Sunday, May 16, 2010

16 May Yang Tiada Signifikan?


16 May

Melihat tarikh ini rata-rata kita akan teringat zaman persekolahan, kolej, universiti dan lain-lain yang mana kita bergelar pelajar dan menerima ilmu daripada insan yang digelar pendidik ie. cikgu atau guru.

16 May adalah Hari Guru di Malaysia.

Tahniah dan sekalung penghargaan buat kesemua tenaga pengajar yang telah menabur jasa mendidik dan menabur mutiara ilmu kepada diri saya semenjak di Tadika Kemas, SK Marian Convent, SM Convent, SBP Integrasi Gopeng, Matrikulasi Gopeng, Kolej Mara Banting dan kini di Royal College of Surgeons, Ireland.


16 May 1987

Tarikh di atas adalah tarikh saya telah dilahirkan oleh ibu saya, Zahrah Md Noh.

Tarikh yang telah ditakdirkan Allah swt, saya keluar ke dunia sementara setelah berazam dan berjanji pada al- Khaliq untuk berpegang teguh pada kalimah 'La ila ha illahallah' dan melaksanakan ibadah serta kewajipan sebagai khalifah.

Seingat saya, semenjak kecil saya tidak diajar dan dibiasakan dengan budaya meraikan hari jadi secara bersungguh-sungguh. Sebelum saya ke sekolah asrama penuh, saya tidak pernah merasakan hari jadi adalah satu hari yang signifikan untuk disambut dan sebagainya.

Malah saya tidak pernah tahu bahawa adalah seolah-olah satu kewajipan untuk kita memberi ucapan 'selamat hari jadi' atau lebih hebat lagi mengatur majlis khas untuk meraikan hari jadi seseorang.

Sehinggalah ketika berada di asrama, kawan-kawan mengatur sambutan hari jadi yang bersungguh buat saya sehingga bergelap satu aspuri ketika itu dek kerana ingin menjayakan rancangan tersebut.

Terima kasih buat sahabat yang bertungkus lumus dan membuat saya terharu.
Kerana kalian, ketika baru saya tahu (belajar) bahawa rupa-rupanya hari jadi kawan-kawan perlu disambut.

Namun, tahu tidak semestinya melahirkan mahu. Sehingga kini, saya masih lagi tidak merasakan hari jadi saya (bukan orang lain) adalah hari yang tiada signifikan untuk disambut dengan meriah dan dihujani ucapan-ucapan 'selamat hari jadi'.

Sahabat saya tidak percaya apabila saya mengatakan pada sahabat saya bahawa saya tidak kecil hati atau terasa andai ada sahabat yang tidak mengucapkan hari jadi atau mengingati hari jadi saya. Dalam erti kata lain, saya tidak kisah atau ambil hati jika hari jadi saya berlalu tanpa sebarang 'acknowledgement' daripada kawan-kawan malah daripada keluarga atau ibu bapa tersayang..

Saya telah 'unpublished' tarikh hari jadi saya di Facebook kerana berdasarkan pengalaman tahun lepas, wall FB dipenuhi dengan ucapan..serabut FB dibuatnya..

Ada yang tidak pernah saya kenali, perempuan boleh lagi diterima tetapi jika lelaki, mungkin saya kurang selesa. Tambahan jika ia datang dari mereka yang di alam realiti tidak pernah bertegur sapa tiba-tiba terangkat rasa malu apabila di alam maya.

Jadi, semenjak awal Mei tarikh itu lenyap dari FB. Hanya mereka yang mengenali dan tahu tarikh tersebut akan mengingati saya pada tarikh 16 May.



Doa & ingatan tersayang

Ketika saat menulis entri ini, ibu bapa saya sendiri tiada menghantar mesej atau telefon atau apa sahaja konotasi mengucap selamat hari jadi dan sebagainya. Dan sekelumit pun saya tidak terasa atau berkecil hati kerana memang sudah terbiasa begitu. Saya pun kadang-kadang terlupa hari jadi ibu bapa dan adik-beradik sendiri. =P

Saya yakin dan percaya bahawa ibu bapa saya adalah insan yang sentiasa tidak lekang dan tidak putus dari mendoakan saya. Setiap waktu dan hari. Dan doa itu yang teramat sangat saya dambakan berbanding ucapan yang hadir setahun sekali.

Malah, doa dari anak kepada ibu bapa serta berbuat baik kepada mereka itulah yang menjadi kewajipan untuk saya tunaikan dahulu sepanjang masa berbanding melakukannya setahun sekali.

Sedangkan hari jadi orang yang paling saya sayangi di dunia ini pun saya boleh terlupa dan tidak ambil kisah, inikan pula hari jadi sahabat-sahabat...

Minta maaf sangat-sangat pada sahabat yang mungkin terasa kerana tidak mendapat ucapan hari jadi daripada saya. Minta maaf bagi yang mungkin berkecil hati andai tiada hadiah yang dikirimkan.

