Thursday, June 25, 2009

La Tahzan, Innallaha Ma'ana..

Firman Allah:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan
'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta"
(Surah al-Ankabut:ayat 2-3)


Adapun musibah terbahagi kepada beberapa pecahan:

1. Musibah yang diturunkan kerana hukuman kepada orang2 yang engkar setelah berkali2 diberikan peringatan. Ia sebagai pedoman kepada umat yang terkemudian. Seperti kaum nabi nuh, firaun dan sebagainya.

2. Musibah yang diturunkan sebagai peringatan kerana keengkaran. Seperti banjir, bencana alam, kemarau, sakit dan sebagainya. Kerana Allah ingin mengurangkan dosa hambaNya atau memberi pengajaran pada hambaNya agar memandang kepada kesilapan. Muhasabah diri.

3. Musibah yang diturunkan kerana Allah ingin menguji hambaNya bagi menguatkan keimanan.


Sebuah perkongsian cerita buat diri ini & sahabat-sahabat yang turut diuji..=)


"KISAH RAJA ZALIM DGN RAJA ADIL"

tersebut al kisah..suatu masa dulu (wallahua'alam) ada 2 org raja yg memerintah negeri masing2..seorang raja sangat zalim dan kejam..selalu menindas rakyatnya dan seorang raja lagi sangat baik hati, adil dan saksama dan di sayangi semua rakyatnya..suatu hari, raja baik jatuh sakit..seluruh rakyat berduka cita dan berusaha mencari penawarnya iaitu sejenis hidupan laut (if i am not mistaken)..namun setelah bersusah payah mencari, penawarnya tetap tidak di ketemui..dan akhirnya dgn izin Allah raja baik itu pun mangkat..

tak lama kemudian..raja zalim juga menghidap sakit yang sama dan penawarnya juga sama...dengan izin Allah juga, penawar tersebut begitu mudah di perolehi lalu raja zalim itu sembuh dari penyakitnya..lantas, ada yang bertanya? kenapa Tuhan tidak adil? kenapa Tuhan tidak membantu raja yang baik tetapi sebaliknya membantu raja yang zalim?

jawapannya..kerna raja zalim tersebut terlalu banyak dosa..dan mungkin melakukan sedikit kebaikan sepanjang hayatnya..dan kerana Tuhan Maha Adil..di dunia ini Tuhan membalas kebaikan tersebut supaya di neraka kelak raja zalim terus di masukkan ke neraka tanpa sebarang perhitungan..

sebaliknya raja yng baik tu di biarkan gering kerana sepanjang hidupnya raja tersebut mungkin melakukan kesilapan dan kesalahan jadi semasa hayatnya dosa tersebut sudah di tebus dan di akhirat kelak dia akan terus di masukkan ke syurga..demikianlah kisah tersebut..wallahua'alam.


Moral of The Story.

pengajaran yg dpt sya ambil dr kisah tersebut..percayalah Tuhan Maha Adil dan setiap apa yg kita lakukan samada baik atau buruk, pasti akan dapat balasan...barangkali kita benci kpd sesuatu padahal ia baik utk kita dan mungkin juga kita sukakan sesuatu padahal ia buruk kpd kita.

kita bencikan kegagalan. tapi mungkin dgn cara kegagalan itu Tuhan ingin menguji kita lalu membuatkan kita makin dekat kepadaNya..subhanallah..janji Tuhan itu pasti. biarpun sebesar zarah..segala amal kebaikan kita di dunia ini akan di hitung..jika di hadapan kita, kita sudah tahu mana baik n mana buruk...ke mana arah menuju syurga dan ke mana arah ke neraka..then kenapa masih lagi teragak2?

mmglah tak senang utk senang..tp setidak2nya, jika kita yakin bahawa Allah benar2 wujud, Allah Maha Esa, kita tidak akan putus berharap kepadaNya..terus berdoa memohon keberkatan dan bantuan dari Nya..kerana kita yakin, Dia yang menciptakan kita...Allahuakbar..
remember..


"kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir,dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas"
(2:212)

wallahua'alam..

*cerita dipetik dari blog Kak Asniza.



Nenek sy pernah berpesan ..sesuatu untuk direnungkan;

" kita selalu nak dan minta yang elok-elok je untuk kita, yang tak elok bagi atau biar kat orang lain.."

Sekali sekala merasai kegagalan membolehkan kita merasa bagaimana orang lain rasa dan mengingatkan kita yang kita ini hanyalah hamba-Nya yang lemah.Jika selama ini kita sentiasa di atas, sentiasa merasai manisnya kejayaan dan hanya mampu memberi simpati pada sahabat yang kecundang..kini Allah ingin beri kita pengalaman berharga.

Bak kata seorang kakak, Allah akan uji orang yang kuat & sabar. Bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk melihat sejauh mana kita bertaqwa dan bertawakkal kepada-Nya.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Semoga ujian yang didatangkan ini menjadi peringatan untuk kita sentiasa mengingati Allah & dekat padaNya. Semoga kita semua diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menempuhi ujian dari-Nya..Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Doakan urusan kami dipermudahkan wahai sahabat-sahabat sekalian..

2 comments:

  1. Allah sayang akak! :)
    insyaAllah semoga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.., Everything gonnabe just fine.. :)

    ReplyDelete