Dear Bluegy,
Sememangnya diri ini sangatlah teramatlah MALAS untuk menyambung entry-entry yang 'tergantung' tanpa tali.. begitu MALAS untuk update blog ni. Tapi, perkara ni bukan lah perkara yang diri ini risaukan. Lagipun, bulan Ramadan, MALAS nak online lama-lama.
Sebenarnya, rasa amat bersyukur sangat sebab ada bulan Ramadan dalam cuti Summer ni, kalau tak bertambah 'kronik' la penyakit-penyakit yang melanda fizikal & rohani diri ini.
Memandangkan diri ini tinggal seminggu sahaja lagi untuk berada di bumi Malaysia ni, maka tergerak lah hati yang sebelum ini sedar tapi MALAS untuk berusaha penuh mengubah ataupun mengubat hati & diri yang semakin parah dilanda penyakit- penyakit ini.
Maka, setelah men'diagnos' diri sendiri, segala 'symptom' dan 'sign' kian jelas 'trang tang tang' depan mata. Hanya tinggal akal yang sengaja MALAS untuk memikirkan dan hati yang MALAS untuk berusaha mengubati penyakit ini sebelum ini.
Penyakit yang rasanya telah pun semakin melarat dalam diri adalah ; ( tidak dinafikan virus penyakit lain yang juga mula menjangkiti sel-sel diri ini )
1) penyakit MALAS
2) penyakit MALAS
3) penyakit MALAS
4) penyakit SUKA BERTANGGUH
Bila muhasabah diri balik, rasanya penyakit MALAS ni mula ana sedar ada dalam diri ana masa ana di KMB. Entah apa silapnya, ana jadi orang yang kurang proaktif & 'low profile'. Rasanya ana mungkin juga tahu apa yang menyebabkan perkara ni berlaku.
Semasa di sekolah menengah, ana memegang jawatan Timb. Ketua Pengawas (TKP) merangkap Ketua Aspuri (KA) selama dua tahun yang mana ana sendiri pun tidak sangka ana mampu lakukan. Dengan tekanan positif dari bapa ana yang mahukan ana jadi seorang yang 'all-rounder' , ana fokus kepada kecemerlangan akademik, sukan & kepimpinan.
Namun, tekanan yang paling hebat datang dari konflik dalaman diri ana sendiri..Ana takut & risau ana gagal memimpin & memegang amanah sebagai TKP/KA ,
Serta kerisauan yang amat & rasa bersalah tatkala diri tepaksa menjaga hati kawan-kawan 'satu geng' di samping tidak menyalahgunakan kuasa yang ada sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain.
Setelah setahun memegang jawatan, ana pernah 'breakdown' & ketika itu ana hampir tekad ingin letak jawatan kerana tekanan & konflik dalaman diri yang merasakan diri ini gagal untuk melaksanakan amanah yang dipikul.
Ana tak ingat siapa yang yang pujuk & bagi semangat semula pada ana, maka ana tabahkan hati untuk teruskan setahun lagi. Ana mendidik & memaksa diri menjadi tegas , berdisiplin & bijak mengurus masa. Suatu perkara yang kini ana rasa makin hilang dalam diri ana sejak di KMB.
Maka, apabila tiba di KMB, ana menanam azam yang ana kini rasa telah memakan diri ana sendiri, mungkin juga satu kesilapan, namun ana anggap ia sebagai pengajaran yang perlu diambil iktibar.
Azam ana ketika itu, untuk stay 'low profile' , jangan jadi 'outspoken' mahupun 'outstanding', serta tidak mahu memegang apa - apa jawatan penting kerana jauh di lubuk hati ana, ana rasa ana tidak sanggup untuk memegang amanah & tanggungjawab lagi.
Dahulu ana mungkin agak tegas, punya pendirian sendiri dan mungkin lebih berjaya dalam menguruskan masa dan yang pastinya ana belum dilanda penyakit MALAS & SUKA BERTANGGUH.
