Wednesday, September 16, 2009

testing..

testi10



To link to this photo on other websites you can either:


1. Copy and paste this HTML into your webpage:



2. Grab the photo's URL:





Sunday, September 13, 2009

Ke Arah Kesempurnaan (2)

Hamba Yang Lupa Dirinya Hamba

Alhamdulillah, dalam perjalanan menaiki bas ke Penang tempoh hari agak produktif dek kerana berjaya melangsaikan satu 'azam' menghabiskan 3 buah buku Summer ini.

Buku sirah yang tidak terlalu berat olahan dan gaya penceritaan - lebih banyak berkisar tentang fakta & statistik bertajuk 'Peperangan Rasulullah s.a.w berjaya dihabiskan. Alhamdulillah, walaupun buku nipis sahaja tetapi yang penting masa dalam bas terisi dan satu azam berjaya tertunai.

Maka, tinggal lagi dua.

Namun aku tak bercadang untuk menghabiskan membaca 2 buah buku yang di'target' kerana buku- buku tersebut 'are not meant to be read and finished in single or few sittings'. Malah penulis buku sendiri menyarankan pembaca bukunya supaya membaca,memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari dari buku 'self-help' ni 'as u go on in life'.

Buku yang seharusnya dibaca sehari satu bab, dan bermuhasabah serta memperbaiki diri pada hari tersebut. Dan melihat impak atau hasilnya atas satu perubahan kecil itu, menjadi suatu yang pencapaian besar bagi diri kita.

***********


panorama Penang dari atas Bukit Bendera - Subhanallah~

Setelah puas dibawa berjalan-jalan bercuti di Penang - pabila pulang rasa risau andai terlalu seronok dan suka sehingga alpa dan lalai dari mengingati-Nya. Malam itu , sambil berehat setelah seharian merentasi bukit( Bukit Bendera) dan meredah lautan (pantai Batu Feringghi) - teringin nak nak belek satu lagi buku yang juga antara yang aku dah lama terinign nak beli tapi tak terjumpa dan tak terbeli lagi.

Bercinta Sampai Ke Syurga - buku tulisan Ustaz Hasrizal yang kebetulan dibawa oleh salah seorang seniorku yang turut serta dalam 'trip@jaulah' ke Penang itupun dibuka dan dibaca.

Padahal aku ada lagi sebuah buku yang dibawa - tapi malam tu minatku lebih tertumpu kepada buku ini. Kerana rasanya buku ini lebih 'laid back' berbanding buku self-help yang memerlukan aku berfikir,analisa dan bermuhasabah dengan setiap penceritaan dan idea yang dibentangkan penulis.
***********

Ternyata sangkaan meleset. Bukan sangkaan meleset kepada perkara negatif - tetapi berlaku pencerahan dan penyesalan yang menerbitkan rasa insaf & syukur akan betapa berhikmahnya cara Allah berbicara- barulah terasa rupa-rupanya inilah sebenarnya yang mungkin menyebabkan aku masih tercari-cari di mana salah & silapnya ke arah menuju kesempurnaan.



Astaghfirullah al adzim. Aku asyik tertanya-tanya dan tercari-cari apakah sebab pelbagai ujian dan musibah yang menimpa diri ini. Persoalan yang ligat berlegar kebelakangan ini, hingga akhirnya aku sendiri tersentak akan satu hakikat yang aku sememangnya aku tahu tapi mungkin tanpa sedar aku telah terlupa.

Terlupa 2 perkara yang paling penting. Dan akhirnya persoalan yang aku cari jawapannya diilhamkan oleh Allah melalui buku yang kubaca ini. Bukan tak pernah dibaca artikel ini dalam blog saifulislam.com, cuma kali ini apabila dibaca kembali, tulisan ustaz tiba -tiba begitu tajam menerjah kotak fikiran & hati.


"Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?

[Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA."


Membuatkan aku kembali untuk proaktif dengan usaha untuk memperbetul, dan bukan mempersoal yang tidak perlu.

