Thursday, May 28, 2009

Nota hati post-exam

Hari ni rasa penat. Penat sangat.

Bukan penat fizikal. Tapi penat mental dan penat hati. Rasa seperti ingin lepas 'beban' yang dipikul supaya hati akan rasa lebih tenang.

Entah kenapa..exam sudahpun selesai. Alhamdulilah, dipermudahkan exam terakhir. Semoga dikurniakan juga oleh Allah kelulusan cemerlang dalam exam kali ini.

Sekali lagi, exam sudahpun selesai tetapi hati resah & gelisah.
Bukan kerana risaukan exam..tetapi kerana memikirkan tanggungjawab - tanggungjawab yang sedang dipikul dan akan dipikul di masa akan datang.

Entah kenapa tiba-tiba diri rasa penat dan takut tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Bagi orang lain, selepas exam bererti terangkatlah kerisauan dan debaran exam.

Alhamdulillah, debaran exam telahpun terangkat. Tetapi terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dan segala yang di'hold' sebelum ini menuntut kembali haknya.

Hari ini makin teruk rasa sedih dan gelisah dengan amanah yang terpikul. Perbualan dengan seorang sahabat mungkin antara faktor yang 'trigger' perasaan sebegini.

Am I a workaholic?

Entahlah.Ana tahu dia concern, tetapi ana memang tidak dapat tidak untuk menolak amanah yang diminta.

Ana bukan superwoman atau mana-mana yang seangkatan dengannya. Kadang-kadang, terasa seperti ingin 'breakdown' . Terfikir juga sama ada patut atau tidak untuk katakan yang ana tidak mampu untuk pikul semua ini. Penat.

Tapi ana tahu itu bukan jalan penyelesaiannya. Ana perlukan motivasi, kekuatan dan yang paling penting ketabahan untuk melaksanakan setiap satu dengan sebaik mungkin.

Bagi ana, setiap tanggungjawab datang dengan amanah yang berat yang bakal dipersoal. Ana tidak akan terima tugas yang ana yakin ana tidak mampu buat sebaik mungkin.
Kerana jika ana mula rasa gelisah dengan tugas yang ana terima, ia seperti petanda yang ana tidak mampu untuk terus memikul tugas tersebut.

Perasaan itu telahpun datang menyerang. Resah dan gelisah.

Ana hampir sahaja tidur dengan perasaan 'down' yang sebegitu. Alhamdulillah, Allah itu masih sayang pada hambaNya yang banyak dosa dan seringkali lupa dan lalai.

Ana terdetik untuk baca catatan di suatu blog ini..

Subhanallah..basah juga pipi ana mengenangkan betapa kecilnya usaha ana dan betapa hambaNya yang lain diuji dengan ujian yang lebih hebat tetapi tidak pernah mengaku kalah. Bahkan terus bangkit dan nekad dengan usaha dan jalan perjuangannya.

"...Kadangkala diri merasa letih dengan segala kerja yang dibuat tetapi hati kecil ..selalu melawan dan mengatakan bahawa:

“...sesuatu yang kecil yang kamu dapat sumbangkan kepada ummah. Biarlah dirimu letih kerana perkara sebegini daripada kamu letih dan penat melakukan maksiat. Apa sahaja yang dapat kamu sumbangkan sebagai tanda cintaMu kepada Allah..?Ilmu kamu sedikit tetapi manfaatkanlah semuanya untuk ummah..Bukan untuk dirimu sendiri...

...Entah bila saya akan mati dan saya tidak mahu mati saya adalah sia-sia. Biarlah saya meninggalkan dunia dengan meninggalkan suatu legasi yang dapat merobah dunia. Biarlah apa orang kata, ‘I don’t care’. Saya percaya saya boleh dan Allah akan sentiasa membantu saya. Mengapa saya perlu takut?..”


Begitu jelas sekali misinya berbanding ana. Baru sedikit yang ana buat untuk Islam..dan entah usaha yang sangat sedikit itu belum tentu diterima oleh Allah..Cepat sungguh ana merasa letih..Astaghfirullah al azim.

