Saturday, October 25, 2008

Irhamna Ya Allah..

Hello Bluegy,

Baru-baru ini dapat banyak peringatan/ tazkirah yang membuatkan ana muhasabah atau 'reflect' diri sendiri di samping dilanda rasa gerun & bimbang.

Betullah pepatah "ignorance is bliss." Tetapi, ana tidak mahu meletakkan pepatah yang entah hadir dari mana sebagai 'main idea' yang ingin disampaikan. Bagi ana, orang yang 'ignorant' adalah orang yang rugi. Dan pasti, ana tidak mahu tergolong dalam kelompok itu.


Walau bagaimanapun,

Kisah dari sepotong Hadith yang disampaikan pada ana menyebabkan ana takut.

Bukan ana sahaja, malah juga mampu mengundang rasa gerun kepada sesiapa yang mendengar dan memahami impak di sebalik Hadith ini. Mungkin.

Dan pasti. Terutama kepada mereka yang mengaku diri sebagai dai'e.

******************************XXXXX*************************************

Cerita yang menjadi intipati kepada Hadith yang diambil dari buku Fathi Yakan;

Dikatakan ini adalah satu-satunya Hadith yang mengundang rasa gerun di hati para sahabat yang mendengarnya.

Diceritakan, ada seorang lelaki semasa di akhirat diiring ke neraka lalu dicampakkan ke dalam neraka.

Isi perutnya terburai dan di dalam neraka itu, lelaki itu berpusing - pusing seperti bertawaf di sekeliling neraka ibarat keldai yang mengelilingi kincir air.

Penghuni neraka merasa pelik lalu bertanya,


"Tidakkah engkau ketika di dunia dahulu menyuruh makruf dan menghalang yang mungkar?"


"Memang betul, tetapi aku sendiri tidak melakukannya. "

********************************XXXXX****************************************

Malah, perkara ini turut disentuh dalam Al - Quran melalui surah As- Saff : 2 ;


"Wahai orang - orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"


Do I walk my talk? Do I practice what I preached? Atau sekadar cakap tidak serupa bikin?

Naud'zubillahi Min zalik. Astaghfirullah Al Azim.

The fact yang ayat ini ditujukan kepada orang - orang yang beriman menambahkan lagi kerisauan.

Indirectly menempelak golongan yang punya keimanan padaNya, punya ilmu & kefahaman tentang Islam tapi hanya 'cakap tidak serupa bikin'.

Adakah selama ini aku melaksanakan apa yang aku katakan?


Adakah kita yang mengaku dai'e melakukan 'makruf yang kita suruh' dan menghalang diri dari perkara 'mungkar yang kita cuba cegah'?

Seorang dai'e perlu sentiasa ada muhasabah. Satu perkara yang ana masih berusaha untuk jadikan kelaziman.

Muhasabah. Berfikir. Lalu berubah.

Seorang dai'e perlu sentiasa menge' charge' iman dan mempunyai iltizam yang jauh lebih tinggi dari orang kebanyakan.

Juga perkara yang sedikit sukar dek kerana fitrah ana sendiri sebagai manusia yang sering lupa & lalai.

Namun, kemestian untuk punya iltizam yang tinggi bukan satu 'option'.

Seorang dai'e perlu punya keazaman yang tinggi dalam segenap aspek.

Tiada kompromi. Jika tidak, seolah - olah kita menangggung dosa kepura- puraan.

Maka, Ya Allah...

"...Berilah hambaMu ini dan juga sahabat-sahabat seperjuangan keampunan atas dosa - dosa kami.

Berilah kami kekuatan untuk bermuhasabah dan berubah ke arah kebaikan yang Engkau redhai.

Berilah kami iltizam yang tinggi untuk kami perbaiki akhlak dan hati kami agar kami mudah untuk melaksanakan amar makruf , nahi mungkar.

Jauhkanlah kami dari kemurkaanMu kerana sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dan kami tidak mampu menahan azab & siksaan api nerakaMu yang Maha Pedih.

Irhamna Ya Allah..Ya Rahman , Ya Rahim. Amin..."

No comments:

Post a Comment