Baru - baru ini, ana belajar satu hadith yang sememangnya ana pernah dengar sebelum ini tapi dek kerana tiada kesungguhan mendalam, ana tidaklah berusaha untuk menghafal , mendalami maksud dan meyelami intipati yang boleh diekstrak dari hadith ini.
Pabila diberikan amanah menjadi kakak usrah@RnR barulah terasa 'push' yang memerlukan diri untuk tingkatkan usaha berubah ke arah pembaikan dan memantapkan diri dengan ilmu
yang lebih banyak. Bukan hanya setakat tahu, tapi ingin mampu untuk berhujah dengannya.
Hadith yang diberi merupakan Hadith ke 34 juga salah satu dari hadith 40.
Terjemahannya ;
Dari Abi Said al - Khudri radiyallhu anhu katanya, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;
Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tanganya. Jika sekiranya tiada berkuasa, maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya tiada berkuasa, maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu ( mengubahnya dengan hatinya) adalah selemah - lemah iman.
Diriwayatkan oleh Muslim.

Jika dibicarakan dari segi kewajipan atau tuntutan mecegah kemungkaran yang disaksikan, tentulah semestinya perkara ini intipati utama yang seringkali disyarahkan.
Dan ana juga seringali mendengar syarahan sebegini dan acapkali bergetar hati memikirkan manakah tahap imanku yang sebenarnya.
Ana begitu tertarik dengan syarahan yang dikemukakan oleh seorang senior tentang nilaian hadith ini. Beliau mengutarakan idea bahawa hadith ini turut menjelaskan tentang tingkatan iman dalam diri seorang Muslim.
Tepuk dada, tanyalah iman. Adakah kita jika menyaksikan kemungkaran , metod manakah yang seringkali kita lakukan untuk mengubah kemungkaran tersebut?
TANGAN? LIDAH? atau HATI??
Metod yang dipilh ibarat cerminan kepada ketinggian iman yang ada dalam diri kita yang mengaku Muslim ini.
Jika HATI masih merupakan metod yang selalu digunapakai dalam mengubah kemungkaran tersebut, di manakah letaknya iman kita?? Persoalan yang telahpun diberikan jawapan dalam Hadith ini sendiri.
"...Dan yang demikian itu ( mengubahnya dengan hatinya) adalah selemah - lemah iman..."
Selemah - lemah iman. atau dalam bahasa Arab yang digunapakai adalah DAIF.
Iman yang DAIF.
Orang yang miskin Vs Orang yang Daif
Siapakah yang lebih melarat hidupnya? Miskin atau Daif? Tentunya Daif merujuk keadaan yang lebih terhimpit dan melarat dari miskin.
Bagaimana pula dengan iman? Iman yang Daif tentulah BUKAN sepatutnya tingkatan yang diduduki oleh golongan yang bergelar dai'e.
Ana amat terkesan dengan syarahan sebegini, membuatkan ana tertanya- tanya di manakah iman ana sebenarnya.
Dengan menggunapakai metod HATI seakan-akan mengisytiharkan pada diri bahawa iman ini hanya ditakuk paling lemah.
Ibn Mas'ud ;
Tapi, yang peliknya ada pula orang yang bukan sahaja tidak mempedulikan kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain malah dengan bangganya menyelar dan memperlekehkan golongan yang cuba mengubah kemungkaran yang disaksikan.
Tertanya - tanya, masih adakah iman yang wujud dalam hati mereka? Walhal mengubah dengan HATI adalah darjat iman yang terendah.
Begitu lantang mengkritik dan mengemukakan hujah mengunakan akal yang cerdik kononnya tapi sebenarnya gagal pula menggunakan akal tersebut memikirkan justifikasi Islam ke atas perkara yang dibahaskan.
Tak mengapalah, mereka belum faham. Semoga Allah kurniakan hidayah & kefahaman.
Perkara kedua yang turut menarik hati ana adalah gaya bahasa yang digunakan dalam Hadith ini.
Menurut senior ana, dan juga mengimbas kembali 'crash course' bahasa Arab oleh Ustaz Erfino dahulu ... frasa 'summa' atau 'fa' merujuk kepada 'kemudian'. Namun dalam hadith ini, perkataan 'summa' tidak digunapakai sebaliknya 'fa' digunakan.
Menurut Ustaz, 'summa' merujuk kepada 'kemudian' dalam tempoh lama. 'Fa' pula merujuk 'kemudian' dalam tempoh yang pendek atau serta merta.
Penggunaan 'fa' sendiri telah menunjukkan bahawa, seandai kita melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah berusaha serta merta untuk mencegahnya ikut kemampuan dan bukanlah menangguhkan atas alasan diri tidak bersedia lagi.
Justeru, andai diri ini mampu untuk mencegah dengan lidah atau berkuasa dengan tangan, maka perlukah kita menangguhkan kewajipan menegur dan mengubah ini?
Persoalan yang ana sendiri pun risau akan memikirkan sejauh mana persediaan ana dan yang lebih penting sekuat mana jiwa ana untuk menyatakan perkara yang Haq dan mengubah perkara yang mungkar..
Menyatakan perkara yang benar dan yang salah adalah perkara yang amat sukar..namun persediaan diri untuk menerima lampias amarah dan tohmahan umum akibat keberanian ini merupakan suatu perkara yang cukup pahit untuk diterima..
Hanya yang berjiwa kental dan bersungguh-sungguh mempraktikkan intipati hadith ini mampu melakukannya.
Suatu muhasabah pada diri dan cabaran kepada ana..semoga diberikan kekuatan untuk menghafal & memahami hadith ini supaya dapat mentarbiyyah diri untuk meningkatkan iman. InsyaAllah..
Dan semoga apa yang diperkatakan segolongan sahabat di bawah,
Wallahu'alam.

"Binasalah orang yang tidak mengetahui dengan hatinya
akan yang haq dan yang mungkar."

"Apabila engkau lihat sifat tamak dipatuhi, hawa nafsu diikuti, dan masing- masing berasa megah dengan fikirannya sendiri, di kala itu hendaklah engkau berdiam diri, tiada menyusahkan engkau oleh orang yang mengerjakan mungkar itu apabila engkau sudah mendapat hidayat."
bukanlah situasi yang wujud ketika ini sehingga menjadikan kewajipan ini diringankan.Wallahu'alam.
assalamuailaikum,
ReplyDeletejuz drop by to say hai,x tau la still ingat ag ke x,kwn msa kat gopeng,wani farabi,nice blog..tetiba teegerak hati nak terbaca..alhamdullillah rsa sejuk hati baca post nti,seperti sefikrah walaupon terpisah dgn byk lautan(sory la ayat cam puitis plak..)moga byk ag post2x yg sebegini dpt ana baca di masa depan..all d bez to you..remember muhammad ayat 7..wassalam
waalaikumussalam..
ReplyDeletemy dear wani, subhanallah..jumpa balik plak kt alam siber..of coz la igt lagi kt wani. Alhamdulillah, kalau wani suka singgah blog ni..terima kasih.
apapun, semoga mendapat manfaat ats tulisan yg tak seberapa ni.
jzkk for the reminder.