Janganlah sampai aku benar-benar terjatuh dan tidak bangun dari kelupaan pada Pencipta yang Maha Agung, terlupa pada ilah yang tiada selain-Nya yang layak disembah.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. Amin..

*******

Ramadan kali ini benar-benar menguji & mentarbiyyah diri ini yang masih banyak ruang-ruang untuk disempurnakan.

IMAN

HATI

SOLAT

?

Ada satu lagi perkara yang aku seperti terlupa untuk memeliharanya - sesuatu yang turut dibincangkan dalam buku Bercinta Sampai Ke Syurga - aku sendiri dapat merasakan seperti ada yang tidak kena kerana balasannya 'cash' diberikan kepadaku.

Mungkin ya,mungkin tidak. Cuma perkara ini memerlukan kekuatan untuk ditulis - kerana ia bermain dengan emosi yang sangat mendalam.

duhai ibu...

Wednesday, September 9, 2009

Ifthar Anak Perak


Alhamdulillah, sebuah lagi program anjuran GEMARAK dijayakan di Hotel Hillcity baru-baru ini. Semoga ukhuwwah yang terjalin dapat disambung di bumi UK & Ireland kelak..
Laporan lengkap di sini.

Nantikan program - program menarik buat anak-anak jati Perak selepas ini~ =)


khusyuk mendengar..

Adik-adik yang bakal ke Lancaster...khusyuk mendengar bebelanku..
pak cik ni pun tiba-tiba berminat nak duduk sekali mendengar bebelan ku ketika itu...Silakan yea pak cik..


Adik-adik ini mula tidak dapat bertahan dengan bebelanku...pak cik masih bertahan..
Inilah akibatnya bila orang Ireland bertemu orang UK.


Akhirnya dipanggil Puan Pengarah Program memberi penjelasan. Cuba meredakan ketegangan melihatkan tangan Puan Pengarah yang erat mengenggam kerusi..Alhamdulillah,tiada tragedi berlaku. ;P

Selingan iklan : Jom mantapkan pengetahuan sirah melalui kisah Qamar Bani Hasyim, hanya di Astro Oasis. Sangat sesuai bagi mereka yang kurang rajin membaca buku seperti saya...


Saturday, September 5, 2009

Jom Buat Kuih Raya~



Dalam kesibukan di bulan Ramadhan ini, sempat lagi saya belajar membuat dua jenis kuih yang tidak pernah lagi dipelajari cara-cara membuatnya.

Memandangkan mama saya pun bersemangat untuk mengajar dan menurunkan 'ilmu' yang dikatakannya 'turun-temurun' ..hehe..saya pun, OK la..saya belajar buat.

Lagipun, masa makan moreh lepas habis terawih, saya sempat 'mencuri' beberapa kuih utnuk dibawa balik ke rumah( daripada membazir takde orang makan, lebih baik bawa balik kan.. =D)




" Yah rasa la kan mak, lagi 20 tahun, mesti orang yang pandai buat kuih tradisional Melayu ni jadi kaya-raya. Sebab semua orang dah tak reti nak buat kuih- main beli jer. Baik belajar buat kuih ni, buka bisnes - boleh jadi kaya..hehe"



Antara sebab lain yang menjadikan saya teruja untuk membuat kuih-kuih ni adalah kerana - memasak menghilangkan stress. Bagi mengelakkan diri ini semakin stress melayan karenah & ragam manusia serta melaksanakan tanggunjawab yang tidak henti.. bak kata 'bapak' saya - take it easy..pergilah rehat. haha..

Juga bagi mempromosikan laman web Resipi Iluvislam yang menerima kenaikan pengunjung 100% pabila tiba bulan Ramdhan ini, jom kita sama-sama bersemangat berkongsi resipi juadah berbuka dan judah hari raya....

tagline tak rasami Team Resipi : Jom KOngsi Resipi! \(^_^)/

Supaya anda semua lebih teruja untuk memantapkan skill membuat kuih, ini dia 'stimulus' untuk anda....




