Sunday, September 13, 2009

Ke Arah Kesempurnaan (2)

Hamba Yang Lupa Dirinya Hamba

Alhamdulillah, dalam perjalanan menaiki bas ke Penang tempoh hari agak produktif dek kerana berjaya melangsaikan satu 'azam' menghabiskan 3 buah buku Summer ini.

Buku sirah yang tidak terlalu berat olahan dan gaya penceritaan - lebih banyak berkisar tentang fakta & statistik bertajuk 'Peperangan Rasulullah s.a.w berjaya dihabiskan. Alhamdulillah, walaupun buku nipis sahaja tetapi yang penting masa dalam bas terisi dan satu azam berjaya tertunai.

Maka, tinggal lagi dua.

Namun aku tak bercadang untuk menghabiskan membaca 2 buah buku yang di'target' kerana buku- buku tersebut 'are not meant to be read and finished in single or few sittings'. Malah penulis buku sendiri menyarankan pembaca bukunya supaya membaca,memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari dari buku 'self-help' ni 'as u go on in life'.

Buku yang seharusnya dibaca sehari satu bab, dan bermuhasabah serta memperbaiki diri pada hari tersebut. Dan melihat impak atau hasilnya atas satu perubahan kecil itu, menjadi suatu yang pencapaian besar bagi diri kita.

***********


panorama Penang dari atas Bukit Bendera - Subhanallah~

Setelah puas dibawa berjalan-jalan bercuti di Penang - pabila pulang rasa risau andai terlalu seronok dan suka sehingga alpa dan lalai dari mengingati-Nya. Malam itu , sambil berehat setelah seharian merentasi bukit( Bukit Bendera) dan meredah lautan (pantai Batu Feringghi) - teringin nak nak belek satu lagi buku yang juga antara yang aku dah lama terinign nak beli tapi tak terjumpa dan tak terbeli lagi.

Bercinta Sampai Ke Syurga - buku tulisan Ustaz Hasrizal yang kebetulan dibawa oleh salah seorang seniorku yang turut serta dalam 'trip@jaulah' ke Penang itupun dibuka dan dibaca.

Padahal aku ada lagi sebuah buku yang dibawa - tapi malam tu minatku lebih tertumpu kepada buku ini. Kerana rasanya buku ini lebih 'laid back' berbanding buku self-help yang memerlukan aku berfikir,analisa dan bermuhasabah dengan setiap penceritaan dan idea yang dibentangkan penulis.
***********

Ternyata sangkaan meleset. Bukan sangkaan meleset kepada perkara negatif - tetapi berlaku pencerahan dan penyesalan yang menerbitkan rasa insaf & syukur akan betapa berhikmahnya cara Allah berbicara- barulah terasa rupa-rupanya inilah sebenarnya yang mungkin menyebabkan aku masih tercari-cari di mana salah & silapnya ke arah menuju kesempurnaan.



Astaghfirullah al adzim. Aku asyik tertanya-tanya dan tercari-cari apakah sebab pelbagai ujian dan musibah yang menimpa diri ini. Persoalan yang ligat berlegar kebelakangan ini, hingga akhirnya aku sendiri tersentak akan satu hakikat yang aku sememangnya aku tahu tapi mungkin tanpa sedar aku telah terlupa.

Terlupa 2 perkara yang paling penting. Dan akhirnya persoalan yang aku cari jawapannya diilhamkan oleh Allah melalui buku yang kubaca ini. Bukan tak pernah dibaca artikel ini dalam blog saifulislam.com, cuma kali ini apabila dibaca kembali, tulisan ustaz tiba -tiba begitu tajam menerjah kotak fikiran & hati.


"Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?

[Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA."


Membuatkan aku kembali untuk proaktif dengan usaha untuk memperbetul, dan bukan mempersoal yang tidak perlu.

Janganlah sampai aku benar-benar terjatuh dan tidak bangun dari kelupaan pada Pencipta yang Maha Agung, terlupa pada ilah yang tiada selain-Nya yang layak disembah.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. Amin..

*******

Ramadan kali ini benar-benar menguji & mentarbiyyah diri ini yang masih banyak ruang-ruang untuk disempurnakan.

IMAN

HATI

SOLAT

?

Ada satu lagi perkara yang aku seperti terlupa untuk memeliharanya - sesuatu yang turut dibincangkan dalam buku Bercinta Sampai Ke Syurga - aku sendiri dapat merasakan seperti ada yang tidak kena kerana balasannya 'cash' diberikan kepadaku.

Mungkin ya,mungkin tidak. Cuma perkara ini memerlukan kekuatan untuk ditulis - kerana ia bermain dengan emosi yang sangat mendalam.

duhai ibu...

No comments:

Post a Comment