Thursday, July 21, 2011

Dan mahar syurga itu sungguh tinggi harganya..

Terbaca satu artikel dari laman web Iluvislam.com hasil nukilan Ustaz Pahrol Juoi.

Seorang penulis yang saya kagumi kerana begitu teliti dalam menggabungjalin aspek Sunnatullah & Syariatullah dalam tulisan beliau. Setanding dengan ustaz kegemaran saya UHAJ.

Artikel tersebut bertajuk Mahar Sebuah Syurga. Boleh dibaca di sini.

Saya juga cukup menggemari buku- buku bersifat self-help dan motivasi kerana banyak mutiara dan hikmah yang tersembunyi dapat disingkap andai bacaan disertai dengan keyakinan pada Yang Maha Esa. Kadang kala tercabar dengan pemikiran orang- orang kafir yang motivasi diri dan sistem nilai dalam diri mereka yang begitu bersifat islamik dan positif.

Tidak pernah putus asa dan sentiasa melihat sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan sebagai cabaran secara positif. Malah, mereka juga adalah orang-orang yang begitu cekal, gigih dan tanpa jemu melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.

Malu selalunya bila baca buku- buku sebegini kerana sifat dan nilai-nilai itulah yang seharusnya ada dalam diri kita sebagai seorang Muslim.

Sentiasa mahu mengangkat diri ke tempat yang lebih baik dari sebelumnya. Sebagaimana pepatah Arab,

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."


Betapa umat islam dituntut untuk senantiasa bermuhasabah dan berusaha melakukan perubahan walau sekecil manapun demi menjadi yang lebih baik.

Dan tentu sekali perubahan paling utama yang perlu diusahakan adalah dari segi taqwa. Kerana hanya dengan taqwa itu yang menjadikan diri kita berada lebih tinggi atau rendah berbanding hambaNya yang lain di pandangan Allah.

Namun, berada di Malaysia bersama keluarga adalah zon selesa yang seringkali menyebabkan diri ini kalah dan tunduk dengan nafsu.

Siapa yang tidak mahu berehat, melayan perkara- perkara yang digemari, bersenang lenang bersama keluarga etc. Segala perkara yang disukai tetapi sebenarnya lagha dan tidak berfaedah.

Perkara yang diperlukan seperti mana yang telah diazamkan dalam PMS sebelum ini masih banyak yang tergendala dan tidak tercapai.

Kata orang, jika tidak mampu buat semua , sekurang-kurangnya jangan tinggal semua.

Tapi Allah itu lebih menyukai perkara yang kecil namun istiqamah dan konsisten.

Saya sering kalah dengan sikap malas. Sikap itu jugalah yang menyebabkan prestasi akademik suatu masa dulu merudum. Dan setelah kembali sedar, penyakit itu menyerang kembali.

Saya perlu keluar dari zon selesa ini. Dan sememangnya insyaAllah akan keluar tak lama lagi.

Ujian yang lebih mencabar bakal mendatang. Namun, kehadiran bulan Ramadhan tak lama lagi menjadikan diri menarik nafas lega sebentar.

Namun, cabaran mungkin akan datang dengan bentuk kesibukan. Adakah mampu untuk kekalkan momentum ibadah dan transformasi Ramadhan?

Apapun, melihat keadaan sebelum ini..saya sering kalah apabila ada waktu lapang. Semakin sibuk, maka semakin produktif dan efektif diri ini. Benarlah, masa lapang itu boleh membunuh.

Terasa gian dan tak keruan bila 'kaki terikat' daripada ikut berjuang dan mengikuti program-program musim panas. Tak dapat bayangkan jika kehidupan berkerjaya nanti hanya melibatkan kerja, makan, tidur, etc tanpa merasai nikmat dan manisnya berjuang demi menegakkan Islam. Naudzubillahi min zalik.

Hati tersentuh dengan kepulangan srikandi pejuang Islam baru-baru ini..tersentak memikirkan kesudahan diri andai nyawa dicabut - apa sumbangan & usaha yang dilakukan untuk Islam? Hidup senang lenang je banyak..nikmat yang pelbagai tak banyak yang disyukuri. Layakke nak masuk syurga?


Bak kata Ustaz, Pay Now, Play later.

Sungguh, mahar syurga itu tinggi harganya..

Nadiah Zainal Abidin