JEM TAT NENAS
Pineapple Jam Tart



KUIH LOYANG
loyang
Berminat untuk mendapatkan resipi - resipi kuih raya ataupun juadah enak lagi menyelerakan...layari laman web resipi masakan iluvislam.com!

Wednesday, September 2, 2009

Ke Arah Kesempurnaan (1)


Sudah hampir separuh Ramadan. Azam Ramadhan kali ini..erm..tak tahulah mampu tercapai atau tidak.

Kali ini, bertekad untuk mengubah sikap- sikap buruk yang masih lagi berkarat dalam hati...secara tidak langsung ingin memperbaiki akhlak supaya dapat menuju kesempurnaan budi pekerti.

Dah lama berazam untuk memperbaiki akhlak dan kedatangan Ramadhan ini memang sangat dinantikan untuk menguji samada kuatkah diri ini untuk berpuasa bukan setakat perut sahaja, juga bagi membezakan ketidaktahanan diri pada godaan nafsu ataupun tipu daya syaitan.

Setelah ditimpa ujian dan musibah pelbagai bentuk samada terus ke diri ini ataupun yang menimpa pihak lain yang kita turut dirasa tempiasnya,

Mula rasa sangat takut untuk tersilap langkah,terbuat dosa. Seakan-akan sekarang ini dibayar 'cash' di dunia.

Pabila ditimpakan ujian-ujian yang paling berat pernah dirasakan sehingga diri rasa seperti bermimpi - benarkah diri ini yang diuji sampai sebegitu rupa? Mengapa? Tentu sekali ada yang tidak kena.

Ramai yang mengatakan ujian yang didatangkan itu tanda sayang Allah pada kita. Ujian yang didatangkan untuk meningkatkan lagi darjat dan ketaqwaan kita pada-Nya. Kata seniorku, ujian itu didatangkan pada orang yang kuat supaya kita lebih dekat padaNya.


Alhamdulillah, ramai yang tampil menghadiahkan doa dan kata-kata untuk memujuk dan memberi kuat & sabar.

Semua tu tidak salah dan itulah fungsi sahabat pabila melihat sahabatnya ditimpa musibah. Memberi semangat dan ketenangan. Mmm.

******************

Tapi, aku lebih tertarik dengan tulisan seorang lagi sahabat.

Kehadiran ujian itu adalah warkah rindu yang diutuskan Allah pada kita kerana diri yang hina & lemah ini telah leka,lalai dan alpa dari mengingati-Nya.

Ia adalah warkah peringatan; ibarat 'memo' kepada 'hamba' yang mula malas dan tidak tekun dalam mengerjakan suruhan dan larangan-Nya.

Musibah dan Ujian Allah juga merupakan kifarah dosa. Sekilas pandang, mungkin mendatangkan kelegaan palsu kerana dosa digugurkan..

Alhamdulillah sekiranya ujian itu memang menggugurkan dosa yang melangit. Jika tidak? Adakah diri ini betul-betul pasti?

Pabila kerapkali ditimpa musibah dan didatangkan dugaan baik pada diri sendiri atau orang lain di sekeliling, bukankah bermakna mungkin diri ini terlalu banyak berbuat dosa, sehingga tempiasnya berbalik pada diri atau terkena pada orang lain.

Dan Allah yang Maha Mengasihani mendatangkan ujian sebagai kifarah dosa kita yang terlalu banyak.
Tetapi,
Mungkin sahaja orang di sekeliling kita yang banyak berbuat dosa & maksiat sehingga didatangkan musibah & ujian mengenai kesemua yang terlibat, langsung atau tidak.
Ya,mungkin boleh jadi begitu.

Namun, adalah lebih baik memeriksa diri sendiri sebelum memandang orang lain dan menuding jari.

Lebih baik mengaku diri sebagai hamba yang lemah,lalai,hina dan banyak dosa...dan bersangka baik pada Allah.
Tentu ada yang masih tidak kena pada diri yang Allah mahu kita sedar dan siasat apakah sebenarnya ia supaya dapat diperbaiki ke arah kesempurnaan.

