Sunday, May 31, 2009

Sayonara..Atha Cliath~

Salam semua..

10 hours before my flight home- Malaysia..

0945 depart (1 june) ; 1230 arrival (2june)

Transit Amsterdam-Hong Kong-KLIA

Take care everyone..

Minta maaf salah silap yea..

Minta halalkan if there's any unsettled/unresolved 'things'..

Pray for my safe journey yea~

tata & peace! (^,^)v

p/s : atha cliath tu maksudnya ---> dublin in gaelic

Thursday, May 28, 2009

Nota hati post-exam

Hari ni rasa penat. Penat sangat.

Bukan penat fizikal. Tapi penat mental dan penat hati. Rasa seperti ingin lepas 'beban' yang dipikul supaya hati akan rasa lebih tenang.

Entah kenapa..exam sudahpun selesai. Alhamdulilah, dipermudahkan exam terakhir. Semoga dikurniakan juga oleh Allah kelulusan cemerlang dalam exam kali ini.

Sekali lagi, exam sudahpun selesai tetapi hati resah & gelisah.
Bukan kerana risaukan exam..tetapi kerana memikirkan tanggungjawab - tanggungjawab yang sedang dipikul dan akan dipikul di masa akan datang.

Entah kenapa tiba-tiba diri rasa penat dan takut tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Bagi orang lain, selepas exam bererti terangkatlah kerisauan dan debaran exam.

Alhamdulillah, debaran exam telahpun terangkat. Tetapi terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dan segala yang di'hold' sebelum ini menuntut kembali haknya.

Hari ini makin teruk rasa sedih dan gelisah dengan amanah yang terpikul. Perbualan dengan seorang sahabat mungkin antara faktor yang 'trigger' perasaan sebegini.

Am I a workaholic?

Entahlah.Ana tahu dia concern, tetapi ana memang tidak dapat tidak untuk menolak amanah yang diminta.

Ana bukan superwoman atau mana-mana yang seangkatan dengannya. Kadang-kadang, terasa seperti ingin 'breakdown' . Terfikir juga sama ada patut atau tidak untuk katakan yang ana tidak mampu untuk pikul semua ini. Penat.

Tapi ana tahu itu bukan jalan penyelesaiannya. Ana perlukan motivasi, kekuatan dan yang paling penting ketabahan untuk melaksanakan setiap satu dengan sebaik mungkin.

Bagi ana, setiap tanggungjawab datang dengan amanah yang berat yang bakal dipersoal. Ana tidak akan terima tugas yang ana yakin ana tidak mampu buat sebaik mungkin.
Kerana jika ana mula rasa gelisah dengan tugas yang ana terima, ia seperti petanda yang ana tidak mampu untuk terus memikul tugas tersebut.

Perasaan itu telahpun datang menyerang. Resah dan gelisah.

Ana hampir sahaja tidur dengan perasaan 'down' yang sebegitu. Alhamdulillah, Allah itu masih sayang pada hambaNya yang banyak dosa dan seringkali lupa dan lalai.

Ana terdetik untuk baca catatan di suatu blog ini..

Subhanallah..basah juga pipi ana mengenangkan betapa kecilnya usaha ana dan betapa hambaNya yang lain diuji dengan ujian yang lebih hebat tetapi tidak pernah mengaku kalah. Bahkan terus bangkit dan nekad dengan usaha dan jalan perjuangannya.

"...Kadangkala diri merasa letih dengan segala kerja yang dibuat tetapi hati kecil ..selalu melawan dan mengatakan bahawa:

“...sesuatu yang kecil yang kamu dapat sumbangkan kepada ummah. Biarlah dirimu letih kerana perkara sebegini daripada kamu letih dan penat melakukan maksiat. Apa sahaja yang dapat kamu sumbangkan sebagai tanda cintaMu kepada Allah..?Ilmu kamu sedikit tetapi manfaatkanlah semuanya untuk ummah..Bukan untuk dirimu sendiri...

...Entah bila saya akan mati dan saya tidak mahu mati saya adalah sia-sia. Biarlah saya meninggalkan dunia dengan meninggalkan suatu legasi yang dapat merobah dunia. Biarlah apa orang kata, ‘I don’t care’. Saya percaya saya boleh dan Allah akan sentiasa membantu saya. Mengapa saya perlu takut?..”


