Friday, December 30, 2011

Mencari sakinah...



Sifat syurga seperti yang telah dijanjikan kepada orang yang bertaqwa;

"...ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah ( rasa & baunya)
dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya..
serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang yang meminumnya..
dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih..." ( Muhammad : 15)




Thursday, July 21, 2011

Dan mahar syurga itu sungguh tinggi harganya..

Terbaca satu artikel dari laman web Iluvislam.com hasil nukilan Ustaz Pahrol Juoi.

Seorang penulis yang saya kagumi kerana begitu teliti dalam menggabungjalin aspek Sunnatullah & Syariatullah dalam tulisan beliau. Setanding dengan ustaz kegemaran saya UHAJ.

Artikel tersebut bertajuk Mahar Sebuah Syurga. Boleh dibaca di sini.

Saya juga cukup menggemari buku- buku bersifat self-help dan motivasi kerana banyak mutiara dan hikmah yang tersembunyi dapat disingkap andai bacaan disertai dengan keyakinan pada Yang Maha Esa. Kadang kala tercabar dengan pemikiran orang- orang kafir yang motivasi diri dan sistem nilai dalam diri mereka yang begitu bersifat islamik dan positif.

Tidak pernah putus asa dan sentiasa melihat sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan sebagai cabaran secara positif. Malah, mereka juga adalah orang-orang yang begitu cekal, gigih dan tanpa jemu melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.

Malu selalunya bila baca buku- buku sebegini kerana sifat dan nilai-nilai itulah yang seharusnya ada dalam diri kita sebagai seorang Muslim.

Sentiasa mahu mengangkat diri ke tempat yang lebih baik dari sebelumnya. Sebagaimana pepatah Arab,

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."


Betapa umat islam dituntut untuk senantiasa bermuhasabah dan berusaha melakukan perubahan walau sekecil manapun demi menjadi yang lebih baik.

Dan tentu sekali perubahan paling utama yang perlu diusahakan adalah dari segi taqwa. Kerana hanya dengan taqwa itu yang menjadikan diri kita berada lebih tinggi atau rendah berbanding hambaNya yang lain di pandangan Allah.

Namun, berada di Malaysia bersama keluarga adalah zon selesa yang seringkali menyebabkan diri ini kalah dan tunduk dengan nafsu.

Siapa yang tidak mahu berehat, melayan perkara- perkara yang digemari, bersenang lenang bersama keluarga etc. Segala perkara yang disukai tetapi sebenarnya lagha dan tidak berfaedah.

Perkara yang diperlukan seperti mana yang telah diazamkan dalam PMS sebelum ini masih banyak yang tergendala dan tidak tercapai.

Kata orang, jika tidak mampu buat semua , sekurang-kurangnya jangan tinggal semua.

Tapi Allah itu lebih menyukai perkara yang kecil namun istiqamah dan konsisten.

Saya sering kalah dengan sikap malas. Sikap itu jugalah yang menyebabkan prestasi akademik suatu masa dulu merudum. Dan setelah kembali sedar, penyakit itu menyerang kembali.

Saya perlu keluar dari zon selesa ini. Dan sememangnya insyaAllah akan keluar tak lama lagi.

Ujian yang lebih mencabar bakal mendatang. Namun, kehadiran bulan Ramadhan tak lama lagi menjadikan diri menarik nafas lega sebentar.

Namun, cabaran mungkin akan datang dengan bentuk kesibukan. Adakah mampu untuk kekalkan momentum ibadah dan transformasi Ramadhan?

Apapun, melihat keadaan sebelum ini..saya sering kalah apabila ada waktu lapang. Semakin sibuk, maka semakin produktif dan efektif diri ini. Benarlah, masa lapang itu boleh membunuh.

Terasa gian dan tak keruan bila 'kaki terikat' daripada ikut berjuang dan mengikuti program-program musim panas. Tak dapat bayangkan jika kehidupan berkerjaya nanti hanya melibatkan kerja, makan, tidur, etc tanpa merasai nikmat dan manisnya berjuang demi menegakkan Islam. Naudzubillahi min zalik.

Hati tersentuh dengan kepulangan srikandi pejuang Islam baru-baru ini..tersentak memikirkan kesudahan diri andai nyawa dicabut - apa sumbangan & usaha yang dilakukan untuk Islam? Hidup senang lenang je banyak..nikmat yang pelbagai tak banyak yang disyukuri. Layakke nak masuk syurga?


Bak kata Ustaz, Pay Now, Play later.

Sungguh, mahar syurga itu tinggi harganya..

Nadiah Zainal Abidin

Tuesday, June 7, 2011

PMS

PMS : Projek Musim Summer

Apabila dilihat ilmu yang ada dalam diri...Allah begitu sedikitnya. Tahun hadapan insyaAllah bakal menjadi pelajar Tahun Akhir Perubatan. Maknanya akan jadi makin sibuk dengan ilmu dunia. Jadi, saya perlu memanfaatkan cuti Summer ini sehabis boleh untuk menambah mana yang kurang, memantapkan mana yang lemah dan memperbaiki mana yang tidak sempurna.