Untuk itu, diri ini dahulu yang perlu diperbaiki dalam dan luaran.


Muhasabah.


Tertanya-tanya dan tercari-cari di manakah silapnya pada diri yang perlu diperbetulkan? Apakah sebenarnya yang masih belum disempurnakan?

Sepanjang Ramadhan berfikir, rasanya 2 benda ini yang tidak dipelihara sebaiknya.
Ruang-ruang untuk diperbaiki masih banyak rupanya.


HATI.


SOLAT.


2 perkara yang teramat berat untuk dipelihara agar menuju khusyuk dan kesempurnaan.
Allah,Allah.

*************



My Quote :

"...Senyum saya bukan senyuman yang manis. Kerana saya masih belum mampu mengukir senyuman saat dan ketika musibah itu ditimpakan ke atas saya..."

*************

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

*************

Tuesday, September 1, 2009

Calling all Yeop's & Yong's Out there!

majlis-berbuka-puasa-gemarak-copy

Walaupun sy sebenarnye tak berapa reti sangat ckp dgn 'pure Perakian accent/slang', i will try my best ..sy cuba yea..lgpun malulah jadi anak org Paghit kalau tak reti lgsung..huhu,
err..


Ate, ape kome tunggu lagi yeop ngan yong oii*...Moh la kite ke

Program Gemaghak ni gheghamai!

Ghugi kome kalau tak datang..udoh ler makan feghee**, kat hotel plak tue..***



jata-perak

Alhamdulillah, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland (GEMARAK) tahun ini merancang untuk mengadakan satu Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa (Iftar) bagi meraikan Anak-Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom & Ireland. Majlis ini akan turut disertai oleh Wakil Pegawai JAIPk.

Justeru, sukacitanya, pihak Penganjur Majlis ingin menjemput kesemua Anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke UK & Ireland untuk turut serta memeriahkan Majlis ini. Bagi memudahkan urusan pendaftaran, mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan AJK Pendaftaran, Saudari Nadiah Zainal Abidin di talian 013-4749527 selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 4 September 2009.

Para pelajar anak Perak yg sedang belajar di UK & Ireland juga turut dijemput hadir bagi menyerikan lagi Majlis. Kerjasama dan bantuan anda juga sangat-sangatlah dialu-alukan. Makluman kehadiran bolehlah dibuat kepada Saudari Siti Fatin Shaari di talian 017-4494144.

Berikut merupakan tentatif Majlis:

4.50 - 5.10 pm Ketibaan pelajar dan pendaftaran.
5.10 - 5.20 pm Ucapan Alu-Aluan dan Bacaan Doa
5.20 - 5.40 pm Ucapan Wakil Presiden GEMARAK
5.40 - 6.00 pm Jejak Islam Di Bumi Eropah
6.00 - 6.35 pm Slot Jalinan Mesra I
6.35 - 7.10 pm Ketibaan, Perasmian dan Tazkirah dari Jemputan JAIPk
7.10 - 8.00 pm Berbuka Puasa & Solat Maghrib Berjemaah
8.00 - 8.30 pm Majlis Penyampaian Sijil & Cenderahati
8.30 - 9.15 pm Solat Isya’ dan Tarawih
9.15 - 10.00 pm Slot Jalinan Mesra II
10.00 pm Bersurai

Pihak Penganjur Majlis Penghargaan & Berbuka Puasa GEMARAK 2009 dengan ini berharap agar segala perancangan dan persediaan untuk menjayakan majlis ini terlaksana dengan jayanya dan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Selamat berpuasa!

-Sekreteriat GEMARAK 2009/10-


Kalau kome nak tahu banyok lagi, tekan la sini.



*terbuka untuk anak-anak Perak yang bakal/telah belajar/bekerja ke luar negara ie. Uk/Eire sahaja

** percuma bagi anak-anak Perak yang akan melanjutkan peljaran ke Uk/Eire tahun ini sahaja

*** credit for my brother for helping me with the Perakian accent (huhu,ntah betoi ntah idok)



- anak perak selamanya-