Begitu jelas sekali misinya berbanding ana. Baru sedikit yang ana buat untuk Islam..dan entah usaha yang sangat sedikit itu belum tentu diterima oleh Allah..Cepat sungguh ana merasa letih..Astaghfirullah al azim.

Ana cukup terkesan dengan coretan ikhlas seorang kakak yang sangat ana hormati;

"...Sama-sama kita semua muhasabah diri, bagi yang sudah menghadapi peperiksaan mahupun yang belum... tentang keadaan kita SETELAH Allah angkat ujian akademik dari diri kita. Sebelum & semasa peperiksaan, kita berdoa, berusaha dengan tekun, menunaikan ketaatan. Selepas peperiksaan, adakah kita masih dan akan terus berdoa, bersyukur kepada Allah kerana telah dilepaskan dari ujian, tekun berusaha dan menunaikan ketaatan? Dalam Al-Quran disebutkan:


‘Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.’ (Yunus 10:12)


Post-exam, kita dianugerahkan nikmat kelapangan masa, dengan cuti yang panjang... Masa lapang, salah satu nikmat yang selalu manusia lalaikan. Apa yang kita lakukan dengan masa lapang dan pancaindera kita yang sempurna?

Mata: Qada’ tidur (8-10 jam sehari)? Marathon Youtube dgn movie/drama- drama? Baca novel yang tidak meningkatkan iman/amal? Main game?

Telinga: Dengar Youtube (lagi)? Dengar cerita-cerita pasal orang lain?

Lidah: Bercerita pasal orang lain? Gelak-gelak sampai tak ingat akhirat?

Perut: Makan banyak-banyak tanpa perlu?

Tangan & kaki: Duduk-duduk saja... (bawah duvet, kekadang sejuk juga summer2 ni). Travel tanpa tujuan. Pergi shopping tanpa arah sampai penat, balik tidur lagi...

Nau’zubillah, malulah pada diri sendiri atau orang lain yang bergelar Muslim, jangan sampai kita melazimi perkara-perkara lagha di atas. Kalau tidak malu pada diri sendiri atau orang lain, yang paling utama... malulah pada Allah yang nikmatNya ‘dengan selamba’ kita kufuri...

Wahai diri, wahai muslimin muslimat sekalian... ingatlah, tugas kita masih banyak, Islam masih belum tertegak. kita tidak sepatutnya hanya berfikir tentang diri sendiri sahaja (apa yang kita rasa ada mood nk buat), dengan nikmat-nikmat yang Allah ‘pinjamkan’ pada kita. Kalau sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dulu ‘duduk lepak-lepak’ seperti kita hari ini, mungkin Islam tidak sampai pada kita.

Marilah sama-sama:

1. Tingkatkan tsaqafah kita – inilah masanya nak baca buku (kalau tak suka), dengarlah ceramah.

2. Hafazan kita – Ayat-ayat Quran, hadis... byk lagi yang kita tak tahu.

3. Amal-amal soleh (yang mungkin kita tak terbuat sebelum ni) – solat & puasa sunat, baca Qur’an. tolong mak ayah, tolong sahabat, tolong adik-adik, memasak, kemas rumah –jangan duduk ‘menghabiskan beras’ sahaja...-

4. Merancang usaha dakwah kita – jangan tunggu ‘dijemput’ jadi fasi, jadi ‘naqibah’, berusahalah untuk hadir ke usrah, halaqah, ziarah sahabat-sahabat. .. sebagai muslim, kita WAJIB menjadi manusia yang PEDULI.

Sama-sama kita berdoa moga Allah memberi kita kekuatan untuk terus beristiqamah kepadaNya.."


Ana juga resah dan gelisah memikirkan masa lapang yang banyak pabila berada di Malaysia nanti. Masa lapang memang musuh utama ana. Ana betul-betul berdoa agar nikmat masa lapang ana digunakan sebaik mungkin. Biarlah ana disibukkan dengan perkara yang menambahkan amalan dan bukan sebaliknya. Untuk itu, ana sangat2 memerlukan kekuatan, kerana bi'ah di rumah dan di Malaysia lebih hebat cabaran dam godaannya dari di sini.

Ana bersyukur kerana Allah masih sudi mengingatkan ana..jangan ditinggal walau sedetik pun.

Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku..
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala rahsia langit & bumi..
Kurniakanlah yang terbaik buat ku, buat agamaku, buat kehidupan ku, masa kini mahupun akan datang..di dunia mahupun di akhirat..


p/s : ana berusaha & ingin jadi wanita solehah..kerana hanya doa anak yang soleh/solehah sampai kepada ibu dan bapa ana nanti..Ya Allah, kurniakan aku kesempatan untuk bertemu mereka dalam keadaan sejatera..di sini & di syurga. Amin.

Sunday, May 24, 2009

The Extra Degree

Khas buat sahabat-sahabat & adik - adik ( termasuk diri sendiri) yang bakal & sedang exam..

I got this video about a year ago from one of my senior. At that time I was getting 'cuaks' and studying intensely for my first exam in medical school. Came across the video and feel like sharing it with others.



Khas buat cik tein : Dun worry too much..Have faith in Allah. Sikit je lagi..

Wednesday, May 20, 2009

Don't get worried...

Allah is enough.

Alhamdulillah,


I was feeling dissapointed with myself for the past couple of days - Yes, it is because of the CR module exam last Monday.

It was as though I am not thinking logically.Most of them were common sense! Come on,dya..U can do better than that.

The questions were hard - but it became harder for me as I - foolishly and never learnt from previous lessons; *sigh*

Lesson #1

Don't ever skipped reading your lecture notes just because you thought they were not THAT important!

Lesson #2

Never adopt the 'last minute-revision-style' anymore.(how many times do I have to remind myself this? Over & over & over again..)


Is it OK to just Pass?

I did quite bad actually. Some questions were 'alien' to me while most of them can't hardly be described by words. ( a lil exaggerating here)

I am not sad. But it is the feeling of deep dissapointment and regretting what I had done, what I wrote and the way I answered the questions in the last exam. And feeling ashamed when reflecting on efforts put into this CR module.

Far than suffiecient to earn a 1st class. Or perhaps even honours.
I really really hate having to said this - ' asalkan pass pun dah OK'.


OK??!! It is not OK to just pass the exam.

But for this time around, failing the exam is the last thing I want. So, i'm praying hard that me & my friends would at least pass - with flying colours..insyaAllah.


So, again. Alhamdulillah.

The second paper was not that easy, but Allah made it easier for me and most of us. The questions were - hmm.. answerable~


Praying that Allah will give success and the best result to everyone of us.


my worried face? naahh.. not any more(^o^)


Do Not Worry - excessively

Sometimes you kept worrying about fancy worldly things, worrying about exam and stuffs, worrying about this and that..and the list goes on.

You will never stop worrying if you let yourself to. The longer you dwell into the matter that is worrying you, the more worried you'd get.


So, are you forgetting something? Yes!

Allah is ENOUGH and He is the best protector. full stop.

Salam rindu...buat yang tersayang - countdown : 10 days to go~




luv,
-dya-
p/s : sorry if I never expressed my love in words - but i love you guys so so much. Only Allah knows how much.

Monday, May 18, 2009

pena telahpun diangkat..

Macam mana exam tadi?
Err...( '_')


Senang ke susah?
Emm...mm.. ('_' )


Boleh jawab ke?
.........tak juga.. (T_T) *sob*sob*


Tapi, yang lepas telahpun berlalu.


Lulus atau tidak, sejak azali telah tertulis di Lauh Mahfuz.


Let's just pray for the best and have faith in Allah.


Pena telah diangkat, dakwat telahpun kering. ..
_________________________________________


"Ya Allah , aku berlindung kepada Mu dari perasaan sedih & gelisah..."


Doa dari seorang kakak...


Ya Allah, Ya sami', Ya Basir..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa adik2 ini telah berjuang bersungguh-sungguh untuk agamaMu ini Ya Allah..


Kini Ya Allah, di saat mereka memerlukanMu, Kau permudahkanlah pula urusan mereka, atas balasan ke atas segala penat lelah mereka dalam menegakkan syariatMu..

Ya Khaliq..
Sesungguhnya Engkau Tahu, bahawa mereka ini orang2 yang ikhlas berjuang demiMu..


Maka Ya Allah, aku pohon padaMu, agar Kau bantulah mereka Ya Allah..
Kau ilhamkan kepada mereka Ya Allah, dan Kau elakkan mereka daripada melakukan kesilapan..