Jadi, resolusi saya untuk Summer kali ini, insyaAllah ..

1. Memperbaharui hafazan Juzuk Amma & Surah lain yang pernah dihafal. Akibat tidak memelihara hafalan sebelum ini, maka kebanyakan surah-surah yang pernah dihafal telah hilang/ Mungkin juga kerana banyak melakukan maksita dan perkara lagha maka makin mencabar untuk kekalkan hafazan dan menghafal surah baru. Semoga Allah ampunkan khilaf diri dan mempermudahkan urusan, membersihkan hati dan menguatkan ingatan untuk memperbaharui semula hafazan. Jika tidak, maka diri ini akan terus bergelumang dengan dosa akibat lupa hafalan. Astaghfirullah~ -_-".

2. Menghafal dua surah baru. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan juga untuk menghafal dua surah ini.

  • Surah Al- Qiyamah
  • Surah Al- Insan
3. Memantapkan penguasaan tajwid dan memperbaiki bacaan. Jika diri sendiri pun masih tak mantap, bagaimana untuk mengajar bakal zuriat nanti. Antara tugas isteri/ibu adalah mendidik anak dan mengajarkan al -Quran kepada anak-anak adalah tuntutan Islam.

4. Menghabiskan sekurang-kurangnya 2 buku berkaitan gerakan Islam. Alhamdulillah, satu telah berjaya dihabiskan jadi, insyaAllah akan cuba tambah satu lagi buku pilihan jika berkesempatan.

5. Mendengar tazkirah/motivasi setiap hari selepas Subuh.

6. Mempelajari bahasa Arab secara serius. Jika mama saya boleh belajar dan pandai bahasa Arab selama 3 bulan, saya sepatutnya boleh melakukannya dalam masa 1 - 2 bulan! InsyaAllah~ Semoga Allah memberikan pertolongan untuk istiqamah belajar...

7. Memantapkan ilmu teori & klinikal Medicine & Surgery sebelum bermula elektif dan sepanjang elektif. Saya perlu betul-betul serius 'to solidify my knowledge' sebelum masuk Final Year kerana sesudah bermulanya Tahun Akhir, tiada lagi alasan untuk 'tidak tahu' atau 'lupa'! Berusaha!

8. Menjadi pemandu kereta yang benar-benar kompeten. Bukan sekadar atas lesen sahaja. ^_^

9. Just a reminder : to complete Ophthal & ENT mandatory Quiz before August!

10. Berbakti dan lemah lembut dengan ibu bapa dan adik-beradik. Kena buang perangai 'anak bongsu' dan pemalas!

11. Tiga perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw ;

  • Puasa sunat sekurang-kurangnya 3 kali sebulan InsyaAllah.
  • Solat sunat Dhuha setiap hari
  • Solat Witir setiap malam

Semoga Allah kurniakan kekuatan, kesabaran dan kemudahan untuk melaksanakan semuanya. InsyaAllah~

Friday, May 27, 2011

Belum selesai..

Dear Students,

The Medicine and Surgery of Childhood Results are now published on Moodle. The Obstetrics and Gynaecology results will be published by close of business on Monday 30th May. The Psychiatry results are not available yet for publication, I will confirm the date of publication on Monday. Apologies for the delay with Psychiatry.

With best wishes.

RCSI

*************************************************************************


Alhamdulillah atas segala ketetapanMu. Engkaulah sebaik-baik penolong dan sebaik- baik pergantungan.

Ya Allah ampunkan hambaMu andai usaha aku masih belum mencukupi. Berikanlah kekuatan, kesabaran dan pertolongan kepada hambaMu yang lemah ini. Kurniakanlah keputusan yang terbaik buat kami dan jauhkanlah kami dari kegagalan. Permudahkan urusan kami selepas ini dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersabar dan bersyukur dengan segala kurniaan & rahmatMu.


Amin.

*************************************************************************


Masih belum selesai..


Dear Students,

The Medicine Surgery GP Data OSCE and MCQ will take place on MONDAY 30TH MAY 2011

MCQ Paper: 8am – 9.30am Exam Hall

DATA OSCE: 10am-12.30pm Please see timetable attached

This will be an 18 station Data OSCE and will run from 10-12.30. Each station will be of 8 minutes duration


Saturday, May 21, 2011

Mencintai..Mu

Aku ingin sekali mencintaiMu sepenuh hati..

Meletakkan Engkau di tempat istimewa.. kedudukan tertinggi di hatiku

Menjadikan hanya Engkau, tiada lain selain Engkau sebagai ...

