RCSI student.
"Eh,bukan kata nak exam O&G ke, kenapa ada exam Psych pulak?"
Erm. Mungkin lebih kurang begitu pertanyaan yang dilemparkan oleh mereka yang tidak mengetahui kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan di sebuah universiti, Ooops..'KOLEJ' perubatan swasta 'paling berprestij' di Ireland.
Selepas hampir 5 bulan dicampak keluar 'outstation' untuk 4 daripada 5 rotation sepanjang 4th Year ini kerana sistem 'randomness' nya yang dikatakan 'adil', kini sekali lagi menghadapi kenyataan tentang 'kezaliman' sebuah KOLEJ yang dikatakan menghasilkan standard bakal - bakal doktor yang cukup terjamin kualitinya.
Menurut senior, KOLEJ inilah satu-satunya kolej yang menghimpunkan kesemua modul atau subjek Specialty termasuk Medicine/Surgery dalam satu rangka masa peperiksaan. Dalam masa kurang sebulan, otak pelajar- pelajar 4th year digerudi habis-habisan untuk menjadi 'pandai' dalam semua Specialty sehingga kami dibolehkan untuk lulus dan memasuki Final Year.
Menariknya, kami bukan sahaja ada End of Year Exam, di setiap penghabisan rotation, kecuali Meds/Surg & GP, ada juga End of rotation Exam yang membawa peratusan markah tertentu untuk dicampurkan semasa ujian akhir nanti. 'Continuous assessment' kata mereka.
Bertuahnya kami kerana Kolej bukan sahaja mahu kami hebat di penghujung rotation, malah kami juga perlu jadi kompeten walaupun Specialty tersebut telah lama kami tinggalkan sejak hampir 5 bulan yang lalu kerana dalam masa 2 minggu kami akan diuji kembali pengetahuan dan skill membuat physical examination dalam Specialty tersebut.
Bertuah sungguh rasanya. Walaupun dah berbulan lama tak berjumpa pesakit Paeds dan O&G namun, pihak Kolej masih lagi memberi sepenuh kepercayaan yang kami mampu untuk skor dengan hebat dalam peperiksaan yang merangkumi Written & OSCE. Terharunya dengan tahap kepercayaan yang mereka berikan kepada kami.
Jika dihitung course work yang ada - MasyaAllah seakan tak sangka berjaya menyiapkan semuanya. "Formative assessment" kata mereka. Setiap Specialty ingin memperlihatkan kehebatan masing-masing menyediakan struktur modul yang pelbagai - dari Portfolio, EBM, Essay, Case Reports, Case Presentation sehingga Logbook. Hampir kesemua rotation seakan bersaing tak mahu kalah, siapa yang paling banyak course work~ Untung sungguh kami kerana berjaya mengasah bakat menulis dan membuat research, Alhamdulillah.
Dan kini, perjuangan terakhir ( InsyaAllah) kami sebelum 'dizinkan' untuk memasuki alam Final Year telah bermula pagi tadi.
Seperti telah maklum, tidak sewenang-wenangnya mereka akan melepaskan kami begitu sahaja. Exam Psychiatry MCQ & Written yang baru habis tadi telah membuktikannya. Sebelum ini telah diberitahu bahawa berikutan maklumbalas tahun lepas berkaitan ramai yang skor Specialty ini dan ianya 'senang', maka tahun ini standard akan dinaikkan supaya anda semua lebih senang digagalkan. Okay. Mungkin 6 patah perkataan akhir itu tiada sebenarnya. Mungkin dalam hati mereka sahaja..Allahu'alam. =)
Inilah jadual waktu peperiksaan kami. Subhanallah, menarik kan?
Walaupun rayuan telah dibuat oleh kami agar Exam Paeds & OnG tidak dipisahkan, sebaliknya dibuat berturut untuk Specialty yang sama. Malangnya permintaan kami tidak dapat dipenuhi.