Sesungguhnya saya amat berusaha keras untuk mengingati dan memberikan hadiah pada sahabt-sahabat saya. Jika perbuatan sebegitu mampu menggembirakan anda semua, insyaAllah saya akan berusaha keras lagi kerana kebanyakan masa saya gagal berbuat demikian.

Bukan kerana saya tidak sayang pada keluarga. Bukan kerana saya tidak menghargai persahabatan kita. Namun, ada sebab yang lebih besar dan lebih penting bagi saya berbanding sekadar memberi ucapan semata-mata. Ada cara yang lebih ikhlas dan bermakna berbanding ucapan dan sambutan semata-mata.

Jika dahulu, saya tidak ambil kisah hal hari jadi dek kerana sudah dididik sebegitu semenjak kecil. Namun kini, walaupun mengetahui signifkasi dan kepentingan hari jadi kepada orang lain, saya masih agak keberatan untuk meraikan hari jadi sendiri dan mungkin orang lain.

Meraikan hari jadi bukan kewajipan sebagai umat islam. Tiada dalam sunnah Rasulullah. Memberikan ucapan 'selamat hari jadi' juga tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah. Apatah lagi membeli kek, meniup lilin, membuat majlis dan 'kewajipan' memberi kad/hadiah kepada si 'birthday girl.boy'.

Kerana sebab itu, saya masih lagi berpegang bahawa saya kurang suka hari jadi disambut seolah-olah ia adalah satu kewajipan atau satu hak yang mesti ditunaikan oleh seorang muslim kepada seorang muslim yang lain.

Hak seorang muslim kepada muslim yang lain yang WAJIB ditunaikan hanya ada enam (setahu saya) :

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam):
Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.

(Hadis Riwayat Muslim)


Adakah saya menentang atau menyelar mereka yang suka menyambut hari jadi dan berusaha bersungguh-sungguh menyambut hari jadi sahabat mereka?

Tidak sama sekali. Malah, saya kagum dan menyambut baik sahabat-sahabat yang begitu prihatin dan bertungkus lumus menyambut hari jadi sahabat mereka.

Namun, apa yang saya harapkan adalah niat mereka tidak terpesong dari menjadikan atau meniatkan bahawa hari jadi adalah satu peristiwa yang mesti atau wajib disambut dan seolah-olah menjadi satu kesalahan atau dosa jika tidak disambut atau diucap.

Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunaikan 'kewajipan' hari jadi ini berbanding 6 kewajipan yang disebut dalam hadis di atas?

Berapa ramai yang apabila sahabatnya mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin lalu disambutnya dengan ' Yarhamkillah'?

sedangkan orang kafir juga pandai mengucap 'god bless you' apabila mendengar orang lain bersin.

Jadi, adakah selama ini kita meraikan hari jadi sahabat kerana merasakan ia adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan? Tepuk dada, tanya iman.

Jika entri ini dibaca sepintas lalu, mungkin dirasakan seolah-olah saya begitu menentang sambutan hari jadi.

Namun, sekali lagi ditegaskan - saya tiada masalah bagi mereka yang berusaha dan prihatin terhadap hari jadi keluarga dan sahabat mereka. Malah, saya turut berusaha menyambut dan meraikan hari jadi sahabat-sahabat saya.


Medium dakwah

Memandangkan hari jadi adalah satu hari yang dianggap istimewa dalam diri setiap individu pada masa kini. Ia sepatutnya menjadi medium atau senjata dakwah dan memberi tazkirah kepada sahabat yang mungkin kita 'segan' memberi nasihat sebelum ini.

Saya kagum dan terharu dengan sahabat yang secara 'semulajadi' memang sungguh prihatin dan berusaha menyambut hari jadi sahabatnya. Kerana ia adalah satu mujahadah bagi saya apabila ingin mengingati, memberikan hadiah dan menimbulkan rasa teruja menggembirakan sahabat di hari lahirnya.

Sukar sekali bagi diri ini apabila diri sendiri tak teruja hatta menyambut hari jadi sendiri.

Namun insyaallah banyak kebaikan dan pahala boleh kita dapat kerana usaha tersebut.

Mengapa?

Kerana ;

1. Apabila kita mengingati hari jadi sahabat kita, ia akan memberi kegembiraan kepadanya. Bukankah menggembirakan orang lain terutama sahabt kita adalah satu kebajikan? Hatta senyum sahaja sudah dikria sedekah.

2. Semasa hari jadi, ramai yang akan memberi hadiah kepada sahabat kita. Hadiah itu tentu sekali menggembirakan sahabat yang menerima terutama apabila ia hadiah yang disukainya.

3. Ketika hari jadi, ada yang menyelitkan peringatan/tazkirah dalam ucapan hari jadi mereka. Inilah peluang yang mana kita saling menasihati dan berpesan-pesan kepada orang lain.

4. Ketika sambutan hari jadi, kita memberi makan dan mengumpulkan sahabat-sahabat dalam suasana yang baik dan ceria.. Kan seronok begitu?