  • tempat mengadu
  • tempat menangis
  • tempat merintih
  • tempat bermanja
  • tempat meminta pertolongan
  • tempat memohon simpati

Kerana Engkau tidak pernah lelah dari mendengar kerana Engkau Maha Mendengar
Kerana Engkau tidak pernah hilang dari pandangan hati kerana Engkau sentiasa lebih dekat dari urat leherku
Kerana Engkau tidak pernah letih mendengar rintihan dan tangisan hambaMu kerana Engkau Maha Mendengar
Kerana Engkau tidak pernah mengecewakan permintaan hambaMu kerana Engkau Maha Memberi
Kerana Engkau tidak pernah jemu melimpahi hambaMu dengan kasih sayang kerana Engkau Maha Penyayang

Walau hambaMu sering lalai dari mengingatiMu
Walau hamba sering leka dengan urusan dunia
Walau hambaMu terkadang kembali melakukan dosa & maksiat setelah bertaubat
Walau hambaMu terkadang meletakkan makhluk terlebih utama daripadaMu

Namun, Engkau Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..
Selagi nafas masih ada, selagi nyawa dikandung badan..
Engkau tidak pernah jemu menerima taubat dari hambaMu..

Siapa yang tidak mahu bercinta dengan 'kekasih' sepertiMu Ya Allah..
Tiada cinta & kasih manusia yang setanding kasih & cintaMu..


Sungguh hati ini mendambakan kecintaan yang hakiki, walaupun hati ini kotor dan tak layak dipersembahkan di hadapanMu..

Membaca entri ini menjadikan hati ini terpukul..


Gusar di hati andai cinta yang didambakan tidak berbalas..
Terlalu ramai makhluk lain yang menawarkan cinta mereka yang lebih suci dan sejati untuk Allah..

Layakkah aku untuk turut merasai nikmat bercinta dengan Penciptaku?

Ya Allah, cintailah diriku...ingin sekali aku berjumpa denganMu Ya Khaliq..

Sesungguhnya, tiada yang lebih indah selain beroleh pengiktirafan cinta dari-NYA :

“Jika Allah mencintai seorang hamba maka DIA berfirman: “Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si fulan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)



******************************************************************
Semoga kita tergolong di kalangan hamba yang dicintai Allah..

Allah itu Maha Mengasihi; lantaran itu adalah amat malang dan rugi andai kita tidak mampu meraih kasih dan cinta-Nya..

Petikan dari blog UmmuHusna;

Ada banyak tanda ALLAH SWT mencintai hamba-hamba-NYA :

1)Berminat untuk melkukan ibadah dan menjauhi maksiat. Cenderung untuk mendalami ilmu yang benar yang membawa kepada keredaan ALLAH.

2) Tidak merasa was-was dan mendahulukan baik sangka bahawa ALLAH SWT menerima ibadahnya.

3) Tidak merasa takbur, bongkak dan bangga dengan amalannya kerana menyedari bahawa segala yang dilaksanakan adalah kerana adanya bantuan dari_NYA.

4) Tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH, dan meyakini bahawa ALLAH SWT bersifat Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hamabaNYA.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)


Wednesday, May 18, 2011

2 things I love about...


PAEDIATRICS.


1. Adorable kids.



2. To be able to bring all these cute colorful stuffs in for your OSCE. =)













Rabbuna yusahhil.. Semoga dipermudahkan perjalanan OSCEku esok..





Sunday, May 15, 2011

16 May tiba lagi...

Alhamdulillah...


Pada tarikh ini, bersamaan 17 Ramadhan 24 tahun yang lampau...

Allah telah mengizinkan hambaNya ini dilahirkan ke dunia oleh satu-satunya hamba Allah bergelar ibu, yang dikurniakan secebis kecil kasih sayang dari lubuk Ar - Rahman, Yang Maha Penyayang untuk anaknya...

Berkat kasih sayang itu, diri ini berjaya dibesarkan dan dipelihara dengan serba serbi kecukupan hasil tungkus-lumus Sang Ayah yang sama- sama memastikan diri ini lengkap dan sempurna sebaik mungkin.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Jarang sekali diri bersyukur, sebenar- benar syukur atas segala nikmat yang Allah berikan.

Nikmat terbesar pada saat ini adalah masih lagi bergelar Muslim, mengucap dua kalimah syahadah dan masih beriman pada-Nya.

Masih mampu beribadah pada-Nya..

Masih bernafas untuk memohon taubat dari-Nya..

Masih kuat untuk berusaha mencari redha-Nya..

Semoga Allah panjangkan umur dalam kenikmatan iman dan kemanisan amal..

Jauhkan kami dari azabMu yang pedih..

Bantulah kami menjadi hamba-Mu yang bersabar, bersyukur dan bertaqwa kepada-Mu..

Kurniakan kami kecemerlangan setinggi- tinggi kecemerlangan dalam peperiksaan yang telah dan bakal kami hadapi..

Ameen ya rabbal a'lamin..

**********************************************************
Entri di bawah ditulis setahun yang lalu pada tarikh yang sama.

Bezanya tahun ini, saya tidak 'unpublished' tarikh hari jadi saya seperti tahun lepas, sebaliknya saya mengambil insiatif membalas setiap komen, ucapan dan doa mereka yang meninggalkan komen mereka.