Ya Rahman, Ya Rahim..
Kau ampunilah segala kesalahan mereka Ya Allah, dan Kau turunkanlah cahayaMu ke atas mereka..


Dari hadapan, dari belakang, dari atas, dari bawah dan dari segala sisi Ya Allah..
Dan Kau lapangkanlah dada mereka, Kau terangilah hati mereka dan Kau tenangkanlah jiwa mereka..

Kurniakanlah kejayaan buat mereka semua Ya Allah..

Kau luluskanlah mereka semua Ya Allah..

Sesungguhnya, Engkau yang memegang hati-hati pemeriksa mereka, maka Kau lembutkanlah hati mereka Ya Allah.

Berikanlah kepada kami kejayaan Ya Allah.. Berikanlah..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

p/s : Jazakillah akak..terharu baca doa ni di saat hati ini gundah gulana..('_')







Friday, May 15, 2009

Shooting for the Moon...again~

Assalamualaikum..'post' kali ini adalah 'post' sama yang pernah ditulis semasa exam sem lepas.
Tazkirah itu peringatan. Jadi, semoga peringatan kali kedua membuatkan diri ini lebih berusaha keras dan bermuhasabah atas apa yang berlaku sem lepas..Semoga sem kali ini Allah berikan yang lebih baik..kejayaan yang mendekatkan diri ini kepada-NYa..amin..

______________________________________________________

Semenjak 2 Sem yang lepas, prestasi akademik hanyalah sekadar 'average'..slightly better than 'below average' but far far away from 'excellent'.
Being a Muslim, I am ashamed of myself. I knew that I could have done better.
It is not because I didn't get excellent or really good results,it is because the fact that I definitely deserve to get the 'just so-so' results because I,me; Nadiah Zainal Abidin have never even tried to push myself to achieve the standard I used to be in during those good ol' days back in high school.

I became satisfied with just the 'average'.

No longer having the inner urge to achieve the best.

No motivation to be the best and gain the best.

I used to have a motto.

" Shoot for the moon...even if you fail,you will land among the stars"

I even wrote that same motto in my Personal Statement. One that we were required to send in to RCSI in order to "impress" them to select us for the interview.Now I am in RCSI. For one year. At least.

I have completely forgotten about that particular motto.


What is happening to me??

PUISI 08 was a turning point for me. I have to change 'me'.

Me;

-the lazy girl
- the last-minute girl
- the talk a lot girl
- the-many other not-so-good-attitude girl.

basically, it's about 'memperbaiki akhlak' . But, that is another different issue I have been working on.

Back to the question raised just now, I now realized that I have lost the 'inner push' that I once had.
One that I lost without even realizing.Thankfully, it came and struck me last few days after a chat with a senior. ( most probably a reminder from Allah)

The 'wicked reality of life as a medical student in RCSI (i repeat: in RCSI) knocked (ouch!) some sense into me..hard enough to 'woke me up' from the delusional state and false assurance of the 'I-might-do-badly-but-I-don't-think-I-will-ever-fail-any-of-my-paper' kind of feeling.

A 'comfort zone' for me.Astaghfirullah, I was totally,totally..TOTALLY wrong.Alhamdulillah, this is the point where I finally get the 'strong desire' to aim and get the best.

InsyaAllah.It is compulsory. It is a must. It is an obligation for me to work hard(or smart) to be the best of the best.Why? Simple. Because I am a MUSLIM.

Muslims should always be number ONE.


If I want to be a dai'e. I have to be excellent in life. In this stage of my life, I have to be excellent in my academics.

This is what my senior always emphasize and keep on repeating last year (sadly, I was still on my own 'comfort zone').It is shameful for me to mouth words of the Quran while I myself didn't even practice it.

It was hard, really hard for me to talk about 'cemerlang akademik & dakwah' in one of the LDK in PUISI 08 ( I was one of the faci) while the fact that I myself were bad in this aspect)Asking people to be a good Muslim or to come to Islam..but at the same time, creating 'fitnah' to Islam itself.

A backfire towards our religion. Walk your talk Dya!It is acceptable if you still didn't get the best when you have tried your best. This is the where concept of redha & tawakkal apply. In fact, for every misfortune you encounter, InsyaAllah there will always be 'hikmah' behind it.

