bawa balik kan.. =D)




" Yah rasa la kan mak, lagi 20 tahun, mesti orang yang pandai buat kuih tradisional Melayu ni jadi kaya-raya. Sebab semua orang dah tak reti nak buat kuih- main beli jer. Baik belajar buat kuih ni, buka bisnes - boleh jadi kaya..hehe"



Antara sebab lain yang menjadikan saya teruja untuk membuat kuih-kuih ni adalah kerana - memasak menghilangkan stress. Bagi mengelakkan diri ini semakin stress melayan karenah & ragam manusia serta melaksanakan tanggunjawab yang tidak henti.. bak kata 'bapak' saya - take it easy..pergilah rehat. haha..

Juga bagi mempromosikan laman web Resipi Iluvislam yang menerima kenaikan pengunjung 100% pabila tiba bulan Ramdhan ini, jom kita sama-sama bersemangat berkongsi resipi juadah berbuka dan judah hari raya....

tagline tak rasami Team Resipi : Jom KOngsi Resipi! \(^_^)/

Supaya anda semua lebih teruja untuk memantapkan skill membuat kuih, ini dia 'stimulus' untuk anda....




JEM TAT NENAS
Pineapple Jam Tart



KUIH LOYANG
loyang
Berminat untuk mendapatkan resipi - resipi kuih raya ataupun juadah enak lagi menyelerakan...layari laman web resipi masakan iluvislam.com!

Wednesday, September 2, 2009

Ke Arah Kesempurnaan (1)


Sudah hampir separuh Ramadan. Azam Ramadhan kali ini..erm..tak tahulah mampu tercapai atau tidak.

Kali ini, bertekad untuk mengubah sikap- sikap buruk yang masih lagi berkarat dalam hati...secara tidak langsung ingin memperbaiki akhlak supaya dapat menuju kesempurnaan budi pekerti.

Dah lama berazam untuk memperbaiki akhlak dan kedatangan Ramadhan ini memang sangat dinantikan untuk menguji samada kuatkah diri ini untuk berpuasa bukan setakat perut sahaja, juga bagi membezakan ketidaktahanan diri pada godaan nafsu ataupun tipu daya syaitan.

Setelah ditimpa ujian dan musibah pelbagai bentuk samada terus ke diri ini ataupun yang menimpa pihak lain yang kita turut dirasa tempiasnya,

Mula rasa sangat takut untuk tersilap langkah,terbuat dosa. Seakan-akan sekarang ini dibayar 'cash' di dunia.

Pabila ditimpakan ujian-ujian yang paling berat pernah dirasakan sehingga diri rasa seperti bermimpi - benarkah diri ini yang diuji sampai sebegitu rupa? Mengapa? Tentu sekali ada yang tidak kena.

Ramai yang mengatakan ujian yang didatangkan itu tanda sayang Allah pada kita. Ujian yang didatangkan untuk meningkatkan lagi darjat dan ketaqwaan kita pada-Nya. Kata seniorku, ujian itu didatangkan pada orang yang kuat supaya kita lebih dekat padaNya.


Alhamdulillah, ramai yang tampil menghadiahkan doa dan kata-kata untuk memujuk dan memberi kuat & sabar.

Semua tu tidak salah dan itulah fungsi sahabat pabila melihat sahabatnya ditimpa musibah. Memberi semangat dan ketenangan. Mmm.

******************

Tapi, aku lebih tertarik dengan tulisan seorang lagi sahabat.

Kehadiran ujian itu adalah warkah rindu yang diutuskan Allah pada kita kerana diri yang hina & lemah ini telah leka,lalai dan alpa dari mengingati-Nya.

Ia adalah warkah peringatan; ibarat 'memo' kepada 'hamba' yang mula malas dan tidak tekun dalam mengerjakan suruhan dan larangan-Nya.

Musibah dan Ujian Allah juga merupakan kifarah dosa. Sekilas pandang, mungkin mendatangkan kelegaan palsu kerana dosa digugurkan..

Alhamdulillah sekiranya ujian itu memang menggugurkan dosa yang melangit. Jika tidak? Adakah diri ini betul-betul pasti?

