Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan...


Assalamualaikum wbt..

  • Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk akhirnya bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini.

  • Semoga sempat mengambil peluang beribadah sebaik & sebanyak mungkin sehingga ke hari terakhir Ramadhan.

  • Semoga Ramadhan kali ini lebih dihayati dan menjadi medan untuk ana belajar istiqamah dan mengawal diri yang serba serbi 'tak terkawal' sebelum ini.

  • Sikap gemar membeli-belah antara perkara yang perlu dikawal..biarlah 'excitement' mengejar pahala Ramadhan melampaui 'excitement' yang seringkali melanda 'shopaholic' seperti ana..huu~

  • Sedih & terkilan tatkala melihat kehadiran Ramadhan tidak disambut sewajarnya sebaliknya 'dimeriahkan' dengan pelbagai konsert melalaikan.

  • 1 Ramadhan tidak lagi menjadi tarikh yang dinantikan bagi rata -rata masyarakat Islam Malaysia..

  • 1 Ramadhan hanya dilihat sebagai tarikh bermulanya hari menahan lapar & dahaga...

  • Mungkin 1 September lebih diberi perhatian memandangkan ia merupakan hari terakhir Megasale.

  • Tawaran diskaun harga barangan lebih lumayan di mata mereka berbanding tawaran hebat yang dijanjikan Allah swt.

Kepada keluarga,saudara, sahabat , kenalan dan sesiapa sahaja yang mengenali insan kerdil bernama Nadiah Zainal Abidin.. from the bottom of my heart.. minta maaf andai ada silap & salah, terasa hati & sebagainya..(Sekiranya ada perkara yang masih belum selesai antara kita, silalah approach ana personally)


Akhirul kalam..Selamat meyambut kedatangan Ramadhan & semoga kita berjaya menjalani tarbiyyah dengan tekun & sabar serta memperoleh ijazah taqwa..InsyaAllah..



Niat Puasa :

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.."

No comments:

Post a Comment