5. Hari jadi mampu mengeratkan ukhuwwah dan menyambung tali silaturahim yang lama terputus. Ketika inilah, sahabat yang telah lama tidak bertanya khabar tiba-tiba memberi ucapan tanda ingatan. Yang lebih menarik memberi peringatan tentang hakikat kematian. =)

6. Di hari jadi kita, mungkin ada yang terdetik untuk berdoa kesejahteraan dan kebahagiaan kita. Malah ada yang mungkin menunaikan solat hajat memohon kesejahteraan sahabat tersebut. Masya-Allah..yang ini lagi hebat. Doa sahabat kepada sahabatnya tentu lebih mudah termakbul~


Dan mungkin banyak lagi mungkin hikmah yang boleh diterjemahkan jika kita memanipulasikan hari jadi kepada hari untuk kita mengeratkan ukhuwwah, hari untuk kita menggembirakan sahabat kita, hari untuk kita bersedekah dalam pelbagai cara, hari untuk kita sama-sama mengingatkan sahabat dan hari untuk kita mendoakan sahabat kita etc.

Daripada tiada langsung hari yang sedemikian, mungkin ada baiknya dalam masyarakat yang begitu mengagungkan hari jadi, menggunakan hari jadi untuk saling mengerjakan kebajikan dan memperbanyakkan doa kepada sahabat kita.

Alangkah indahnya andai ucapan hari jadi digantikan dengan doa dan tazkirah kepada sahabat kita di hari jadinya.

Alangkah baiknya andai majlis hari jadi menjadi majlis tautan ukhuwwah dan keinsafan pada kita berbanding menjadi majlis gelak ketawa yang dipenuhi hiburan dan permainan yang melalaikan.

Alangkah bagusnya andai hadiah yang diberi bukan sekadar satu ritual dan simbol ingatan sebaliknya diniatkan untuk memberi kegembiraan kepada yang menerimanya.

Janganlah menunggu ketika hari jadi sahabat kita tiba baru kita cuba menggembirakannya. Janganlah menunggu hari jadi tiba, baru kita teringat untuk mendoakan dan memberi tazkirah kepadanya.
Janganlah menunggu hari jadi, baru ingin disambung tali silaturrahim yang dahulunya menyepi tanpa khabar berita.

Dan lebih penting lagi, janganlah menjadikan hari jadi sebagai hari yang dipenuhi maksiat dan kegiatan yang melalaikan dan tiada menambahkan iman.

Di kesempatan ini, terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan ucapan dan doa di hari jadi saya. Juga kepada adik rumah dan adik usrah yang begitu berusaha berkomplot menjayakan konspirasi 'surprise' sambutan hari jadi saya. Saya mengaku sedikit terkejut walaupun dapat menghidu dari awal.. =D

Juga kepada sahabat yang mengirimkan teks ucapan, memberikan hadiah, membelanja makan minum dan menemani diri ini pada hari jadi saya.

Alhamdulillah..Tidak pernah dalam sehari mendapat jemputan makan-makan sampai empat. Minta maaf tidak dapat penuhi semuanya, insyaAllah bukan hari jadi pun boleh je nak belanja saya makan.. =P

Terima kasih semua kerana berusaha menggembirakan saya di hari jadi ini. Semoga segala yang dilakukan adalah demi mendapat keredhaan-Nya.

Sayang anda semua! =)




Luv 'em! =)




5 comments:

  1. assalamualaikum w.b.t. kak dya,

    entri yg sgt bagus! sebelum ini, diri sy sendiri sgt mengharapkan rakan2 utk memberi sesuatu pd hari jadi sy, tp bila baca entri ini, upacara ini bukanlah suatu sunnah rasulullah s.a.w.

    just nice as i read this days before my birthday (22nd may), dptla clearer view about this birthday thingy. tq kak dya! semoga istiqamah di dublin sana.

    ReplyDelete
  2. Apa yang akak tulis tu hanya pendapat peribadi akak je..nak elaborate banyak2 pasal sambutan hari jadi ni akak bukanlah orang yang arif.

    Semoga awak pun istiqamah juga k.

    Waalaikumussalam wbt.

    alhamdulillah kalau bermanfaat.

    p/s : sama bulan hari jadi la kita yea. =)

    ReplyDelete
  3. Salam Nadiah~

    (p/s: ni Kak Wanie room mate kak farah di vista dulu ;))

    Thanks for sharing your point of view. Kadang2 kita terlalu taksud dengan Western culture sampai terabai benda yang sepatutnya kita buat.

    Jaga diri !!

    ReplyDelete
  4. Wslm kak wanie!

    akak rupanya..ingatkan siapa la idina nie..

    lama tak jumpa, dah kawen pun eh. bila nak jadi mommy pula? =)

    anyways..jzkk for dropping by!

    ReplyDelete
  5. mommy?? Lom ada rezeki lagi, hehe, Doakan ye!!

    ReplyDelete