Pabila kerapkali ditimpa musibah dan didatangkan dugaan baik pada diri sendiri atau orang lain di sekeliling, bukankah bermakna mungkin diri ini terlalu banyak berbuat dosa, sehingga tempiasnya berbalik pada diri atau terkena pada orang lain.

Dan Allah yang Maha Mengasihani mendatangkan ujian sebagai kifarah dosa kita yang terlalu banyak.
Tetapi,
Mungkin sahaja orang di sekeliling kita yang banyak berbuat dosa & maksiat sehingga didatangkan musibah & ujian mengenai kesemua yang terlibat, langsung atau tidak.
Ya,mungkin boleh jadi begitu.

Namun, adalah lebih baik memeriksa diri sendiri sebelum memandang orang lain dan menuding jari.

Lebih baik mengaku diri sebagai hamba yang lemah,lalai,hina dan banyak dosa...dan bersangka baik pada Allah.
Tentu ada yang masih tidak kena pada diri yang Allah mahu kita sedar dan siasat apakah sebenarnya ia supaya dapat diperbaiki ke arah kesempurnaan.

Untuk itu, diri ini dahulu yang perlu diperbaiki dalam dan luaran.


Muhasabah.


Tertanya-tanya dan tercari-cari di manakah silapnya pada diri yang perlu diperbetulkan? Apakah sebenarnya yang masih belum disempurnakan?

Sepanjang Ramadhan berfikir, rasanya 2 benda ini yang tidak dipelihara sebaiknya.
Ruang-ruang untuk diperbaiki masih banyak rupanya.


HATI.


SOLAT.


2 perkara yang teramat berat untuk dipelihara agar menuju khusyuk dan kesempurnaan.
Allah,Allah.

*************



My Quote :

"...Senyum saya bukan senyuman yang manis. Kerana saya masih belum mampu mengukir senyuman saat dan ketika musibah itu ditimpakan ke atas saya..."

*************

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

*************

Tuesday, September 1, 2009

Calling all Yeop's & Yong's Out there!

majlis-berbuka-puasa-gemarak-copy

Walaupun sy sebenarnye tak berapa reti sangat ckp dgn 'pure Perakian accent/slang', i will try my best ..sy cuba yea..lgpun malulah jadi anak org Paghit kalau tak reti lgsung..huhu,
err..


Ate, ape kome tunggu lagi yeop ngan yong oii*...Moh la kite ke

Program Gemaghak ni gheghamai!

Ghugi kome kalau tak datang..udoh ler makan feghee**, kat hotel plak tue..***



jata-perak

Alhamdulillah, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland (GEMARAK) tahun ini merancang untuk mengadakan satu Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa (Iftar) bagi meraikan Anak-Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom & Ireland. Majlis ini akan turut disertai oleh Wakil Pegawai JAIPk.

Justeru, sukacitanya, pihak Penganjur Majlis ingin menjemput kesemua Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland untuk turut serta memeriahkan Majlis ini. Bagi memudahkan urusan pendaftaran, mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan AJK Pendaftaran, Saudari Nadiah Zainal Abidin di talian 013-4749527 selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 4 September 2009.

Para pelajar anak Perak yg sedang belajar di UK & Ireland juga turut dijemput hadir bagi menyerikan lagi Majlis. Kerjasama dan bantuan anda juga sangat-sangatlah dialu-alukan. Makluman kehadiran bolehlah dibuat kepada Saudari Siti Fatin Shaari di talian 017-4494144.

Berikut merupakan tentatif Majlis:

4.50 - 5.10 pm Ketibaan pelajar dan pendaftaran.
5.10 - 5.20 pm Ucapan Alu-Aluan dan Bacaan Doa
5.20 - 5.40 pm Ucapan Wakil Presiden GEMARAK
5.40 - 6.00 pm Jejak Islam Di Bumi Eropah
6.00 - 6.35 pm Slot Jalinan Mesra I
6.35 - 7.10 pm Ketibaan, Perasmian dan Tazkirah dari Jemputan JAIPk
7.10 - 8.00 pm Berbuka Puasa & Solat Maghrib Berjemaah
8.00 - 8.30 pm Majlis Penyampaian Sijil & Cenderahati
8.30 - 9.15 pm Solat Isya’ dan Tarawih
9.15 - 10.00 pm Slot Jalinan Mesra II
10.00 pm Bersurai

Pihak Penganjur Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa GEMARAK 2009 dengan ini berharap agar segala perancangan dan persediaan untuk menjayakan majlis ini terlaksana dengan jayanya dan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Selamat berpuasa!

