Anda tertanya-tanya apa bezanya WOW dengan program pre-departure lain?
Anda ingin tahu apakah faktor-faktor yang menjadikan WOW sentiasa WOW??
Mengapa WOW adalah program pre-departure No. 1 yang wajib dihadiri oleh pelajar yang bakal ke luar negara???
1. WOW menampilkan penceramah yang cukup tersohor iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, pemilik blog popular saifulislam.com. Ustaz mempunyai pengalaman menetap di luar negara dan masak dengan situasi dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar Muslim di luar negara.
2. WOW juga menampilkan speaker-speaker mantap di kalangan mahasiswa dan bekas mahasiswa dalam dan luar negara yang aktif menyumbang kepada komuniti dalam & luar negara. Antaranya Presiden iluvislam.com sendiri, Imran Koyube, Naib Presiden iluvislam.com Wan Yusof Wan Jeffrey dan Brother Fawwaz, graduan akauntan University of Manchester.
3. WOW merupakan salah satu rangkaian program menarik dan berkualiti anjuran laman web islamik popular di Malaysia,iaitu iluvislam.com dengan lebih 30juta pengunjung laman dan hampir 180,000 facebook fans. Anda berpeluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar iluvislam.com dengan menyertai WOW. Rasai pengalaman hebat berjumpa secara 'live' dengan krew-krew iluvislam.com.
4. Dengan bayaran pada kadar minima, anda berpeluang mengutip mutiara ilmu dan menimba pengalaman berharga yang nilaiannya tiada bandingan! Suatu program yang bersifat holistik, menggabungkan aspek rohani, jasmani dan intelektual sesuai dengan keadaan anda sebagai pelajar yang bakal ke luar negara. Dengan pengalaman selama 2 tahun menganjurkan WOW, tentu sekali kami lebih tahu apa yang anda perlukan!
5. WOW mempunyai barisan ahli yang berdedikasi dan bersemangat - berpadu tenaga dan mengerah idea untuk menghasilkan sebuah modul segar yang insyaAllah diharap dapat membantu dan memberi impak serta anjakan kepada paradigma anda sebelum anda ke luar negara. Dengan konsep yang diadaptasi daripada buku best-seller Who Moved My Cheese, tentu sekali ia menjanjikan sesuatu yang cukup berlainan daripada program lain.
6. WOW juga akan dihadiri oleh para seniors yang juga terdiri daripada pelajar yang telahpun berada di luar negara untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan cabaran yang bakal dihadapi sebagai pelajar luar negara. Mereka semua teruja dan tidak sabar bertemu dengan anda semua!
7. WOW kali ini berusaha untuk memberikan input dan tips-tips yang membantu adik-adik semua, dari sekecil-kecil perkara remeh-temeh seperti rempah ratus, beras, membuat visa dan sebagainya...sehinggalah ke saat anda menimbang bagasi anda untuk lepas di lapangan terbang nanti. Juga paling penting, tips dan bekalan ilmu berkaitan akidah dan ibadah, aspek yang cukup mencabar dan baru yang bakal anda tempuhi apabila berada di luar negara kelak..
8. WOW juga terbuka kepada mana-mana bakal pelajar luar negara tidak mengira dari mana kolej persediaan anda sebelum ini. Anda semua layak dan dialu-alukan menyertai WOW!
Jadi, WOW sangat ke WOW ni?
Nak tahu WOW atau tidak - anda perlu merasainya sendiri.
Daftar! Daftar! Daftar! dan daftar sekarang!
Ramai yang telah merasai kehebatan WOW tahun lepas, jadi anda bila lagi?
Jom sama-sama gegarkan pelancaran Fenomena WOW pukul 2pm waktu UK atau 9pm waktu Malaysia di Facebook.
No comments:
Post a Comment