But it is unacceptable to earn 'cukup- cukup makan' and 'biasa-biasa' kind of results when you never even tried to aim and make efforts to achieve the best.It is even worse when you even feel comfortable and satisfied with only being a 'mediocre' in terms of achievements ; like what I once felt.

Astaghfirullah..Hence, for this Semester.

I am shooting for the moon.

I will,I can,and I must obtain 1st Class Honour for all my modules this time around.

I will prepare the best arrow to shoot for the moon.

I will,I can,and I must put extra effort to achieve my goal.

I will and I must improve my relationship with Allah with the hope to bring my 'taqwa' to a higher level.

I am now ready to shoot for the moon.

In case I miss, InsyaAllah I will land among the stars.
(hopefully not falling hard back on earth! Nau'dzubillah)

And I won't feel guilty or dissapointed since I have done my best.

When everything have been given the rightful way of putting them ( a'dil), the best thing to do next is to leave everything to Allah. Wallahu'alam.

Monday, May 11, 2009

Sunday, May 3, 2009

Demam Rindu,Exam atau Kifarah Dosa?

Salam Bluegy, ( lama tak guna nama nie..)

Since kelmarin dah rasa tak sedap tekak..dah dapat agak ni tanda - tanda nak jatuh sakit..dalam kelas haritu hampir 3-4 kali bersin. Sah! Memang akan sakit tak lama lagi.

Semalam dah mula sakit tekak. Propylactic measures were taken~ start makan panadol.

Harini offcially demam, alhamdulillah mild pyrexia je. Risau juga kalau ada flu symptoms, xpasal2 kena g jmpa doktor and buat test for 'swine flu'..

Kenapa demam?
Mungkin juga sebab 'stress' nak exam--thus become immunocompromised.

Mungkin juga sebab rindu. Rindu pada siapa? Family la. Tak sampai sebulan lagi insyaAllah bakal pulang ke Malaysia. Dah homesick kot.

Ataupun demam sebab banyak dosa? Kifarah dosa? Alhamdulillah .
Banyak sangat buat maksiat dan perkara lagha mungkin akhir-akhir ni.

Demam sebelum exam ni agak mencabar. TIme-time ni la baru nak pulun study. Tapi sejak awal pagi tadi, hingga lewat petang ni, sudah beberapa kali tidur dan tertidur. Hampir 3 -4 kali kot. Study pun susah nak fokus.

Teringat masa belajar haritu ada prof tu kata , bila body temperature naik, ada sejenis chemokine(?) yang induce body untuk tidur.ZZZzzz..

Sebab tu bila kita demam, kita ada high tendency untuk tidur. Sebab body perlukan rest dan energy untuk lawan 'infection', thus bila tidur...tenaga boleh disalurkan untuk 'jentera' badan.

Attack! Ni mesti gram-positive bacilli ni..

Sambil tulis 'post' ni rasa 'drowsy' je. Kalau ikutkan hati nak je tido. Tapi melihatkan lecture notes yang banyak lagi tak khatam, terpaksalah kuatkan semangat.

STUDY! STUDY! ZZz..z..z..z................_
_______________________________________________________________

Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Pengampun memadamkan dosa-dosa
Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Cahaya menunjukkan hati-hati

Ya Allah, hamba banyak dosa

Tambahkanlah dekatku dengan-Mu
Dari-Mu kepada-Mu aku kembali

Ya Allah jangan haramkanku nikmat-Mu

Jangan tinggalkanku kesakitan

Wahai Maha Penganugerah & Maha Penyayang
Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Pengatur & Agung

Ya Allah Engkau Maha Pendengar, Melihat dan Mengetahui

Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya

Tuhan langit yang rata
Mengampunkan sesiapa yang menderhaka-Nya
Dan Dialah Maha Lembut dan Memberi Rahmat

Ya Allah Pengasih kepada manusia Pengampun kepada kesilapan
Dan harapanku adalah hidayah Ya Allah ampunkanlah kelemahanku & keadaanku
Padamkanlah dosa-dosa yang tidaku kusedari
Ampunkanlah daku Wahai Yang Memiliki Keagungan

Ya Allah Engkau Maha Mulia, Pengampun & Pengasih
Ya Allah Engkau Maha Suci, Sejahtera & Pemurah

-ma li rabbun siwah-