Mengapa?

Kerana saya ingin mendapatkan seberapa banyak mungkin kata- kata motivasi terutamanya doa mereka untuk di'amin'kan..

Berada dalam bulan peperiksaan di Tahun 4 memang sangat mencabar. Dan saya memerlukan semangat dan doa antum semua untuk terus bertahan dan berusaha di medan imtihan ini.

JZKK kepada semua ~ =)

____________________________________________

16 MAY 2010

.....Saya telah 'unpublished' tarikh hari jadi saya di Facebook kerana berdasarkan pengalaman tahun lepas, wall FB dipenuhi dengan ucapan..serabut FB dibuatnya..

Ada yang tidak pernah saya kenali, perempuan boleh lagi diterima tetapi jika lelaki, mungkin saya kurang selesa. Tambahan jika ia datang dari mereka yang di alam realiti tidak pernah bertegur sapa tiba-tiba terangkat rasa malu apabila di alam maya.

Jadi, semenjak awal Mei tarikh itu lenyap dari FB. Hanya mereka yang mengenali dan tahu tarikh tersebut akan mengingati saya pada tarikh 16 May.

**********************************************

( KLIK untuk Entri penuh.)

Monday, May 9, 2011

My Life As an...


RCSI student.


"Eh,bukan kata nak exam O&G ke, kenapa ada exam Psych pulak?"

Erm. Mungkin lebih kurang begitu pertanyaan yang dilemparkan oleh mereka yang tidak mengetahui kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan di sebuah universiti, Ooops..'KOLEJ' perubatan swasta 'paling berprestij' di Ireland.

Selepas hampir 5 bulan dicampak keluar 'outstation' untuk 4 daripada 5 rotation sepanjang 4th Year ini kerana sistem 'randomness' nya yang dikatakan 'adil', kini sekali lagi menghadapi kenyataan tentang 'kezaliman' sebuah KOLEJ yang dikatakan menghasilkan standard bakal - bakal doktor yang cukup terjamin kualitinya.

Menurut senior, KOLEJ inilah satu-satunya kolej yang menghimpunkan kesemua modul atau subjek Specialty termasuk Medicine/Surgery dalam satu rangka masa peperiksaan. Dalam masa kurang sebulan, otak pelajar- pelajar 4th year digerudi habis-habisan untuk menjadi 'pandai' dalam semua Specialty sehingga kami dibolehkan untuk lulus dan memasuki Final Year.

Menariknya, kami bukan sahaja ada End of Year Exam, di setiap penghabisan rotation, kecuali Meds/Surg & GP, ada juga End of rotation Exam yang membawa peratusan markah tertentu untuk dicampurkan semasa ujian akhir nanti. 'Continuous assessment' kata mereka.

Bertuahnya kami kerana Kolej bukan sahaja mahu kami hebat di penghujung rotation, malah kami juga perlu jadi kompeten walaupun Specialty tersebut telah lama kami tinggalkan sejak hampir 5 bulan yang lalu kerana dalam masa 2 minggu kami akan diuji kembali pengetahuan dan skill membuat physical examination dalam Specialty tersebut.

Bertuah sungguh rasanya. Walaupun dah berbulan lama tak berjumpa pesakit Paeds dan O&G namun, pihak Kolej masih lagi memberi sepenuh kepercayaan yang kami mampu untuk skor dengan hebat dalam peperiksaan yang merangkumi Written & OSCE. Terharunya dengan tahap kepercayaan yang mereka berikan kepada kami.


Jika dihitung course work yang ada - MasyaAllah seakan tak sangka berjaya menyiapkan semuanya. "Formative assessment" kata mereka. Setiap Specialty ingin memperlihatkan kehebatan masing-masing menyediakan struktur modul yang pelbagai - dari Portfolio, EBM, Essay, Case Reports, Case Presentation sehingga Logbook. Hampir kesemua rotation seakan bersaing tak mahu kalah, siapa yang paling banyak course work~ Untung sungguh kami kerana berjaya mengasah bakat menulis dan membuat research, Alhamdulillah.


Dan kini, perjuangan terakhir ( InsyaAllah) kami sebelum 'dizinkan' untuk memasuki alam Final Year telah bermula pagi tadi.

Seperti telah maklum, tidak sewenang-wenangnya mereka akan melepaskan kami begitu sahaja. Exam Psychiatry MCQ & Written yang baru habis tadi telah membuktikannya. Sebelum ini telah diberitahu bahawa berikutan maklumbalas tahun lepas berkaitan ramai yang skor Specialty ini dan ianya 'senang', maka tahun ini standard akan dinaikkan supaya anda semua lebih senang digagalkan. Okay. Mungkin 6 patah perkataan akhir itu tiada sebenarnya. Mungkin dalam hati mereka sahaja..Allahu'alam. =)

Inilah jadual waktu peperiksaan kami. Subhanallah, menarik kan?



