Sehari selepas exam EMQ sebanyak 160 soalan merangkumi Obs, Gynae & Neonates, esoknya kami perlu menjalani OSCE Paeds pula. Begitu sistematik sekali perkiraan mereka. Dan seandainya kami tidak berjaya mendapat markah lulus untuk EMQ, maka secara automatik kami GAGAL dan tidak layak untuk menduduki OSCE Long Case O&G lebih kurang seminggu selepas Exam OSCE Paeds.
Jadi...Ya, tidak perlu lagi tertanya-tanya kenapa kejap exam ni, kejap exam tu. Di RCSI, tiada istilah 'pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Sememangnya menjadi pelajar RCSI adalah sangat 'demanding'. Namun, kami telah 'dibiasakan' untuk sentiasa berada 'under pressure' dan telah lama ditindas dengna pelbagai bentuk ketidakadilan dan kezaliman, maka 'come what may', InsyaAllah.
Dulu, saya 'lambat' memahami 'sistem' begini dan akhirnya kalah. Satu hikmah besar yang Allah ingin ajar kepada hamba-Nya yang lalai ketika itu.
Kini, situasi semakin mencabar dan apa yang sentiasa menjadi sumber kekuatan untuk mengharungi kehidupan sebagai pelajar perubatan DI RCSI, adalah pergantungan pada ALLAH dan sokongan dari sahabat & seniors serta hidup berjemaah. Bukan nafsi-nafsi.
Apabila tekanan memuncak, di situlah kita sedar kepentingan berada dalam satu saf dan saling mendokong satu sama lain. Buktinya, mereka yang banyak tercicir dalam akademik ini, hampir kesemuanya memilih untuk nafsi-nafsi dan hidup dilihat tidak berkiblatkan Tuhan. Mungkin anda boleh berjaya dan 'survive' ketika tahun pre-clinical, tapi ujian sebenar akan betul-betul hadir sebaik masuk tahun klinikal.
Jika anda berjaya, bermakna anda bukan pelajar RCSI. (Universiti lain la tu...=P)
Apapun Allah itu Maha Adil, kejayaan tetap akan menjadi milik hambaNya yang berusaha. Segala keputusan dan ketentuan lulus atau gagal itu telah lama tertulis.
Pena telah diangkat, lembaran telahpun kering.
Namun, usaha tetap perlu dilakukan sehabis baik. Saya malu dan menyesal kerana sampai sekarang usaha yang dicurahkan tidak lagi mencapai 100%, mahupun menghampiri 80%. Tentu sekali Sunnatullah kejayaan itu akan memihak kepada orang kafir yang berusaha 99%.
Namun, malulah saya sebagai Muslim, sebagai seorang hamba yang sentiasa merintih meminta kejayaan darinya, namun tidak menyandarkan kebergantungan itu dengan bukti usaha yang bersungguh- sungguh.
"Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini. Kurniakanlah aku kejayaan yang mendekatkan diri aku kepada-Mu."
InsyaAllah, perjuangan ini perlu menjadi perjuangan nafas panjang.
Dan di sebalik setiap kesusahan itu akan hadir kesenangan. Itu janji Pencipta kita.
p/s : Maaf kerana entri ini banyak unsur sinisme.
itulah rcsi. slogan rcsi tahun ini;
ReplyDeletebak pi la hangpa nak kata apa, asai kami dapat duit!
moga Tuhan merahmati kita semua.:)
on the orang putih skor lebih;
'dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka. JIka kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan.Allah Maha mengetahui, Maha BIjaksana'. (Surah An-NIsa, ayat 104.)
and i totally agreed on the hidup berkiblatkan Tuhan and clinical years. hanya pada Dia, satunya tempat yang sentiasa ada untuk berdoa minta dikuatkan.
Oh azy, JZKK for the comments.
ReplyDeleteSuka ayat tue (Nisa: 104). Yup, we can do it too...Allah is always there~
Let's strive hard for the coming exams..
It's gonna be hard, but i'm sure & hoping too, insyaAllah it's gonna be sweet as well..