Setelah menanam 'mindset' baru dan azam baru, ana berubah sedikit demi sedikit menjadi seorang yang lebih banyak bercakap, banyak ketawa, melayan emosi, malas berfikir secara kritis/kreatif ,kurang keyakinan diri dan yang paling ana rasai; menjadi MALAS & suka BERTANGGUH.
Ana yakin ana berhadapan dengan krisis personaliti diri. Ana masih tercari-cari identiti ana yang sebenar.
Jikalau dahulu, ana yakin ana telah terpaksa 'be someone else' ketika di sekolah menengah, memaksa diri jadi 'Miss Perfect' ; seakan hipokrit rasanya,
Dan ana juga dahulu yakin bahawa 'diri' ana di KMB adalah diri ana sebenar..ana bebas buat apa sahaja tanpa perlu memikirkan kesan pada orang lain..(sehingga akhirnya memberi kesan pada diri sendiri)
Kini, ana jadi sedikit keliru. Keliru dengan identiti diri yang sebenar.
Kini, ana mula sedar yang 'personaliti' KMB yang dahulu ana rasa merupakan diri ana sebenar, sebenarnya adalah seperti 'personaliti balas dendam' terhadap 'personaliti' ana ketika di sekolah menengah.
Justeru, ana kini bukan lagi diri ana yang sama ketika di KMB mahupun di sekolah menengah.
Mungkin juga 'mixture of both' ..dan sekarang ada elemen lebih penting yang hadir dalam hati & jiwa ana iaitu 'kefahaman agama' yang ana masih berusaha ke arah memantapkannya.
Ana mula sedar bahawa keputusan ana untuk 'melepaskan diri' dari sebarang tanggungjawab/komitmen telah menjerat diri ana sendiri. Di KMB, ana hilang fokus dalam akademik..akibat masa lapang yang banyak dihabiskan dengan perkara 'lagha'.
Benarlah kata-kata bahawa 'masa lapang boleh membunuh'.
Ana sendiri telah membunuh sikap ana dahulu yang dapat menguruskan masa & dan memanfaatkan masa yang ada dengan baik. Ana mula 'develop' sikap MALAS & SUKA BERTANGGUH dan penyakit ini telah berakar umbi membentuk gumpalan darah yang kotor & hitam dalam hati..
Dan apabila ana pulang bercuti ke rumah, samada sewaktu di KMB mahupun ketika saat ini...penyakit tersebut semakin menjadi - jadi.
Personaliti dan sikap ana seakan berubah menjadi lebih teruk. Sikap MALAS menguasai diri sehingga memberi kesan pada ibadah dan hati ana.
Rumah adalah 'comfort zone' ana. Benar juga pabila kita bersendirian, lebih mudah ditarik ke perkara yang buruk. Meter iman mungkin menunjukkan iman ana yang sudah jatuh ke level yang berbahaya.
Sukar untuk ana rawat. Sukar untuk berubah. Namun tidak mustahil.
Syukur Ramadan hadir memberi anjakan semula pada meter iman.
Bulan Ramadan jadi medium untuk ana kembali sedar & bermuhasabah...
Signs & Symptoms telahpun ana lihat & rasa dengan jelas sejak di tahun pertama di RCSI. Penyakit MALAS & SUKA BERTANGGUH mula menyerang ana dari sudut akademik. Ana jadi kurang fokus dalam pembelajaran, tidur dalam lecture theatre, mengantuk sehingga membuatkan ana langsung tidak dapat 'grab' apa yang disampaikan lecturer ana.
Lebih memburukkan keadaan, ana MALAS untuk 'revise' semula pelajaran yang ana tertinggal. Membiarkan lecture notes bersarang dalam kotak. Buku perubatan langusung tidak dibaca. Menangguhkan dahulu sehingga tinggal 2 minggu lagi untuk exam. Dan akhirnya ilmu itu hilang terus dari kotak simpanan minda ana.
Berilah sebulan lagi mahupun setahun pada orang yang MALAS & SUKA BERTANGGUH macam ana ni, nescaya lagi seminggu dua barulah ana akan mula membuat' pecutan' dan akhirnya sehingga tidak sempat untuk habis 'revise' untuk exam.