Walaupun rayuan telah dibuat oleh kami agar Exam Paeds & OnG tidak dipisahkan, sebaliknya dibuat berturut untuk Specialty yang sama. Malangnya permintaan kami tidak dapat dipenuhi.

Sehari selepas exam EMQ sebanyak 160 soalan merangkumi Obs, Gynae & Neonates, esoknya kami perlu menjalani OSCE Paeds pula. Begitu sistematik sekali perkiraan mereka. Dan seandainya kami tidak berjaya mendapat markah lulus untuk EMQ, maka secara automatik kami GAGAL dan tidak layak untuk menduduki OSCE Long Case O&G lebih kurang seminggu selepas Exam OSCE Paeds.

Jadi...Ya, tidak perlu lagi tertanya-tanya kenapa kejap exam ni, kejap exam tu. Di RCSI, tiada istilah 'pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Sememangnya menjadi pelajar RCSI adalah sangat 'demanding'. Namun, kami telah 'dibiasakan' untuk sentiasa berada 'under pressure' dan telah lama ditindas dengna pelbagai bentuk ketidakadilan dan kezaliman, maka 'come what may', InsyaAllah.

Dulu, saya 'lambat' memahami 'sistem' begini dan akhirnya kalah. Satu hikmah besar yang Allah ingin ajar kepada hamba-Nya yang lalai ketika itu.

Kini, situasi semakin mencabar dan apa yang sentiasa menjadi sumber kekuatan untuk mengharungi kehidupan sebagai pelajar perubatan DI RCSI, adalah pergantungan pada ALLAH dan sokongan dari sahabat & seniors serta hidup berjemaah. Bukan nafsi-nafsi.

Apabila tekanan memuncak, di situlah kita sedar kepentingan berada dalam satu saf dan saling mendokong satu sama lain. Buktinya, mereka yang banyak tercicir dalam akademik ini, hampir kesemuanya memilih untuk nafsi-nafsi dan hidup dilihat tidak berkiblatkan Tuhan. Mungkin anda boleh berjaya dan 'survive' ketika tahun pre-clinical, tapi ujian sebenar akan betul-betul hadir sebaik masuk tahun klinikal.

Jika anda berjaya, bermakna anda bukan pelajar RCSI. (Universiti lain la tu...=P)


Apapun Allah itu Maha Adil, kejayaan tetap akan menjadi milik hambaNya yang berusaha. Segala keputusan dan ketentuan lulus atau gagal itu telah lama tertulis.

Pena telah diangkat, lembaran telahpun kering.

Namun, usaha tetap perlu dilakukan sehabis baik. Saya malu dan menyesal kerana sampai sekarang usaha yang dicurahkan tidak lagi mencapai 100%, mahupun menghampiri 80%. Tentu sekali Sunnatullah kejayaan itu akan memihak kepada orang kafir yang berusaha 99%.

Namun, malulah saya sebagai Muslim, sebagai seorang hamba yang sentiasa merintih meminta kejayaan darinya, namun tidak menyandarkan kebergantungan itu dengan bukti usaha yang bersungguh- sungguh.

"Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini. Kurniakanlah aku kejayaan yang mendekatkan diri aku kepada-Mu."



InsyaAllah, perjuangan ini perlu menjadi perjuangan nafas panjang.
Dan di sebalik setiap kesusahan itu akan hadir kesenangan. Itu janji Pencipta kita.



p/s : Maaf kerana entri ini banyak unsur sinisme.

Saturday, May 7, 2011

Oh, so sweet..


Subhanallah, plenty of surprises lately...

Lovely enough to make me smile for the whole day! =)

All of the final year (ex) medical students have now finished their final exams, and some of them have already got their results.

Alhamdulillah...

3 of my lovely sisters came to visit and 'masak-masak' for us. What a thoughtful thing to do~

And guess what, a lovely surprise #1. JZKK! And for the delicious food as well!




















And the next day, ie. today..when I came back from the College,
saw this white envelope on my desk.

What a pleasant surprise #2!

JZKK sis. You've made my day!





















And tonight, in less than an hour, I received two wedding invitations.
Although they didn't came as a surprise (kinda know about it earlier..=P)

but still, they were good news and I was so happy to hear about it!

Keep me smiling while revising my Psych notes. =)

Anyhow, I pray that all my RCSI final year sisters ( & brothers as well) to pass their final med exam.

And those getting married this Summer, may Allah bless your marriage with rahmah & mawaddah...

That's all for now. To my friends, best wishes from me...



p/s : Owh..it is so hard to focus studying now after so many news and incoming good news, ;)

Thursday, May 5, 2011

Ouch..Owww..

A migraine is a common type of headache that may occur with symptoms such as nausea, vomiting, or sensitivity to light. In many people, a throbbing pain is felt only on one side of the head.

