Saturday, May 21, 2011

Mencintai..Mu

Aku ingin sekali mencintaiMu sepenuh hati..

Meletakkan Engkau di tempat istimewa.. kedudukan tertinggi di hatiku

Menjadikan hanya Engkau, tiada lain selain Engkau sebagai ...

  • tempat mengadu
  • tempat menangis
  • tempat merintih
  • tempat bermanja
  • tempat meminta pertolongan
  • tempat memohon simpati

Kerana Engkau tidak pernah lelah dari mendengar kerana Engkau Maha Mendengar
Kerana Engkau tidak pernah hilang dari pandangan hati kerana Engkau sentiasa lebih dekat dari urat leherku
Kerana Engkau tidak pernah letih mendengar rintihan dan tangisan hambaMu kerana Engkau Maha Mendengar
Kerana Engkau tidak pernah mengecewakan permintaan hambaMu kerana Engkau Maha Memberi
Kerana Engkau tidak pernah jemu melimpahi hambaMu dengan kasih sayang kerana Engkau Maha Penyayang

Walau hambaMu sering lalai dari mengingatiMu
Walau hamba sering leka dengan urusan dunia
Walau hambaMu terkadang kembali melakukan dosa & maksiat setelah bertaubat
Walau hambaMu terkadang meletakkan makhluk terlebih utama daripadaMu

Namun, Engkau Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..
Selagi nafas masih ada, selagi nyawa dikandung badan..
Engkau tidak pernah jemu menerima taubat dari hambaMu..

Siapa yang tidak mahu bercinta dengan 'kekasih' sepertiMu Ya Allah..
Tiada cinta & kasih manusia yang setanding kasih & cintaMu..


Sungguh hati ini mendambakan kecintaan yang hakiki, walaupun hati ini kotor dan tak layak dipersembahkan di hadapanMu..

Membaca entri ini menjadikan hati ini terpukul..


Gusar di hati andai cinta yang didambakan tidak berbalas..
Terlalu ramai makhluk lain yang menawarkan cinta mereka yang lebih suci dan sejati untuk Allah..

Layakkah aku untuk turut merasai nikmat bercinta dengan Penciptaku?

Ya Allah, cintailah diriku...ingin sekali aku berjumpa denganMu Ya Khaliq..

Sesungguhnya, tiada yang lebih indah selain beroleh pengiktirafan cinta dari-NYA :

“Jika Allah mencintai seorang hamba maka DIA berfirman: “Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si fulan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)



******************************************************************
Semoga kita tergolong di kalangan hamba yang dicintai Allah..

Allah itu Maha Mengasihi; lantaran itu adalah amat malang dan rugi andai kita tidak mampu meraih kasih dan cinta-Nya..

Petikan dari blog UmmuHusna;

Ada banyak tanda ALLAH SWT mencintai hamba-hamba-NYA :

1)Berminat untuk melkukan ibadah dan menjauhi maksiat. Cenderung untuk mendalami ilmu yang benar yang membawa kepada keredaan ALLAH.

2) Tidak merasa was-was dan mendahulukan baik sangka bahawa ALLAH SWT menerima ibadahnya.

3) Tidak merasa takbur, bongkak dan bangga dengan amalannya kerana menyedari bahawa segala yang dilaksanakan adalah kerana adanya bantuan dari_NYA.

4) Tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH, dan meyakini bahawa ALLAH SWT bersifat Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hamabaNYA.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)


No comments:

Post a Comment