-Sekreteriat GEMARAK 2009/10-


Kalau kome nak tahu banyok lagi, tekan la sini.



*terbuka untuk anak-anak Perak yang bakal/telah belajar/bekerja ke luar negara ie. Uk/Eire sahaja

** percuma bagi anak-anak Perak yang akan melanjutkan peljaran ke Uk/Eire tahun ini sahaja

*** credit for my brother for helping me with the Perakian accent (huhu,ntah betoi ntah idok)



- anak perak selamanya-

Friday, August 28, 2009

Me vs Thick Books - Part 3


Ramadhan Kareem to all,

Me Vs Thick Books? MasyaAllah - this is the 3rd post on this topic?

Why on earth should I spend time writing this and dwelled on something that seems unimportant?

First of all, this post serves as a reminder for me.

Well, to cut the story short - My aim for this Summer was to finish reading at least 3 books . AT LEAST.

So, what happened then?

Hmm...Well, I always feel that have issues with thick books. Am I giving excuses to myself?

Fine, this is no longer a hypothesis - it may have just became a fact. I really do have an issue with thick books.

Even worse, it's not just THICK books anymore. Somehow I guess - even the not-so thick books are starting to give me a hard time to finish reading them.

So, why a reminder then? Because as I am writing this post, I haven't finish even one. YEs, not even ONE. Let alone 3?? *sigh*


Secondly, I know as Muslims we need to read a lot. Reflecting back on the number of books I have proudly 'pledged' to read in my previous post - I would say..hmm.

C'mon Nadiah. You can do better than this - READ MORE, MORE! IQra!

I know my ability to focus on something is - what's the right word for it..mm- horrible? awful? dreadful? It is soo.. erm..that I can't even described it in words..
Astaghfirullah - and I'm not kidding.

I know I really had to do something about it - but let's not just went off-topic. My issue with books has not yet been solved.

back to the topic;

Thirdly, I have found a book which I had - applied the theory & all( almost) the knowledge I got from it - and voila! I see results - almost immediately!

I was quite amazed and grateful for the results. Feeling kinda 'WOW' since I haven't even finish reading the book itself- hehe

This Summer has been a very tough one for me. There were tests from Allah that were so hard to endure, felt like all the courage & patience I had were ripped off - left me with days of despair, yet I'm so grateful for all of it.

No pain,no gain, right?

I have yet almost a month before going back to Dublin. And Alhamdulillah, it is Ramadan now.
And it is going to be quite a challenge for me as of now I would want to concentrate on Ramadan.

The only book that I really hope to finish by hook or by crook, is definitely the Holy Quran. InsyaAllah..

Since there are still 3 books lurking in my bedroom, waiting & calling for me to grab them and fulfill my promises...I found it to be a challenge.

Oh Allah, please spare me some time to read them.

This is REALLY going to be a challenge for me. Don't give up. Nadiah~ U can do it!

Like what Mr. Copperbottom wisely advised his son (if i'm not mistaken, it is from a scene in Robots - watched it for the 2nd time while on a flight back to Msia recently);

"If you have a dream that you did'nt fight for, it will haunts you for the rest of your life"

To put this quote into context - since mine is not exactly a dream - but the main point is -

Strive for what u want. Strive hard. Very hard.

So, when you are free. Still, labour hard. And to your Lord turn all of your attention.
(94 : 7-8)


So, here are the 3 books I planned to finish reading - if i don't they will keep on haunting me day by day...




There is a very,very strong reason why I had to buy this book and Alhamdulillah
- it was worth it. This is a book that helped me to change 'me'. May Allah grant me strength to improve and change for the better. My 1304 resolution - do not be reactive!


I bought this book like - err, last Summer but still only halfway through it.
Just to add some Sirah knowledge in me during this Summer and since i'm halfway through it and also because it is not that thick - at all..hehe. i am being realistic k~


This was actually a gift from a friend. Quite excited when 1st got it after once heard about 6 Thinking Hats by a senior last year. I have gone through a few pages, but had to put it off. Finds it a lil bit too technical.Or perhaps my brain just cannot cope with this kind of books for the time being.
But insyaAllah, will do,will do.


This book - was not in my list at first. Got it from iluvislam.com as an appreciation for being a part of WOW.
To the person who is thoughtful enough and chose this book - Jazakumullahu Khayran Jaza'!
Dunno how can I express how excited I am when I got this book. One that I have been looking forward to read after got to know about it few months ago.


That's all for now. Time is crucial.

Thursday, August 20, 2009

Welcome O Ramadan...




Ya Allah, kurniakanlah kami ketekunan dan kesabaran dalam menjalani ibadah puasa kali ini.

Berikanlah kami kekuatan menjalani tarbiyyah Ramadhan, memperbanyakkan amal ibadah dan menahan diri dari perkara maksiat dan keburukan.

Kikiskanlah karat Jahiliyyah yang masih ada, buangkanlah sifat-sifat Mazmumah yang bersarang dan sucikanlah hati ini dari penyakit-penyakit hati..

Peliharalah hati ini, hiasilah ia dengan keindahan sifat-sifat Mahmudah dan keluarkanlah aku dari medan tarbiyyah Ramadhan kali ini sebagai seorang hambaMu yang bertambah ketaqwaan, yang terpelihara akhlak dan elok pekerti.

Limpahilah kami dengan rahmatMu dan bukakanlah pintu-pintu kurniaMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih..Amin


Wednesday, August 19, 2009

Disturbia

Suka dengan cuaca Dublin sekarang ni. Tenang dan nyaman. Not too cold,not too hot. Not too bright,not too gloomy.

Just nice.

Bestnyer kalau Malaysia bercuaca macam ni.Bukan tak bersyukur, cuma cuaca Malaysia yang semakin panas dan berjerebu betul-betul menguji kesabaranku.

Dublin pun bukanlah selalu cuaca best. Showers all the time, almost in every season.

Kalau compare jerebu, Dublin apa kurangnya.

Tampak indah dari luaran semata.

Kadar pencemaran 'carbon' dalam udara Dublin antara yang tertinggi.Udara tampak nyaman, tapi sebenarnya tidak sihat untuk dinikmati.

Tapi,Alhamdulillah tidak seteruk London.Cubalah jalan seharian di kota London, dan kesat hidung anda.

Hitam berdaki!

Kalau pakai baju kot putih, kusam dan kotor alamatnya kot anda. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Tiba-tiba cerita pasal cuaca pula..aduss.
Tapi, tak dinafikan topik cuaca memang topik 'popular' if we want to start a conversation with a stranger, esp. dengan Mak cik, Pak cik Dublin. Teringat mak cik ni siap buat poem lagi pasal cuaca masa tunggu bus. Hehe,comel je.

Sebenarnya tengah tensi & geram sebab tak dapat tidur dengan tenang malam tadi akibat insiden malam kelmarin. Susah betul nak lelapkan mata. Asyik2 tengok tingkap, kejap2 dengar bunyi.Conscious betul!

Trauma? Paranoid? Gardai pun siap ronda-ronda depan rumah. Maybe landlord tlg buat report kot..bagus betul landlord ni.

Ya Allah, macam-macam ujian menimpa. Apapun Alhamdulillah tiada apa yang berlaku.Rumah pun dah dipasang alarm,cuma sebelum malam kejadian dah lama tak dipasang.

Cuma baru sedar dan faham, kenapalah ada sahabat yang sampai trauma takut nak duduk sendirian. hatta nak ke bilik air pun takut selepas rumah dimasuki pencuri. Macam kena PTSD.

Bila dah ada pengalaman sendiri, walaupun hanya 'an attempt to break in' sahaja..tapi kerana insiden melibatkan waktu malam-malam buta, dalam rumah all-girls - maka kejadian ini amatlah meninggalkan kesan mendalam. Kalau nak break in sekalipun, tolonglah buat time kami tiada di rumah. Ni time malam dengan orang tengah tidur - nak exam lagi esoknya. Disturbing betul...