Migraine headaches can be dull or severe. The pain may be felt behind the eye or in the back of the head and neck. For many patients, the headaches start on the same side each time. The headaches usually:

  • Feel throbbing, pounding, or pulsating

  • Are worse on one side of the head

  • Start as a dull ache and get worse within minutes to hours

  • Last 6 to 48 hours


Other tips for preventing migraines include:

  • Avoid smoking

  • Avoid alcohol

  • Avoid artificial sweeteners and other known food-related triggers

  • Get plenty of sleep each night & exercise
  • Learn to relax and reduce stress -- some patients have found that biofeedback and self-hypnosis helps reduce the number of migraine attacks

Symptoms may linger even after the migraine has gone away. Patients with migraine sometimes call this a migraine "hangover." Symptoms can include:

  • Feeling mentally dull, like your thinking is not clear or sharp

  • Increased need for sleep

  • Neck pain

**********************************************************************


Hurm. I don't smoke. I don't take alcohol.

But lately, I have no time to exercise. Plenty of sleep? I would feel extremely guilty if I slept more than 5 hours per day. Not to mention those broken sleeps..

Guess I need to avoid the triggers and learn to relax. Stress is building up..need to control and be calm.

I'm getting the 'hangover' quite often now. =(

InsyaAllah, Hasbunallah wa ni'mal wakeel. =)



Resource : Pubmed Health. Available from : http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001728/

Monday, May 2, 2011

First Class Honours

Bismillahirramanirrahim..

Otak kian tepu..

Masa kian suntuk..

Baru kini mahu menyesal kerana tidak betul-betul berusaha dan tekun menelaah dan menyiapkan assignments sebelum minggu terakhir ke exam.

Sememangnya tiada istilah study leave. Rotation GP walaupun tiada End of Rotation Exam, tetapi kami disibukkan dengan assignments, jika dikira berjumlah lebih 20+.

Dengan tekanan dan debaran exam final 4th Year yang merangkumi lebih 700 markah daripada keseluruhan 1000 markah untuk Final Year exam nanti. Lebih berat daripada exam final year nanti.

Peratusan exam ini lebih tinggi. Namun, usaha yang dicurahkan tidak mencapai tahap ~ 100%.

Mungkin saya bukanlah pelajar 'scorer' yang sentiasa 1st Class Honours dari segi keputusan
(walaupun peluang untuk mendapat 1st Class dalam RCSI ibarat 1: 100.) namun usaha tetap usaha. InsyaAllah sekurang-kurangnya Honours itu WAJIB untuk dicapai sebagai seorang Muslim.

Walaupun masa kian suntuk dan salah sendiri kerana malas dan tidak konsisten dalam mengulangkaji pelajaran, namun ia bukan alasan untuk mengaku kalah sekarang dan gelisah untuk menghadapi peperiksaan.

Ikut perkiraan, saya hanya ada 5 hari lagi. Dan saya masih belum habis baca Paeds, O&G, Psych apatah lagi Med/Surg & GP.

Esok pula, kelas ada seperti biasa sehingga Khamis. Rabu ada Case presentation dengan GP Tutor. Dan Jumaat pula segala assignments GP perlu dihantar.


Esok - Siapkan 90% assigment & Case Presentations. PM - Habiskan nota Psych.
Rabu : AM - Case Presentation. Habiskan nota O&G.
Khamis : AM - Case files O&G.
Jumaat : Sunflower Paeds. 10% Assignments + Submit before 5.00pm.
Sabtu : Hafal nota Psych & PIL
Ahad : Hafal nota Psych & PIL

Allah.. mencabar sungguh tapi InsyaAllah, selagi ada masa, selagi itu perlu berusaha dan tidak putus asa daripada pertolongan dan rahmat-Nya.

Saya berpegang pada moto ' Shoot for the moon, even if you miss, you will land among the stars"!

Mari berusaha ke arah mendapatkan 1st Class...keputusannya serahkan pada yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya segalanya telahpun tertulis dan telah ditentukan.

Baik kita usaha, atau tidak. Segalanya Allah telah tentukan. Yang penting kita sudah berusaha mengikut Sunnatullah & Syariatullah.. sekurang-kurangnya kita tidak akan malu & kecewa kerana kita tahu kita telah berusaha bersungguh-sungguh.

InsyaAllah, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan mengurniakan kejayaan yang mendekatkan diri ini kepada-Nya.

"Tiada ada satu musibah yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah;
Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(64 : 11)




Semoga Allah beri kekuatan untuk bertemu dengan-Nya...

Sunday, May 1, 2011

Homesick

Assalamualaikum wrt wbt..

Entri ditulis kerana penulis tengah mengantuk...

Kasihan otak dan badan yang terpaksa bekerja keras minggu ini akibat tuan badan yang 'sumbat' semua benda saat terakhir..

Tengah mengantuk, baca status sahabat- sahabat..macam - macam ada.

Hilang mengantuk sekejap melihat status sahabat-sahabat yang homesick.

Saya tak rasa homesick lagi. Juga belum rasa cuak untuk menghadapi peperiksaan.