Ana cukup terkesan dengan coretan ikhlas seorang kakak yang sangat ana hormati;

"...Sama-sama kita semua muhasabah diri, bagi yang sudah menghadapi peperiksaan mahupun yang belum... tentang keadaan kita SETELAH Allah angkat ujian akademik dari diri kita. Sebelum & semasa peperiksaan, kita berdoa, berusaha dengan tekun, menunaikan ketaatan. Selepas peperiksaan, adakah kita masih dan akan terus berdoa, bersyukur kepada Allah kerana telah dilepaskan dari ujian, tekun berusaha dan menunaikan ketaatan? Dalam Al-Quran disebutkan:


‘Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.’ (Yunus 10:12)


Post-exam, kita dianugerahkan nikmat kelapangan masa, dengan cuti yang panjang... Masa lapang, salah satu nikmat yang selalu manusia lalaikan. Apa yang kita lakukan dengan masa lapang dan pancaindera kita yang sempurna?

Mata: Qada’ tidur (8-10 jam sehari)? Marathon Youtube dgn movie/drama- drama? Baca novel yang tidak meningkatkan iman/amal? Main game?

Telinga: Dengar Youtube (lagi)? Dengar cerita-cerita pasal orang lain?

Lidah: Bercerita pasal orang lain? Gelak-gelak sampai tak ingat akhirat?

Perut: Makan banyak-banyak tanpa perlu?

Tangan & kaki: Duduk-duduk saja... (bawah duvet, kekadang sejuk juga summer2 ni). Travel tanpa tujuan. Pergi shopping tanpa arah sampai penat, balik tidur lagi...

Nau’zubillah, malulah pada diri sendiri atau orang lain yang bergelar Muslim, jangan sampai kita melazimi perkara-perkara lagha di atas. Kalau tidak malu pada diri sendiri atau orang lain, yang paling utama... malulah pada Allah yang nikmatNya ‘dengan selamba’ kita kufuri...

Wahai diri, wahai muslimin muslimat sekalian... ingatlah, tugas kita masih banyak, Islam masih belum tertegak. kita tidak sepatutnya hanya berfikir tentang diri sendiri sahaja (apa yang kita rasa ada mood nk buat), dengan nikmat-nikmat yang Allah ‘pinjamkan’ pada kita. Kalau sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dulu ‘duduk lepak-lepak’ seperti kita hari ini, mungkin Islam tidak sampai pada kita.

Marilah sama-sama:

1. Tingkatkan tsaqafah kita – inilah masanya nak baca buku (kalau tak suka), dengarlah ceramah.

2. Hafazan kita – Ayat-ayat Quran, hadis... byk lagi yang kita tak tahu.

3. Amal-amal soleh (yang mungkin kita tak terbuat sebelum ni) – solat & puasa sunat, baca Qur’an. tolong mak ayah, tolong sahabat, tolong adik-adik, memasak, kemas rumah –jangan duduk ‘menghabiskan beras’ sahaja...-

4. Merancang usaha dakwah kita – jangan tunggu ‘dijemput’ jadi fasi, jadi ‘naqibah’, berusahalah untuk hadir ke usrah, halaqah, ziarah sahabat-sahabat. .. sebagai muslim, kita WAJIB menjadi manusia yang PEDULI.

Sama-sama kita berdoa moga Allah memberi kita kekuatan untuk terus beristiqamah kepadaNya.."


Ana juga resah dan gelisah memikirkan masa lapang yang banyak pabila berada di Malaysia nanti. Masa lapang memang musuh utama ana. Ana betul-betul berdoa agar nikmat masa lapang ana digunakan sebaik mungkin. Biarlah ana disibukkan dengan perkara yang menambahkan amalan dan bukan sebaliknya. Untuk itu, ana sangat2 memerlukan kekuatan, kerana bi'ah di rumah dan di Malaysia lebih hebat cabaran dam godaannya dari di sini.

Ana bersyukur kerana Allah masih sudi mengingatkan ana..jangan ditinggal walau sedetik pun.

Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku..
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala rahsia langit & bumi..
Kurniakanlah yang terbaik buat ku, buat agamaku, buat kehidupan ku, masa kini mahupun akan datang..di dunia mahupun di akhirat..


p/s : ana berusaha & ingin jadi wanita solehah..kerana hanya doa anak yang soleh/solehah sampai kepada ibu dan bapa ana nanti..Ya Allah, kurniakan aku kesempatan untuk bertemu mereka dalam keadaan sejatera..di sini & di syurga. Amin.

2 comments:

  1. "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" (Az-Zalzalah:7)

    Biarlah menangis, terluka, penat kerana Allah, daripada mati terkambus tanpa mujahadah.Semoga Allah memudahkan setiap urusan :)

    ReplyDelete
  2. semoga tegar mencari kekuatan super!

    ReplyDelete