Wednesday, September 2, 2009

Ke Arah Kesempurnaan (1)


Sudah hampir separuh Ramadan. Azam Ramadhan kali ini..erm..tak tahulah mampu tercapai atau tidak.

Kali ini, bertekad untuk mengubah sikap- sikap buruk yang masih lagi berkarat dalam hati...secara tidak langsung ingin memperbaiki akhlak supaya dapat menuju kesempurnaan budi pekerti.

Dah lama berazam untuk memperbaiki akhlak dan kedatangan Ramadhan ini memang sangat dinantikan untuk menguji samada kuatkah diri ini untuk berpuasa bukan setakat perut sahaja, juga bagi membezakan ketidaktahanan diri pada godaan nafsu ataupun tipu daya syaitan.

Setelah ditimpa ujian dan musibah pelbagai bentuk samada terus ke diri ini ataupun yang menimpa pihak lain yang kita turut dirasa tempiasnya,

Mula rasa sangat takut untuk tersilap langkah,terbuat dosa. Seakan-akan sekarang ini dibayar 'cash' di dunia.

Pabila ditimpakan ujian-ujian yang paling berat pernah dirasakan sehingga diri rasa seperti bermimpi - benarkah diri ini yang diuji sampai sebegitu rupa? Mengapa? Tentu sekali ada yang tidak kena.

Ramai yang mengatakan ujian yang didatangkan itu tanda sayang Allah pada kita. Ujian yang didatangkan untuk meningkatkan lagi darjat dan ketaqwaan kita pada-Nya. Kata seniorku, ujian itu didatangkan pada orang yang kuat supaya kita lebih dekat padaNya.


Alhamdulillah, ramai yang tampil menghadiahkan doa dan kata-kata untuk memujuk dan memberi kuat & sabar.

Semua tu tidak salah dan itulah fungsi sahabat pabila melihat sahabatnya ditimpa musibah. Memberi semangat dan ketenangan. Mmm.

******************

Tapi, aku lebih tertarik dengan tulisan seorang lagi sahabat.

Kehadiran ujian itu adalah warkah rindu yang diutuskan Allah pada kita kerana diri yang hina & lemah ini telah leka,lalai dan alpa dari mengingati-Nya.

Ia adalah warkah peringatan; ibarat 'memo' kepada 'hamba' yang mula malas dan tidak tekun dalam mengerjakan suruhan dan larangan-Nya.

Musibah dan Ujian Allah juga merupakan kifarah dosa. Sekilas pandang, mungkin mendatangkan kelegaan palsu kerana dosa digugurkan..

Alhamdulillah sekiranya ujian itu memang menggugurkan dosa yang melangit. Jika tidak? Adakah diri ini betul-betul pasti?

Pabila kerapkali ditimpa musibah dan didatangkan dugaan baik pada diri sendiri atau orang lain di sekeliling, bukankah bermakna mungkin diri ini terlalu banyak berbuat dosa, sehingga tempiasnya berbalik pada diri atau terkena pada orang lain.

Dan Allah yang Maha Mengasihani mendatangkan ujian sebagai kifarah dosa kita yang terlalu banyak.
Tetapi,
Mungkin sahaja orang di sekeliling kita yang banyak berbuat dosa & maksiat sehingga didatangkan musibah & ujian mengenai kesemua yang terlibat, langsung atau tidak.
Ya,mungkin boleh jadi begitu.

Namun, adalah lebih baik memeriksa diri sendiri sebelum memandang orang lain dan menuding jari.

Lebih baik mengaku diri sebagai hamba yang lemah,lalai,hina dan banyak dosa...dan bersangka baik pada Allah.
Tentu ada yang masih tidak kena pada diri yang Allah mahu kita sedar dan siasat apakah sebenarnya ia supaya dapat diperbaiki ke arah kesempurnaan.

Untuk itu, diri ini dahulu yang perlu diperbaiki dalam dan luaran.


Muhasabah.


Tertanya-tanya dan tercari-cari di manakah silapnya pada diri yang perlu diperbetulkan? Apakah sebenarnya yang masih belum disempurnakan?

Sepanjang Ramadhan berfikir, rasanya 2 benda ini yang tidak dipelihara sebaiknya.
Ruang-ruang untuk diperbaiki masih banyak rupanya.


HATI.


SOLAT.


2 perkara yang teramat berat untuk dipelihara agar menuju khusyuk dan kesempurnaan.
Allah,Allah.

*************



My Quote :

"...Senyum saya bukan senyuman yang manis. Kerana saya masih belum mampu mengukir senyuman saat dan ketika musibah itu ditimpakan ke atas saya..."

*************

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

*************

No comments:

Post a Comment