Perasaan itu semua akan hadir SEMASA peperiksaan. Allah, jauhkanlah ya Allah...

Apapun, kena sambung belajar semula. Katil & duvet kelihatan sungguh menggoda sekali.

Mujahadah melawan nafsu yang ingin menikmati tidur.

Kalau ujian katil pun kalah, macam mana nak lawan syaitan dan musuh Islam.. Adus~

Baiklah, kembali kepada nota & buku.

Owh, semoga kakak/abang final year yang akan exam esok, lusa..bila- bila nanti..

All the best! Bittaufiq wan najah..

Kepada akak S yang bagi mesej YM ni;

"assalamualaikum my dear dya insyaAllah akak'll have my viva tgh hari selase ni & my long case pagi rabu ni..please make du'a for me n semua org ya xxx "

InsyaAllah, my prayers are with all of you.

Saturday, April 30, 2011

Usaha!

Daripada tidur 6 jam, kini jadi 3 jam...

Daripada 2 -3 lecture notes sehari...kini pecutan 40 lecture notes sekaligus..

Namun masih lagi tak mencapai target ulangkaji.

Psych, O&G, Paeds, Meds/Surg dan 14 GP assignments yang masih perlu dihantar Jumaat depan..

Exam pula 9/5 ini.

Merungutkah saya?

Oh tidak, sekadar self-' reality check'. U are running out of time, Nadiah!

Keep going~!






Sunday, April 24, 2011

Kekuatan Jiwa Yang Hilang

Akhir- akhir ini, sudah tiada lagi semangat ingin mencoretkan luahan rasa ataupun buah fikiran di blog sendiri.

Bukan kerana kesibukan semata, tetapi lebih kepada kerana diri ini merasakan blog bukanlah tempat untuk mengadu, berkeluh kesah dan mencerita dan membuka semua rahsia hati yang tersimpan.

Walaupun, terasa ingin sangat mengeluarkan segala yang terbungkam di hati dan 'menjerit' di blog memberitahu segala yang tidak tersingkap oleh lisan..

Tiada selain-Nya yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Kerana keyakinan ini, bukan sahaja blog, malahan kawan- kawan serta keluarga juga bukanlah tempat untukku mengadu dan menceritakan kekusutan jiwa.

Jika bukan kerana iman dan syahadah yang diucapkan setiap kali solat, mungkin sahaja akan dikunjungi pakar psikiatri untuk mendapatkan penawar depresi yang melanda. Walaupun mugnkin tidak sampai ke tahap itu, jika tidak dibendung, mungkin sahaja akan melalui jalan - jalan ke situ.

Jiwa semakin terseksa dengan masalah hati yang tidak tenang. Lebih teruk kerana puncanya diketahui tetapi penawarnya melibatkan perihal manusiawi yang tidak mungkin dapat dicapai penyelesaiannya dek ego dan malu masing- masing.

Ditambah dengan tekanan akademik dan peperiksaan yang maha kuat, bukan sekali dua idea meninggalkan dunia perubatan menerjah ke fikiran. Tiada lagi motivasi dan keseronokan untuk menempuh dunia medik yang sungguh mencabar. Pergi ke kelas setiap hari adalah satu mujahdah buat diri kerana 'passion' yang telah mula pudar.

Menjadi seorang Muslim mengajar diri untuk sentiasa bermuhasabah. Tentu ada sesuatu yang ingin Allah tunjukkan dengan pelbagai ujian yang ditimpakan dari segenap sudut.

Bagaimana iman? Bagaimana hati? Bagaimana amal? Bagaimana ibadah? Bagaimana lidah?

Kesemuanya diselongkar untuk mencari silapnya. Merintih pada-Nya meminta petunjuk kepada khilaf diri. Memohon diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dan bermujahadah dengan ujian hawa nafsu.

Rendahnya iman. Kotornya hati. Amal yang tidak konsisten. Ibadah yang tidak dipelihara. Lidah yang tidak dijaga.

Akhirnya melahirkan JIWA yang lemah.

Nekad membawa diri mencari jawapan dan ubat kepada kekusutan jiwa yang melanda. 'Musafir diri' untuk mencari ketenangan...

Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan supaya diperjelaskan lagi 'ubat' dan 'penawar' yang diperlukan. Bukan sesuatu yang tidak diketahui atau asing buat diri...tapi sesuatu yang perlu diperbaiki dan dipelihara ataupun perlu dipertingkatkan...

1. Menjaga hati
2. Mengingati pengorbanan ibu bapa
3. Menjaga hubungan dengan Allah
4. Menghormati orang lain
5. Mensasar pencapaian tertinggi


Dan Allah itu Maha Penyayang. Diperjelaskan lagi ubat bagi menguatkan jiwa yang semakin lemah ini..

Bagaimana Qiamullail?

