Top 4 SerabuTthingYthatCausedMeStress.
1) Rumah yang tunggang langgang dek proses 'renovation' yang sudah lebih sebulan. Sekarang tinggal proses cat- mengecat. Nasib baik bakal 'lari' sekejap 3-4 hari, kalau tak pening kepala dengan bau cat yang menusuk hidung & kalbu. Dah cat, kena susun2 & kemas2 pula..fuuh!
2) Baru dekat 2 minggu di Malaysia. Bahang cuaca Malaysia yang panas sangat dek fenomena el nino yang bakal tiba tak lama lagi betul2 menguji kesabaran dan keimanan. 'heat stroke' dibuatnya. Mana tidak, salah satu titik panas dijumpai di Perak. panas2~
3) Dek kerana rumah yang berserabut, hp pula asyik lesap dan hilang dr pandangan. Asyik kena miskol nak cari. Nasib baik dapat dijumpai di sebalik timbunan. Minta maaf pada mereka yang tidak diangkat panggilan atau lambat dibalas SMS. Ini lah akibatnya suka letak merata-rata. =p
4) Minta maaf sangat pada sahabat yang memerlukan 'bantuan' buat masa ini. Fikiran berserabut. Banyak pula benda kena decide & fikir. All at the same time. I need time to calm down and space for myself for a while. I'll be back on track insyaAllah.
-off the line- =) = ) =)
Right Person + Right Time = Mr Right.
8 years ago
No comments:
Post a Comment