Saturday, October 25, 2008

Irhamna Ya Allah..

Hello Bluegy,

Baru-baru ini dapat banyak peringatan/ tazkirah yang membuatkan ana muhasabah atau 'reflect' diri sendiri di samping dilanda rasa gerun & bimbang.

Betullah pepatah "ignorance is bliss." Tetapi, ana tidak mahu meletakkan pepatah yang entah hadir dari mana sebagai 'main idea' yang ingin disampaikan. Bagi ana, orang yang 'ignorant' adalah orang yang rugi. Dan pasti, ana tidak mahu tergolong dalam kelompok itu.


Walau bagaimanapun,

Kisah dari sepotong Hadith yang disampaikan pada ana menyebabkan ana takut.

Bukan ana sahaja, malah juga mampu mengundang rasa gerun kepada sesiapa yang mendengar dan memahami impak di sebalik Hadith ini. Mungkin.

Dan pasti. Terutama kepada mereka yang mengaku diri sebagai dai'e.

******************************XXXXX*************************************

Cerita yang menjadi intipati kepada Hadith yang diambil dari buku Fathi Yakan;

Dikatakan ini adalah satu-satunya Hadith yang mengundang rasa gerun di hati para sahabat yang mendengarnya.

Diceritakan, ada seorang lelaki semasa di akhirat diiring ke neraka lalu dicampakkan ke dalam neraka.

Isi perutnya terburai dan di dalam neraka itu, lelaki itu berpusing - pusing seperti bertawaf di sekeliling neraka ibarat keldai yang mengelilingi kincir air.

Penghuni neraka merasa pelik lalu bertanya,


"Tidakkah engkau ketika di dunia dahulu menyuruh makruf dan menghalang yang mungkar?"


"Memang betul, tetapi aku sendiri tidak melakukannya. "

********************************XXXXX****************************************

Malah, perkara ini turut disentuh dalam Al - Quran melalui surah As- Saff : 2 ;


"Wahai orang - orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"


Do I walk my talk? Do I practice what I preached? Atau sekadar cakap tidak serupa bikin?

Naud'zubillahi Min zalik. Astaghfirullah Al Azim.

The fact yang ayat ini ditujukan kepada orang - orang yang beriman menambahkan lagi kerisauan.

Indirectly menempelak golongan yang punya keimanan padaNya, punya ilmu & kefahaman tentang Islam tapi hanya 'cakap tidak serupa bikin'.

Adakah selama ini aku melaksanakan apa yang aku katakan?


Adakah kita yang mengaku dai'e melakukan 'makruf yang kita suruh' dan menghalang diri dari perkara 'mungkar yang kita cuba cegah'?

Seorang dai'e perlu sentiasa ada muhasabah. Satu perkara yang ana masih berusaha untuk jadikan kelaziman.

Muhasabah. Berfikir. Lalu berubah.

Seorang dai'e perlu sentiasa menge' charge' iman dan mempunyai iltizam yang jauh lebih tinggi dari orang kebanyakan.

Juga perkara yang sedikit sukar dek kerana fitrah ana sendiri sebagai manusia yang sering lupa & lalai.

Namun, kemestian untuk punya iltizam yang tinggi bukan satu 'option'.

Seorang dai'e perlu punya keazaman yang tinggi dalam segenap aspek.

Tiada kompromi. Jika tidak, seolah - olah kita menangggung dosa kepura- puraan.

Maka, Ya Allah...

"...Berilah hambaMu ini dan juga sahabat-sahabat seperjuangan keampunan atas dosa - dosa kami.

Berilah kami kekuatan untuk bermuhasabah dan berubah ke arah kebaikan yang Engkau redhai.

Berilah kami iltizam yang tinggi untuk kami perbaiki akhlak dan hati kami agar kami mudah untuk melaksanakan amar makruf , nahi mungkar.

Jauhkanlah kami dari kemurkaanMu kerana sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dan kami tidak mampu menahan azab & siksaan api nerakaMu yang Maha Pedih.

Irhamna Ya Allah..Ya Rahman , Ya Rahim. Amin..."

Sunday, October 12, 2008

Daif kah imanku?

Salam..Bluegy,

Baru - baru ini, ana belajar satu hadith yang sememangnya ana pernah dengar sebelum ini tapi dek kerana tiada kesungguhan mendalam, ana tidaklah berusaha untuk menghafal , mendalami maksud dan meyelami intipati yang boleh diekstrak dari hadith ini.

Pabila diberikan amanah menjadi kakak usrah@RnR barulah terasa 'push' yang memerlukan diri untuk tingkatkan usaha berubah ke arah pembaikan dan memantapkan diri dengan ilmu
yang lebih banyak. Bukan hanya setakat tahu, tapi ingin mampu untuk berhujah dengannya.

Hadith yang diberi merupakan Hadith ke 34 juga salah satu dari hadith 40.

Terjemahannya ;

Dari Abi Said al - Khudri radiyallhu anhu katanya, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;

Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tanganya. Jika sekiranya tiada berkuasa, maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya tiada berkuasa, maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu ( mengubahnya dengan hatinya) adalah selemah - lemah iman.

Diriwayatkan oleh Muslim.

Jika dibicarakan dari segi kewajipan atau tuntutan mecegah kemungkaran yang disaksikan, tentulah semestinya perkara ini intipati utama yang seringkali disyarahkan.

Dan ana juga seringali mendengar syarahan sebegini dan acapkali bergetar hati memikirkan manakah tahap imanku yang sebenarnya.

Ana begitu tertarik dengan syarahan yang dikemukakan oleh seorang senior tentang nilaian hadith ini. Beliau mengutarakan idea bahawa hadith ini turut menjelaskan tentang tingkatan iman dalam diri seorang Muslim.