Nabi Muhammad saw sebelum disyariatkan dakwah secara terang- terangan diwajibkan bagi umatnya untuk Qiamullail. Itu adalah sumber kekuatan para sahabat dan Baginda saw sendiri sepanjang usaha dakwahnya yang menyaksikan pelbagai ujian yang beratus kali ganda lebih berat.

Seberat mana ujian itu, ia bergantung kepada indvidu itu sendiri. Andai lemah jiwanya, ujian ringan sekalipun boleh menatijahkan kesan yang besar dan merugikan diri sendiri.

Andai kuat jiwa tersebut, maka datangkanlah pelbagai ujian sekalipun, Allah sentiasa bersama memberi kekuatan dan pertolongan. Keyakinan yang jitu itulah yang menjadi pemangkin kepada sebuah kemenangan.

Tazkirah buat diri kerana tidak menjaga 5 formula yang diberikan terutamanya Qiamullail.

Ujian - ujian ini mungkin satu memo dari Pencipta buat hamba yang makin lalai.

Motivasi dan semangat yang pudar untuk 'menuju kejayaan dunia & akhirat' itu pula adalah bisikan dan tipu daya syaitan yang tidak ingin melihat diri ini berusaha untuk berjaya.

Semoga Allah ampunkan segala dosa dan maksiat yang dilakukan. Berikanlah diri ini kekuatan dan kesabaran untuk memelihara hati dan nafsu. Kurniakanlah pertolongan dan kefahaman serta jauhkanlah dari sifat malas dan perkara lagha. Campakkanlah kekuatan dalam jiwa yang lemah ini dan janganlah ditinggalakan diri ini walau sesaat.


Kerana diri ini Muslim, janganlah bersedih wahai hati kerana Allah itu lebih dekat denganmu.









Tuesday, February 1, 2011

Amanah Hati

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang.

Astaghfirullah al azim,Astaghfirullah al azim, Astaghfirullah al azim...

Entri ini ditulis dalam keadaan diri yang menahan kesakitan. Sangat - sangat berharap agar kesakitan yang ditanggung ini menjadi satu kafarah dosa buat diri yang telah banyak berdosa sejak akhir - akhir ini.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.

AMANAH.

Terlalu banyak amanah yang dipegang dan diri ini merasakan segala amanah tersebut tidak dilakukan sebaiknya...malah mungkin telah gagal sama sekali.

Baik amanah sebagai ketua, sebagai anak, sebagai pelajar dan yang paling besar sekali sebagai hamba pada-Nya...segalanya seakan - akan bola - bola yang cuba dipegang namun akhirnya kesemuanya jatuh satu persatu ke lantai...Namun hanya diri ini yang menyedarinya mungkin. Dan sudah tentu, Allah yang Maha Mengetahui.

Antara ayat Al -Quran yang paling gerun apabila dilihat dan dibaca adalah ayat dari surah as- Saff.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
2. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Setiap kali melihat ayat tersebut, terbayang adakah sebenarnya diri sendiri termasuk dalam golongan yang memperkatakan sesuatu namun tidak dikerjakan?

Semoga Allah mengampunkan diri yang banyak berkata- kata...kerana banyak kata, maka tentu sekali banyak dosanya memandangkan diri bukanlah banyak ilmu dan pandai menjaga lidah.

Baru -baru ini, diperingatkan oleh seorang sahabat tentang kaitan tertunainya sesebuah amanah itu sungguh berkait rapat dengan keadaan hati dan hubungannya dengan Allah serta sejauh mana seseorang itu menjaga diri dan hatinya daripada dikotori maksiat hati dan dosa.

Ya Allah, sesungguhnya tidak mustahil kegagalan sesebuah amanah itu terlaksana sebaiknya adalah disebabkan diri dan hati penggalas amanah itu rupa-rupanya bergelumang dengan dosa dan maksiat. Mungkin dari luaran dilihat sebagai hamba-Nya yang soleh atau mukmin.

Dari luaran dilihat usaha dan pengorbanan yang bersungguh-sungguh serta kerja yang siap terlaksana dengan hebat.Namun sebenarnya diri tidak menjaga hati daripada maksiat hati, penyakit - penyakit hati dan hubungan dengan Allah.

Dan sesungguhnya, Tuhan yang menciptakan hati itu Maha Mengetahui apa yang terlintas dalam hati hambaNya...Maha Mengetahui apa yang dikerjakan oleh hambaNya di saat tiada mata manusia yang memandang.

Semoga Allah ampunkan dosa hambaNya yang hina dan sentiasa bergelumang dengan dosa ini.

Sembuhkanlah hati yang sakit ini dan berikanlah kekuatan dan kesabaran untuk bermujahadah melawan hawa nafsu dan tipu daya syaitan.

Jadikanlah diri anak yang solehah agar termakbul doa kesejahteraan ibu bapaku di dunia & akhirat kelak.





Tuesday, January 4, 2011

Sad

Minggu ini saya sangat sedih. Allah, sukarnya mengawal hati yang resah gelisah..

Semoga Allah kurniakan diri yang lemah ini kekuatan dan kesabaran.