Ana bernasib baik tahun lepas kerana ada senior rumah yang begitu 'concern' dan menegur ana. Malah, ana akhirnya 'study' untuk exam di bilik senior ana supaya beliau dapat 'monitor' ana agar tidak MALAS & membuang masa dengan melayari Internet, Youtube & etc.
Kadangkala ana malu untuk 'bertawakkal' pada Allah pabila mengenangkan usaha 'ciput' ana yang 'acuh tak acuh' .
Seminggu lagi ana bakal mengharungi setahun sebagai pelajar tahun Dua di RCSI.
Juga bakal menjadi 'kakak rumah' kepada adik-adik '1st years' .
Juga sebagai 'penjaga rumah' 314 yang telah diamanahkan untuk dijaga sebaik mungkin.
Sememangnya ana agak risau. Sangat risau . Memandangkan ana bakal menjadi 'kakak rumah' dan hanya ana seorang sahaja pelajar tahun dua dalam rumah tu nanti..dan senior ana yang dahulu tidak lagi tinggal bersama ana.
Ana risau kalau gagal mewujudkan suasana 'Bi'ah Solehah' seperti yang pernah wujud sebelum ini.
Jadi, pulangnya ana ke Dublin semula....Ana harap sangat2 & berdoa..
- agar ana dapat rawat penyakit MALAS serta mengikis sikap SUKA BERTANGGUH yang telah bertahun bersemadi dalam diri ana. Juga sifat - sifat Mazmumah lain yang bersarang & berkarat dalam hati.
- agar ana dapat membina semula identiti diri ana yang lebih baik dari dahulu. Memperbaik diri untuk jadi hamba yang taat, anak yang solehah dan insyaAllah isteri yang solehah.
- agar ana dapat menjadi 'kakak rumah' yang baik & menjadi teladan pada adik2 rumah. Tidak mahu hanya sekadar menjadi 'housemates' tetapi lebih kepada 'family' yang saling menegur & membantu ke arah kebaikan.
-agar ana dapat menjaga rumah 314 dengan baik di samping memantapkan skill pengurusan rumah untuk kepentingan masa hadapan. Semoga ungkapan 'Bayti Jannati' bukan sekadar tinggal ungkapan sebaliknya direalisasikan sebaik mungkin.
- agar jalan ini dipermudahkan Allah bagiku & diberi pertolongan , kekuatan & ketabahan untuk istiqamah dalam usaha meperbaik diri dan merawat hati.
Amin....
Right Person + Right Time = Mr Right.
8 years ago
Salam dya,
ReplyDeletehmm, bile bace entri awk ni, kite rase semua org pun ade mase2 yg mane penyakit2 tu mmg bersarang secara diam2 dn lame2 effect pd mcm2 bende dlm hidup. kite sniri pun slalu.
tp kite rase itu lah gunenye kite hidup berkumpulan, kite hidup secara jamaie. dlm erti kata lain, kite ade usrah, kan? usrah ni bukan stakat utk tarbiyyah diri dlm ibadah aje. its supposed to shape ur personality, so that ke'rajin'an kite akan sntiasa maintain, malah meningkat dr semasa ke semasa. huhu. insyaAllah hasilnya kalau ikut betul2, mampu mengubah org mcm Saidina Umar, kan?hihi
pnjg pulak kite conteng nih. senanye nk ckp, moge Allah permudahkan sgla urusan dya, n doakan kite n kwn2 lain jugak ;) huhu. insyaAllah, till we meet again. ilalliqa'~
wslm. muah2~
wslm iman.. thanx for dropping by~
ReplyDeletebetul la ckp iman tue..actually im thinking the same too..usrah mmg penting..mmg bile kt msia nie..suasana tak sama mcm kat oversea..sana kawan2 ramai..dan selalu jumpa..so, peringatan & semangat tu lebih lagi..
tp mslah kronik skrg ialah..malas dr segi akademik tu dh mula ada sejak KMB smpi la RCSI..*sigh*
hopefully, balik sem baru ni boleh ubah..doakan eh~ *hugs&kisses*