Tepuk dada, tanyalah iman. Adakah kita jika menyaksikan kemungkaran , metod manakah yang seringkali kita lakukan untuk mengubah kemungkaran tersebut?

TANGAN? LIDAH? atau HATI??

Metod yang dipilh ibarat cerminan kepada ketinggian iman yang ada dalam diri kita yang mengaku Muslim ini.

Jika HATI masih merupakan metod yang selalu digunapakai dalam mengubah kemungkaran tersebut, di manakah letaknya iman kita?? Persoalan yang telahpun diberikan jawapan dalam Hadith ini sendiri.

"...Dan yang demikian itu ( mengubahnya dengan hatinya) adalah selemah - lemah iman..."

Selemah - lemah iman. atau dalam bahasa Arab yang digunapakai adalah DAIF.

Iman yang DAIF.

Orang yang miskin Vs Orang yang Daif

Siapakah yang lebih melarat hidupnya? Miskin atau Daif? Tentunya Daif merujuk keadaan yang lebih terhimpit dan melarat dari miskin.

Bagaimana pula dengan iman? Iman yang Daif tentulah BUKAN sepatutnya tingkatan yang diduduki oleh golongan yang bergelar dai'e.

Ana amat terkesan dengan syarahan sebegini, membuatkan ana tertanya- tanya di manakah iman ana sebenarnya.
Dengan menggunapakai metod HATI seakan-akan mengisytiharkan pada diri bahawa iman ini hanya ditakuk paling lemah.

Ibn Mas'ud ;

"Binasalah orang yang tidak mengetahui dengan hatinya
akan yang haq dan yang mungkar."

Tapi, yang peliknya ada pula orang yang bukan sahaja tidak mempedulikan kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain malah dengan bangganya menyelar dan memperlekehkan golongan yang cuba mengubah kemungkaran yang disaksikan.

Tertanya - tanya, masih adakah iman yang wujud dalam hati mereka? Walhal mengubah dengan HATI adalah darjat iman yang terendah.

Begitu lantang mengkritik dan mengemukakan hujah mengunakan akal yang cerdik kononnya tapi sebenarnya gagal pula menggunakan akal tersebut memikirkan justifikasi Islam ke atas perkara yang dibahaskan.

Tak mengapalah, mereka belum faham. Semoga Allah kurniakan hidayah & kefahaman.


Perkara kedua yang turut menarik hati ana adalah gaya bahasa yang digunakan dalam Hadith ini.

Menurut senior ana, dan juga mengimbas kembali 'crash course' bahasa Arab oleh Ustaz Erfino dahulu ... frasa 'summa' atau 'fa' merujuk kepada 'kemudian'. Namun dalam hadith ini, perkataan 'summa' tidak digunapakai sebaliknya 'fa' digunakan.

Menurut Ustaz, 'summa' merujuk kepada 'kemudian' dalam tempoh lama. 'Fa' pula merujuk 'kemudian' dalam tempoh yang pendek atau serta merta.

Penggunaan 'fa' sendiri telah menunjukkan bahawa, seandai kita melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah berusaha serta merta untuk mencegahnya ikut kemampuan dan bukanlah menangguhkan atas alasan diri tidak bersedia lagi.

Justeru, andai diri ini mampu untuk mencegah dengan lidah atau berkuasa dengan tangan, maka perlukah kita menangguhkan kewajipan menegur dan mengubah ini?

Persoalan yang ana sendiri pun risau akan memikirkan sejauh mana persediaan ana dan yang lebih penting sekuat mana jiwa ana untuk menyatakan perkara yang Haq dan mengubah perkara yang mungkar..

Menyatakan perkara yang benar dan yang salah adalah perkara yang amat sukar..namun persediaan diri untuk menerima lampias amarah dan tohmahan umum akibat keberanian ini merupakan suatu perkara yang cukup pahit untuk diterima..

Hanya yang berjiwa kental dan bersungguh-sungguh mempraktikkan intipati hadith ini mampu melakukannya.

Suatu muhasabah pada diri dan cabaran kepada ana..semoga diberikan kekuatan untuk menghafal & memahami hadith ini supaya dapat mentarbiyyah diri untuk meningkatkan iman. InsyaAllah..



Dan semoga apa yang diperkatakan segolongan sahabat di bawah,

"Apabila engkau lihat sifat tamak dipatuhi, hawa nafsu diikuti, dan masing- masing berasa megah dengan fikirannya sendiri, di kala itu hendaklah engkau berdiam diri, tiada menyusahkan engkau oleh orang yang mengerjakan mungkar itu apabila engkau sudah mendapat hidayat."

bukanlah situasi yang wujud ketika ini sehingga menjadikan kewajipan ini diringankan.
Wallahu'alam.







Thursday, October 9, 2008

Dare to watch it?

The Official Video is OUT!

Dare to watch it? If you are, then prepare yourself to be amazed...IT'S FUIYO TIME!




FUiYO 2008 from Renzokuken on Vimeo.

Wednesday, October 8, 2008

Naluri sebagai panduan..

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:


Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.”


[Hadith Riwayat Muslim]


kucingku yang terbaring keresahan...


"...Ya, tak usahlah jauh sangat mencari hukum. Panduan Rasulullah s.a.w itu pun sudah memadai. Kalau sesuatu yang mahu kita lakukan itu mendatangkan resah kepada diri, dan kalau boleh jangan ada sesiapa pun yang tahu, Insya Allah, DOSA jualah namanya perbuatan itu..."

quoted from saifulislam.com





Monday, October 6, 2008