Dengan economic recession yang menimpa Dublin, more people are becoming desperate dan insiden pecah masuk semakin banyak berlaku.Dan orang-orang desperate ini sungguh bijak kerana mereka selalu 'target' rumah students esp. all-girls. Scary!

Teringat ayat spontan yang keluar dari rakan serumah ketika malam kejadian berlaku;

"huu..nak suami.."

Huh?? Nak tergelak pun ada..tapi dalam suasana 'still in a state of shock & fear', senyum je la. Kalaulah 'suami' tu boleh dibeli, disewa atau dipinjam untuk teman jadi 'pak guard' takpela..

Apapun, keselamatan bukan lagi aspek sampingan dalam kriteria mencari rumah. Sekarang ni tengah survey2 rumah untuk sem depan, dan selepas insiden malam kelmarin...memang nak cari rumah yang terjamin sikit security- ada alarm etc. Cantik macam mana pun, kalau 'black area' and sekuriti takdak - i'm sorry. Cari rumah lain la..

Kalau nak diceritakan tentang betapa banyaknya insiden-insiden yang mengancam keselamatan pelajar wanita Dublin teramat sangatlah banyak, tetapi masih ramai juga yang terlebih confident berjalan balik seorang diri sampai hari gelap.

Selagi tidak kena batang hidung sendiri, kita tidak akan berjaga-jaga.
(pesanan untuk diri sendiri)

*sigh* disturbing,disturbing.

Semoga Allah kurniakan kami ketenangan dan keamanan..Juga semoga Allah permudahkan exam hari Jumaat ni buatku dan sahabat-sahabat lain..amin~

K,dya! fokus,fokus~ study,study...semoga Dr.Spooner 'good mood' la time TOSCE nanti...

Sunday, August 16, 2009

Cinta sempurna?



Macam pernah dengar je 'storyline' ni.. ;)
semoga teledrama ini bermanfaat buat mereka yang berfikir...



yang menghitung hari dalam debaran,
-dya-

Sunday, August 2, 2009

U complete P_ISI




Wanna know more about PUISI? Check out our official site here!

Wednesday, July 22, 2009

Thursday, July 16, 2009

Penawar hati yang duka..

Pabila hati gundah gulana, adakah kehidupan hilang serinya...?





Saat orang tersayang ketawa gembira, mampukah berselindung di sebalik duka..?





Tatkala kekuatan tinggal sekelumit cuma, mampukah lagi teguh berdiri ...?

Saturday, July 4, 2009

Thursday, July 2, 2009

6 (+ 1) ways to make people like you

Bismillahirrahmanirrahim.


Today our ‘tazkirah’ will be some short and simple tips on how to make people like you.


Is this topic relevant to us as Muslim? Well, yes!

In our everyday life, we met people and as Muslim, of course we also carry the responsibility to spread the beauty of Islam to whomever we met.

In other words, we are all da’ie ( pendakwah) and people we met, be it our parents, our siblings, our teachers, our friends and neighbours..they are all our mad’u (orang yang didakwah) .

As dai’e, we might be eager enough to spread da’wah to others but sometimes, we tend to use the not-so-right method when dealing with our potential mad’u.

Or we sometimes forget the simplest or easiest things when dealing with them hence, pushing them farther instead of getting them closer to us and Islam.

So, here are short,simple & sweet tips on how to tackle your mad’u. =)


6 (+ 1) ways to make people like you

( taken & edited from a book by Dale Carnegie on ‘ How to Win Friends & Influence People’)

Principle 1

Become genuinely interested in your mad’u.


Principle 2

Smile like a sunshine.


Principle 3

Remember that your mad’u’s name is to him/her the sweetest and most important sound in any language.

So, take the effort to remember their names~


Principle 4

Be a good listener. Encourage your mad’u to talk about themselves.


Principle 5

Talk in terms of your mad’u’s interests.


Principle 6

Make your mad’u feel important – and do it sincerely.


Last but not least..(this one is not in the list but it's the best tip of all)

Principle 7

Never forget the Du'as/prayers - after all, giving hidayah is His job.