Nak tahu isu lebih lanjut, sertai Yahoo! Group PPIMI sekarang.
HTML code:
Click to join ppimi
__________________________________________________________________
Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillah, masih ada lagi mahasiswa Dublin yang peka dan concern tentang perkara ni.
Rasanya ramai di antara kita yang sedar tentang perkara ini..tapi tak ramai yang nak berkongsi pandangan/pendirian dengan menzahirkannya untuk tatapan umum.
Bagi yang pandai menimbang baik buruk mengikut neraca Islam - maka mungkin dia akan memilih untuk tidak menghadiri mana-mana konsert, upacara atau program yang dirasakan akan melalaikan atau diselubungi maksiat.
Tapi, masih ada (dan ramai) manusia yang bergelar mahasiswa ini yang saban hari dibius dengan suntikan hasutan syaitan & hawa nafsu termasuk diri saya sendiri, anda dan sesiapa yang bergelar Muslim.
Bukan mereka tak pandai, jika tidak masakan dapat terima duit amanah rakyat untuk belajar di Dublin tercinta ni.
Nak kata tak matang (atau tua), tidak juga - kalau tak masakan ramai yang sibuk bergayutan dan berpacaran dengan pasangan 'halal' tanpa nikah dan pulang lewat malam.
Malah ada yang tanpa segan silu bertandang ke rumah berlainan jantina bagi menzahirkan 'kematangan' yang disamaertikan sebagai kebebasan untuk membuat segalanya tanpa kongkongan sesiapa sahaja.
Kebanyakan dari kita semuanya boleh berfikir (cuma mungkin selalunya malas berfikir) , jadi untuk terus mengatakan 'TIDAK' dan 'HARAM' kepada pelajar-pelajar otak geliga lagi bijaksana ibarat menghalang budak-budak, lagi dihalang, lagi nak dibuatnya. Kalau budak-budak yang belum mumaiyiz, logik juga kenapa degil juga. Tapi, kalau dah dikurniakan akal,baligh lagi matang serta bijaksana bagaimana pula? Allahu'alam.
Demi bersangka baik, mungkin ramai yang tidak sedar atau kurang ilmu akan yang perbuatan menghadiri konsert-konsert melalaikan ini sebenarnya tidak di'apporove' dalam Islam. Jazakillah buat saudari Hanis yang meletakkan hujah dan pendapat dari ulama' baik Malaysia mahupun dunia. Semoga ilmu yang dikongsi itu diamalkan.
Namun seringkali, hujah yang sering didengari : "kami bukannya buat apapun, dengar lagu dan enjoy dengan kawan-kawan je. Tak tinggal solat pun." Bukannya nak pergi, tapi semua kawan pun pergi..nanti diorg kata apa pulak.. Peer Pressure!~
Bukan salah mereka berhujah begitu, tetapi kerana kurangnya ilmu dan 'bengkok'nya sistem nilai yang dibina sedari kecil yang bukan berpaksikan akidah Islam yang sebenar. Hakikatnya, ramai sahabt-sahabat kita yang acapkali berusaha memperbaiki diri termasuk diri saya sendiri namun soalnya betapa kuat diri itu berusaha dan betapa ramai dari kita yang sedia membantu tanpa berburuk sangka.
Bila diri sentiasa kalah dan tunduk dengan nafsu dan pujukan syaitan, mungkin kerana kurangnya kekuatan dalam diri.Malah mungkin juga kerana kurangnya keyakinan bahawa api neraka itu benar dan azab neraka itu pedih. Oleh sebab itu, sama ada konsert itu selari dengan syarak atau tidak, sama ada program itu ada arak atau tidak, bukan lagi menjadi perkara utama yang diteliti.
Walaupun begitu, sedih juga bila melihat ada pula yang dahulunya sekolah agama dan penuh ilmu agama dihafal dan diterjemahkan sebagai 'A' di atas kertas juga menjuarai perbuatan melalaikan sebegini.Mungkinkah salah sistem pendidikan Malaysia kerana tidak berjaya menjadikan ilmu agama yang 'disumbat' ke diri pelajar seterusnya diamalkan dan disebarkan? Saya pun tidak tahu..
Saya sendiri tidak banyak ilmu ( bukan sekolah agama pun) tapi demi menyahut seruan saudari Hanis untuk berkongsi pendirian atas nama dakwah, ini adalah pendirian saya ;
Ya, saya tidak setuju dan tidak suka perbuatan sahabat-sahabat seakidah, yang turut sama melafazkan kalimah syahadah tetapi masih pergi ke konsert yang diketahui diselubungi maksiat dan melalaikan diri dari mengingati Allah.
Tetapi, jika ingin terus menerjah golongan 'kaki konsert' yang melalaikan seperti 'Haram police' bukanlah kaedah yang sesuai bagi semua orang. Seringkali orang-orang yang ditegur ini merasakan 'golongan bajet baik' ini sengaja ingin mengongkong dan menyibuk tentang hal urusan mereka di dunia. (di akhirat nanti ,pandai-pandailah membawa diri kerana tiada yang nak sibuk-sibuk hal orang lain)
Jadi, sebaiknya kita 'tailor'kan setiap 'approach' untuk menegur baik menasihati sahabat-sahabat kita atas dasar kasih sayang dan juga atas dasar tanggungjawab 'amar makruf,nahi mungkar' bagi pihak yang sedar peranan kita sebagai khalifah muka bumi.
Tugas bagi mereka yang sedar inilah untuk terus berusaha 'melurus'kan kembali iman dan sistem nilai sahabat-sahabat yang kita kasihi kerana Allah. Mereka berubah atau tidak, Allah yang tentukan. Kita menegur bukan kerana ingin berlagak diri lebih baik sebab kita tak minat konsert, tak pergi konsert atau tak pernah ke konsert atau apa-apa sebab yang membuatkan kita merasai diri lebih baik dari mereka yang ditegur tetapi atas dasar kasih sayang dan amanah yang dipikul sebagai khalifah.
Apapun, syabas kepada saudari Hanis kerana membangkitkan perbincangan ini. (boring juga asyik sembang pasal warna kan..)
Jadi, khabarnya ramai antara kita yang mempunyai pendirian, tapi mengapa tidak dikongsikan yea?
Allahu'alam
Wa aquli qauli haza wa astaghfirullah hal ‘azim li walakum.
Wassalam wbt.
p/s : Jom Say 'NO' to Valentine's Day! Instead of kita terlebih bersemangat mengutuk,beristighf ar panjang dan beria-ria memandang serong pada sahabat kita yang menyambutnya - jom jadi lebih proaktif dengan sebarkan ilmu dan kefahaman pada semua mengapa kita katakan NO' pada Valentine's Day. Kerana terlalu ramai di luar sana(atau di sekitar anda) yang tidak tahu dan pura-pura tak tahu tentang sambutan Valentine's Day dari sudut syarak.
____________________________________________________________________
Jangan lupa AGM PPIMI Sabtu ini, 6 Feb 2010. Jalankan tanggungjawab anda sebagai ahli PPIMI.
No comments:
Post a Comment