Monday, May 18, 2009

pena telahpun diangkat..

Macam mana exam tadi?
Err...( '_')


Senang ke susah?
Emm...mm.. ('_' )


Boleh jawab ke?
.........tak juga.. (T_T) *sob*sob*


Tapi, yang lepas telahpun berlalu.


Lulus atau tidak, sejak azali telah tertulis di Lauh Mahfuz.


Let's just pray for the best and have faith in Allah.


Pena telah diangkat, dakwat telahpun kering. ..
_________________________________________


"Ya Allah , aku berlindung kepada Mu dari perasaan sedih & gelisah..."


Doa dari seorang kakak...


Ya Allah, Ya sami', Ya Basir..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa adik2 ini telah berjuang bersungguh-sungguh untuk agamaMu ini Ya Allah..


Kini Ya Allah, di saat mereka memerlukanMu, Kau permudahkanlah pula urusan mereka, atas balasan ke atas segala penat lelah mereka dalam menegakkan syariatMu..

Ya Khaliq..
Sesungguhnya Engkau Tahu, bahawa mereka ini orang2 yang ikhlas berjuang demiMu..


Maka Ya Allah, aku pohon padaMu, agar Kau bantulah mereka Ya Allah..
Kau ilhamkan kepada mereka Ya Allah, dan Kau elakkan mereka daripada melakukan kesilapan..

Ya Rahman, Ya Rahim..
Kau ampunilah segala kesalahan mereka Ya Allah, dan Kau turunkanlah cahayaMu ke atas mereka..


Dari hadapan, dari belakang, dari atas, dari bawah dan dari segala sisi Ya Allah..
Dan Kau lapangkanlah dada mereka, Kau terangilah hati mereka dan Kau tenangkanlah jiwa mereka..

Kurniakanlah kejayaan buat mereka semua Ya Allah..

Kau luluskanlah mereka semua Ya Allah..

Sesungguhnya, Engkau yang memegang hati-hati pemeriksa mereka, maka Kau lembutkanlah hati mereka Ya Allah.

Berikanlah kepada kami kejayaan Ya Allah.. Berikanlah..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

p/s : Jazakillah akak..terharu baca doa ni di saat hati ini gundah gulana..('_')







2 comments: