Tuesday, August 26, 2008

My Mesir Experience - Episode 2

bendera negara Mesir




Date : 11 Jun 2008
Venue : Lapangan terbang Cairo
Time : approx. 4 am


Sesampainya kami di lapangan terbang Cairo, kami disambut oleh seorang ustaz. Memandangkan waktu Subuh hampir masuk, kami bergegas mengangkat beg berat kami menaiki bus transit menuju tempat letak kereta.

Di situ, kami diberitahu oleh Ustaz bahawa kami perlu menunggu pemandu van pelancong kami kerana pak cik drebar kami atau lebih mesra dengan panggilan 'Amu' (In Malay, maksudnya 'pakcik' ) pergi solat berjemaah di masjid..

Ustaz kata..Amu ni jenis yang sangat menjaga solat die..die akan solat di awal waktu..setiap waktu dia akan berjemaah di masjid..(tazkirah counter = 1)

Alhamdulillah..kagum juga kat Amu. Rasa bersyukur dapat pemandu van yang sebegitu walaupun kadangkala Amu seringkali menghilang tatkala azan dilaungkan..


Date : 11 Jun 2008
Venue : Van Amu
Time : approx. 4.30 am


Bila Amu sampai, kami dibawa menaiki Van standard muatan van pelancong..agak besar dan selesa. Jalan agak lengang memandangkan waktu Subuh dan buat kali pertama ana dapat menyaksikan Mesir ketika fajar. Rasa gembira dan bersyukur kerana selamat tiba dan dapat menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini.


Majority bila orang pergi Mesir mesti memperkatakan tentang 'teknik pemanduan' orang Mesir yang boleh dikatakan agak 'berani mati'.

Tapi personally , ana rasa ok je Amu ni bawa kereta. Agak 'adventurous'..malah ana kagum dengan 'skill' Amu dan pemandu-pemandu lain yang begitu cekap mengawal kereta tanpa menggunakan 'signal light' mahupun lampu isyarat. Haha..bukan calang-calang orang boleh memandu begini.





Date : 11 Jun 2008
Venue : Rumah Arab
Time : hampir terbit fajar


Kami akhirnya sampai ke penempatan kami. Dari luaran nampak seperti kawasan rumah flat. Menurut ustaz, kawasan ini adalah kawasan rasmi penempatan pelajar-pelajar Mesir. Setiap flat dikhaskan untuk setiap negeri. Dan rumah yang kami duduki adalah rumah Arab.
Sepatutnya kami ditempatkan di rumah tetamu Pahang, tetapi atas sebab tertentu, kami ditempatkan di rumah tetamu Arab.

Sebelum tu ustaz ada beritahu yang rumah kami tu tak cukup katil untuk semua orang, ada 5 katil ,kalau sewa 2 rumah boleh tetapi agak mahal nanti. Jadi ustaz cadangkan kami sewa satu rumah sahaja dan berkongsi katil. Tak apalah, lebih baik berjimat daripada membazir.

Namun, kejutan yang agak besar boleh ana katakan bagi kami dari Dublin pabila melihat rumah tetamu tersebut. Bila masuk rumah tersebut, kami nampak ruang tamu nya yang terhias indah dan siap dengan sofa cantik. Diterangi lampu 'chandelier' yang berkilau bab berlian.. agak hyperbola di sini..

Memandangkan kami di Dublin ni sudah biasa dengan rumah yang simple, sempit dan tidaklah berhias indah..lebih2 lagi pabila travel, sememangnya tempah persinggahan hanyalah 'budget hotel' atau 'backpackers inn' yang ala-ala kadar....

Maka agak 'excited' juga la.. tatkala melangkah masuk ke rumah tersebut...Personally, ana menjangkakan rumah yang biasa2 je..macam rumah sewa biasa..tapi tak sangka rumah yang kami sewa ni bukan sembarangan rumah..tetapi memang khas untuk para tetamu.

Sememangnya rumah tersebut sangat selesa cuma mungkin sedikit 'panas' tambahan kami yang baru sampai dari negara yang 24 hour sejuk je kan..
Malah, ana agak looking forward untuk merasa bahang kepanasan Mesir..at least bila sampai Malaysia..bahang Malaysia tu kira 'no hal' la..

Setelah settle down, kami solat Subuh berjemaah memandangkan waktu sudah hampir habis..
Oleh kerana agak keletihan dek menaiki flight..ana dan Xati akhirnya syahid sehingga terlepas sesi taaruf & tazkirah bersama 'tour guide' ustaz kami.

Namun, ana sempat juga bertanyakan sedikit intipati sesi tersebut dan antara yang ana ingat ialah..Ustaz tersebut menerangkan bahawa adalah 'haram' bagi kami ni.. perempuan - perempuan yang masih anak dara bermusafir tanpa mahram kami. Maka, kami hendaklah berniat bahawa musafir kami ke Mesir ini adalah untuk menuntut ilmu. Itupun hukumnya baru jatuh 'harus'.. huhu..( tazkirah counter : 2)


Ana pernah dengar juga tentang isu 'wanita bermusafir' ni..samalah macam ana yang bermusafir ke Ireland demi menuntut ilmu..dan ana kadang2 terfikir juga dengan trend student2 overseas ni..especially UK & Eire yang setiap kali ada holiday panjang..akan bertebaran di muka bumi..melancong ke sana sini..di bumi Europe terutamanya..ada pula yang ambil kesempatan 'berbulan madu' bersama boyfriend & girlfriend..*sigh*
Ada yang buat mix-trip..girls & guys...namun kebanyakannya membuat 'all girls' atau 'all boys' trip..

Ana bukan 'against the idea ' of student travel2 nie..malah ana menyambut baik usaha kakak2/ abang2 senior yang menjadikan medium travel ni sebagai medan menjalin ukhuwwah dengan adik2 baru.

Trip rumah 314 to belfast..kenangan manis bersama ahli rumah kami.

Trip pertama kami berjaya memupuk ukhuwwah yang lebih erat antara senior & junior.




Ana sendiri pun gemar travel2 nie...tapi sayang sebab belum berkesempatan lagi ke negara2 Europe.. Namun begitu, perkara ini bukanlah 'main concern' ana ....

Terdapat beberapa perkara yang seringkali menerjah ke minda ana dan kadangkala membuat hati ana gusar adalah trend student perempuan (termasuk diri ana) yang suka travel ni..iaitu...

Pertama,

***************to be continued********************

No comments:

Post a Comment